Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Januari 2011

Rosmah Isteri Najib Ke Luar Negara - Atas Kapasiti Apa ?

Panglima sebagai YDP BPN dalam banyak isu akan sentiasa mempertahankan negara kita dari serangan fitnah palsu pembangkang dengan bantuan rakan-rakan sekelian.

Perjuangan ini tidak ada sebarang tujuan meminta sebarang simpati dari mana-mana pihak tetapi demi melihat Islam Melayu Malaysia kekal berjaya. Tidak ada sebarang 'kesenangan' diperolehi hasil dari membina blog yang rakan Panglima juga tidak tahu kewujudannya.

Malah ramai keluarga Panglima sendiri tidak tahu kewujudan blog ini !!!

Terbaru kita mempertahakan Menteri Penerangan kita yang jelas difitnah oleh pembangkang serta blogger yang mesra kerajaan sendiri sehingga jelas tuduhan tersebut berjaya dipatahkan.

Tepukan gemuruh perlu diberikan kepada pihak yang bersusah payah mencari dan menghasilkan bahan seperti rakaman rakan Robengah serta surat pengakuan Robengah yang jelas menafikan tuduhan tersebut berlaku kepada Menteri Rais Yatim.

Berbalik kepada isu isteri Perdana Menteri keluar negara selama 10 hari melawat tiga buah negara maka Panglima risau perkara ini menjadi isu di kalangan pembangkang.

Maka BPN merasa perlu isu ini dibangkitkan oleh blogger pro kerajaan sebelum ia dimulakan dengan lebih serius oleh pihak di sana. Setakat ini beberapa buah blog sudah menyentuh perkara ini seperti di sini http://arusperjuangan.blogspot.com/2011/01/najib-disaran-serah-jawatan-perdana.html

Sewajarnya penjelasan lebih terperinci lawatan tersebut didedahkan atas kapasiti apa kerana di dalam laporan berita Bernama dilaporkan ada pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Oman selain menyaksikan MOU antara Universiti USIM, Malaysia dan Universiti King Abd Aziz dari Arab Saudi serta menyampaikan ucaptama di Dhaka.

Meskipun isu ini agak merimaskan kita membacanya tetapi menjelang PRU 13 akan datang kita perlu menyelesaikan perkara yang tidak selesai atau dilihat tidak betul dalam negara kita.

Kerana sesetengah perkara boleh diselesaikan dengan mudah kerana ia berpunca dari 'kalangan kita' dan ada setengah perkara perlu diselesaikan dengan payah kerana berpunca dari pihak 'sana'...


Semoga ada penjelasan tentang lawatan isteri Perdana Menteri ke luar negara oleh sesiapa yang tahu berkenaannya.

Sebelum ia menjadi 'barah' yang boleh memunahkan apa yang sedia ada...


Isu ini ada disentuh juga oleh Blogger Anak Merdeka 

6 ulasan:

IMAM BONJOL berkata...

Semua pemimpin dalam kerajaan,adalah ibarat ARTIS.
setiap langkah diperhatikan dan akan di gpossipkan.
Terpulanglah pada diri sendiri ,nak dapat gossip positif atau negatif

JR berkata...

Mudah saja nak menjawab tohmahan pembangkang, katakan bahwa kapasiti Rosmah ialah sebagai Menteri Segala Menteri (MSM). Sebagai MSM dia boleh bercakap sebagai menteri wanita, sebagai menteri pelajaran, sebagai menteri sukan, malah boleh bercakap sebagai PM. Malah apabila Rosmah bercakap sebagai Wanita Pertama, dia sudah bercakap sebagai Raja Permaisuri Agong. Itulah kelebihan MSM, Rosmah boleh menjadi apa saja mengikut gerak hatinya.

Baru padan pembangkang bila tahu siapa Rosmah dan keunikannya!!

Tanpa Nama berkata...

nape baca quran x tutup aurat ape jadah nue

Tanpa Nama berkata...

nape baca quran x tutup aurat ape jadah nue

Tanpa Nama berkata...

Kan dlm tv dah bagitahu. Itu lah susah nye kalau nak asyik nak boikot utusan dan tv.

Anon, nak tanya sikit...mana lebih baik rosmah baca quran tak tutup aurat atau puak-puak haramjadah yang tak bersunat (najis), tak mandi hadas yang ko orang dok sokong

Tanpa Nama berkata...

Bolehke bce alquran x mnutup aurat??rosmah tu dah kira menghina islam

Cari Blog Ini

Translate