Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Februari 2011

Catatan Perjalanan Ke Kerdau - Kampung asal Calon BN Kuala Tekal Bersama DS Zahid Hamidi


Semalam Panglima berkesempatan berkunjung ke Kerdau. Sebagai blogger separuh masa maka peluang diajak rakan blogger ke Kerdau tidak dilepaskan begitu sahaja. Lokasi pertama kami singgah di kedai kopi Idham Hj Sham bertentangan dengan markas PAS Pekan Kerdau.Masakan ikan patin di sana sangat sedap dan perlu dicuba jika berkesempatan ke sana.


Pada awalnya kami merancang ke majlis PM namun ramai rakan blogger yang sudah pergi ke sana maka tindakan mengubah arah perjalanan dibuat oleh 'pilot' kereta kami. Akhirnya sampailah kami di Kg Kuala Tekal dan Kg Lipat Kajang untuk bersama majlis  DS Zahid Hamidi.

Sesi Pertama di Kg Kuala Tekal kami berkesempatan menemuramah Bapa Saudara Calon BN Kerdau bernama Syed Mahmud Syed Ahmad semasa solat Zohor di masjid kampung tersebut. Pertemuan tidak diduga selepas solat berimamkan beliau telah digunakan untuk mendapatkan pandangannya terhadap anak saudara beliau iaitu Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad calon BN Kerdau.

Katanya beliau berharap anak saudara Syed Ibrahim Syed Ahmad akan menjadi bakal Wakil Rakyat Kerdau kerana ketokohannya sebagai ahli agama yang telah lama menjadi pegawai khas Menteri Besar Pahang.

Beliau turut menyifatkan Umno ibarat abang kepada PAS yang disifatkan sebagai adik. Semenjak Merdeka hingga sekarang penduduk Kerdau tetap setia memilih Barisan Nasional yang jelas mampu memberi kebaikan kepada rakyat. Katanya jika nak pilih parti kena pilih yang mampu membantu rakyat. Jawatan beliau ialah Imam I Masjid Kg Kuala Tekal seperti gambar di bawah. Beliau turut hadir dalam majlis bersama DS Zahid (gambar bawah kiri sekali) Video DS Zahid mengulas lawatannya ke Turki akan dikeluarkan seketika nanti. Nantikan video yang akan diterbitkan beberapa ketika nanti.

Kami juga sempat menemuramah dengan abang Calon Kerdau iaitu Syed Agil Syed Ahmad,62 tahun bekas Komando Regimen 22 satu ketika dulu. Video beliau akan dikeluarkan seketika nanti yang 'panas' dengan kemarahan beliau terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap adiknya yang dikatakan tidak memiliki sijil Al Azhar. Liputan majlis Naib Presiden UMNO DS Zahid Hamidi bersama penduduk kampung tersebut turut dibuat yang mana mereka sangat  gembira dengan pertemuan tersebut. Berbagai permasalahan telah diselesaikan dengan berkat kunjungan DS Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan. Sesi berlangsung dengan penuh ceria dan gembira.



Kebanyakan penduduk kampung Kuala Tekal kebanyakannya adalah sanak saudara Syed Ibrahim Syed Ahmad Calon BN. Semasa majlis tersebut mereka berikrar untuk memastikan undi total kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad pada pengundian 6 Mac 2011 nanti.



Seterusnya pertemuan kedua dengan penduduk kampung Lipat Kajang turut diadakan. Pada awalnya DS Zahid telah menjelajah kampung sambil menunggang motor diiringi penduduk. Selepas itu beliau dihidangkan minum petang oleh penduduk setempat.

Sesi soaljawab wartawan dan blogger dengan DS Zahid Hamidi turut diadakan di sana dalam keadaan santai sambil minum petang.

Antaranya tentang isu-isu semasa seperti dakwaan PM tuduh Ikhwanulmuslimin ada kaitan dengan militan yang tidak benar sama sekali, tuduhan liar Tony Pua tentang isu pembelian kapal perang TLDM dan isu PTPTN.  Video jawapan beliau boleh dilihat di sini http://www.facebook.com/  Ia juga akan  diceritakan panjang lebar dalam  siri II nanti.


kemaskini terakhir : Jam 10.32 pagi 28.2.2011


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate