Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Januari 2011

Polis Sahkan Pas Buat 17 Ceramah Haram di Tenang Bukti Tidak Taat Undang-Undang Dari Dulu,Kini dan Selama-lamanya !!!


image.png
Pas selain mula mengeluarkan fatwa mengharamkan Umno, mereka juga telah mula membuat ceramah haram.

Mantan MB Perak dilaporkan telah mengharamkan undi Umno semasa berceramah di Tenang.Sehingga menimbulkan reaksi keras Timbalan Perdana Menteri seperti berikut:

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah haram, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Dia sudah banyak keluarkan fatwa, dulu kata haram wanita bertanding tetapi sekarang telan balik. Tak tahu fatwa atau asas agama apa yang dia gunakan. Ini adalah hak untuk rakyat membuat keputusan." 

"Ini bukan hak Nizar untuk mengatakan haram. Siapakah dia hendak jatuhkan hukum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Labis di sini hari ini. 

Terbukti bagaimana Rukun Negara yang menetapkan soal kedaulatan undang-undang dilanggar begitu saja. 

Bahkan jika dilihat kes Nizar maka jelas kedaulatan agama juga telah dipermainkan apabila seorang pemimpin bukan ulama dari Pas cuba mengeluarkan mengharamkan undi kepada calon seagama dengannya. 

Adakah ini angkara Anwar dan Lim Kit Siang menghantar Nizar untuk merosakkan undi kepada calon Pas agar maruah Hj Hadi akan punah apabila calonnya kalah?

Walau apa pun alasannya tindakan mengenepikan peraturan dan batasan demi memastikan hasrat mereka meraih undi melalui ceramah dapat dipenuhi, walaupun tanpa permit,ia adalah tidak wajar sedikitpun.

Jika beginilah mentaliti pemimpin Pas yang sama sahaja fikirannya dengan Pkr Dap maka tidak mustahil negara kita akan dipimpin oleh golongan yang tidak mahu mengikut peraturan. 

Lihat juga tindakan segolongan ketua kampung di Selangor semalam yang diperalat untuk berdemo depan Istana Sultan Selangor walhal mereka memberitahu mahu menyerahkan memorandum sahaja. Apabila polis mahu menghentikannya maka pergelutan berlaku dan itulah yang mereka mahu. 

Melanggar undang-undang dan memburukkan pihak keselamatan!

Jika hal remeh seperti permit ceramah pun gagal dipatuhi maka adakah ada jaminan hal yang lebih besar akan dibuat mengikut peraturan terutama apabila mendapat kuasa dan kekayaan negara Pru akan datang.

Fikirlah dengan Tenang untuk pengundi Prk Tenang demi ketenangan anak cucu kita masa hadapan.


Lagi gambar terkini dari Tenang lihat gambar Eizwan di bawah...jika ada lagi akan ditambah.



image.png


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate