Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Februari 2011

(Kemaskini ) Edisi Khas : Bantuan Malaysia Ke Mesir Sudah Tiba Dan Baca Blog Ini Untuk Ikuti Nasib Pelajar Kita Di Sana !!!


Pelajar kita menahan lapar, banyak kedai makan ditutup - Nurul


PUTRAJAYA 31 Jan. - Seramai 87 rakyat Malaysia yang mahu menaiki pesawat EgyptAir untuk pulang ke tanah air terkandas di negara itu sejak tiga hari lalu ekoran perintah berkurung yang dikeluarkan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang penuntut, Nurul Nadiah Md. Zin kepada Utusan Malaysia, yang telah selamat pulang ke tanah air, kelmarin.

Menurut pelajar Universiti of Mansourah itu, keadaan tegang di negara bergolak tersebut dilihat semakin mencemaskan penuntut dan pelancong yang cuba menyelamatkan diri untuk pulang ke Malaysia dengan menggunakan pesawat EgyptAir.

Katanya, dia mengikuti perkembangan rakan-rakannya yang masih terperangkap di Mesir melalui telefon bimbit dan juga melalui blog http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ dari semasa ke semasa.

''EgyptAir satu-satunya syarikat penerbangan yang dibenarkan membuat penerbangan terus pergi dan balik ke Malaysia

''Jadi apabila kejadian tidak dijangka berlaku, kita menjadi mangsa keadaan, saya juga bimbang mengenai rakan yang didakwa terkena tembakan di kaki," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini .

Nurul Nadiah memberitahu, rakannya ada memberitahu mereka terpaksa menahan lapar apabila hampir kesemua kedai makan dan restoran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ditutup.

''Mereka berasa amat takut dan mahu segera pulang ke Malaysia kerana rusuhan semakin menjadi-jadi. Mereka juga cuba menaiki pesawat lain tetapi kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa itu lebih mengutamakan rakyat sendiri.

''Mereka amat berharap kerajaan Malaysia segera bertindak untuk membawa mereka pulang dengan selamat," katanya.

Menurut Nurul Nadiah, dia sebenarnya telah membeli tiket lebih awal untuk pulang bercuti sempena musim sejuk dan langsung tidak menjangkakan rusuhan buruk akan berlaku di sana.

''Saya berasa amat terkejut apabila menonton berita mengenai rusuhan dan beribu-ribu banduan melarikan diri daripada penjara.

''Menurut rakan saya, perusuh di Mesir sedang menuju ke lapangan terbang, jika tempat itu berjaya ditawan keadaan akan menjadi lebih kritikal untuk rakyat kita keluar dari Mesir," katanya.

Tambahnya, rakyat Malaysia yang masih terkandas perlu segera diselamatkan dengan memindahkan mereka ke negara jiran seperti Jordan, Algeria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum keadaan menjadi lebih buruk.




Dalam entri blog pelajar Mesir di atas dilaporkan tiada kejadian pelajar dirogol seperti dakwaan Harakahdaily di sini. Ini menunjukkan bagaimana pembangkang cuba mempolitikkan perkara ini bagi menimbulkan keresahan rakyat dan ibubapa pelajar di tanah air. 



Semalam mereka juga turut menumpang 'kuah semangkuk' dengan menghantar memorandum kepada Kedutaan Mesir menuntut Presiden Hosni Mubarak turun dan meletakkan jawatannya. Walhal kita tahu bahawa mengubah kerajaan perlu menggunakan demokrasi bukan ala revolusi seperti di Tunisia atau Mesir seperti yang berlaku sekarang ini.



Tokoh El Baradai (lihat gambar) yang mengetuai gerakan menuntut reformasi di Mesir adalah 'sealiran' dengan Anwar Ibrahim dan tidak peliklah jika kejayaan El Baradei ini akan menjadi inspirasi penting kepada Pakatan Haram di Malaysia. Lihat gambar web 'Tawan Malaysia' yang mengangkat tokoh pencetus kekacauan di Mesir bernama El Baradai tersebut 



Dalam hal ini Panglima telah mendapat info kaitan El Baradei dengan Amerika Syarikat. Dengan penglibatan beliau dengan PBB sebagai Ketua Pengarah bahagian Atom yang memeriksa senjata nuklear di Iraq dan dianugerah Hadiah Nobel pada 2005 termasuk desakan terbuka beliau agar Iran diserang maka kita boleh katakan bahawa ElBaradei adalah tokoh pro Amerika yang dipersiap untuk mengambil alih pemerintahan dari Hosni Mubarak. Entri khas mengenai ElBaradei akan dipersiapak segera untuk tatapan bersama agar proksi Amerika di Mesir akan terdedah kepada dunia. Termasuklah proksinya di negara kita.


Link lebih lanjut sila klik di sini http://www.eramuslim.com/



Blog pelajar kita di atas dikemaskini oleh Aziz Al Fahri (gambar) dengan bantuan beberapa pelajar lain turut memberikan maklumat dan juga tips untuk menghubungi pelajar kita di sana. Mereka juga menjadi penghubung kepada Kedutaan untuk membantu menjejaki pelajar kita di sana. 




Info terbaru dari blog tersebut pada jam 3.47 petang tadi memberitahu bantuan dari Kerajaan Malaysia sudah sampai di Mesir


" AM 7.47AM (WAKTU MESIR) : KAMI DAPAT MENGHUBUNGI RAKAN DI SANA, DAN ALHAMDULILLAH TELAH ADA PIHAK KERAJAAN DARI MALAYSIA YANG SUDAH SAMPAI KEMESIR. SYUKUR. "


Setakat ini (jam 4.40 waktu Malaysia) 35 entri telah ditulis tentang perkembangan terkini dari sana.

Panglima mewakili BPN mendesak agar Kerajaan mengeluarkan dengan segera semua rakyat dan pelajar kita di sana kerana keadaan sudah semakin buruk. Apatah lagi hari ini dilaporkan perhimpunan sejuta rakyat akan diadakan yang boleh menjadikan situasi makin meruncing.

Penerbangan Khas boleh dilakukan oleh Angkatan Tentera Udara Malaysia atau Malaysian Airlines sebelum situasi menjadi semakin teruk. Dengan hubungan diplomatik yang baik selama ini antara Mesir dan Malaysia tidak mustahil ia boleh dilakukan dengan kadar segera.

Setakat ini, menurut Blog RAZ,  dua bilik operasi telah ditubuhkan:

-  Kementerian Luar Negeri, Putrajaya di talian 03-88892746 / 03-88874570 atau

- Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) 

Sila hubungi Menteri Penasihat Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman untuk sebarang pertanyaan di talian di atas..

Pasukan dari Kementerian Luar juga sudah bertolak 12 tengah malam semalam ke Mesir seperti laporan Buletin Utama semalam di sini  http://www.tv3.com.my/



Blogger AAKJ yang popular di FB kini telah menjadi Blogger turut mendesak bantuan diberikan kepada pelajar kita. 


Klik link ini http://azmyawangkelanajaya.blogspot.com/ untuk membaca tulisan beliau.


Mari kita berdoa agar mereka selamat pulang ke Malaysia.

Bertuahlah kita kerana masih menikmati keamanan tanpa sebarang pertumpahan darah atau kekacauan.


Kepada pembangkang jangan cuba main politik isu keselamatan pelajar kerana rakyat tidak suka perkara sebegini dipolitikkan...




Link lain klik blog baru di sini http://penanenek.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate