Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Januari 2011

Pejabat Adun Sri Muda @ Si Penderhaka telah disimbah cat merah - taktik sama ciptaan DAP tutup muslihat ?

Adun DAP sebelum ini sering menimbulkan 'cubaan' menghina Institusi Beraja negara kita.

Seperti Karpal Singh, Teressa Kok dan Tony Pua dan seangkatan dengannya.

Selepas satu Malaysia mengkritik dan mengecam tindakan mereka,  selepas itu juga mereka akan menerima ugutan seperti peluru atau rumah dibaling bom petrol.

Situasi yang sama turut berlaku kepada Adun Melayu pertama yang sanggup jadi hero derhaka kepada Sultannya sendiri bernama Shuhaimi Shafie.


Taktik dipercayai hasil tunjuk ajar DAP yang mahir memusing perhatian rakyat dalam hal sebegini.


Tak percaya lihat di sini :

Kes 1 : Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menerima ugutan bunuh selepas menyarankan agar kuota bumiputera dikaji balik sehingga mengundang 22 laporan polis terhadapnya :

http://www.selangorkini.com.my/my/berita/16388


Kes 2 : Karpal Singh juga menerima ugutan peluru selepas menghina Sultan Perak selepas pertikai perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)


Kes 3 : Teressa Kok juga telah menerima ugutan bunuh dengan rumah dibaling bom petrol selepas mengeluarkan kenyataan makanan penjara seperti makanan anjing.

Kes 4 : Pejabat DAP juga telah dibaling 'molokov coctail' semasa krisis DUN Perak tahun lalu


Kesemua kejadian di atas berlaku selepas kemarahan rakyat makin memuncak ekoran kedegilan mereka menghormat Perlembagaan dan hati orang Melayu Islam di negara kita.

Berita lanjut sila baca :


http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2010/08/12/puabullet.jpg

Peluru yang dihantar ke pusat khidmat Pua digambarkan dengan sekeping duit syilling. — Gambar ehsan Lim Lip Eng



PETALING JAYA, 12 Ogos — Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menerima peluru M-16 dengan nota ugutan mati, yang dihantar dari Tangkak, Johor semalam.

Peluru itu dan sekeping nota diposkan ke pusat khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu di Damansara Utama.

“Tony Pua Kiam Wee. Anda sangat berani sekarang? Lebih baik anda berhati-hati,” kata nota itu.

“Kami tahu tentang keluarga kamu, rumah kamu, pejabat kamu, kereta kamu,” tambah nota itu.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di balai polis Damansara semalam oleh salah seorang pembantu Pua.

“Kenyataan kedua-dua kami telah diambil (oleh polis),” kata Pua lagi,

Sampul surat yang mempunyai peluru dan nota itu dibuka oleh pembantunya kira-kira 4.30 petang.

Pua tidak menolak kemungkinan ugutan itu berkaitan dengan cadangannya kepada kerajaan negeri Selangor agar mengkaji semula diskaun Bumiputera untuk memiliki rumah-rumah mewah dan hartanah komersial di negeri itu, meningkatkan daya saing dan mengembalikan keyakinan pelabur.

“Ia kemungkinan berkaitan dengan isu yang saya bangkitkan itu,” jelas beliau.

Cadangan itu telah mengundang 22 laporan polis, antaranya oleh Pemuda Umno Selangor.

Pada 2008, dua pemimpin DAP Karpal Singh dan Teresa Kok juga menerima nota ugutan seumpama itu.

Karpal, yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan menerima peluru hidup 9mm manakala Kok, Exco Kerajaan Negeri Selangor dibaling dengan bom petrol ke atas rumahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

1 ulasan:

Laksamana Bentan berkata...

Salam,
Mohon link ke blog tuan untuk berkongsi perjuangan.
T Kasih.

Cari Blog Ini

Translate