Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Februari 2011

Kapal TLDM pindah pelajar Mesir...tak praktikal guna C-130 Hercules TUDM




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah tidak praktikal kerajaan mengunakan pesawat pengangkut C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk operasi memindahkan lebih 10,000 pelajar Malaysia di Mesir. 


Katanya selain pesawat TUDM itu hanya mampu mengangkut 40 orang sekali penerbangan soal kakitangan yang bertugas di lapangan terbang di Mesir tidak dapat dipastikan dalam keadaan sekarang ini. 


Beliau memberitahu kerajaan memahami kebimbangan keluarga pelajar berkenaan tetapi kerajaan tidak boleh bertindak terburu-buru. 

Bercakap dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Dewan Kampung Ayer Panas di Labis petang Selasa,Najib berkata kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Asia Barat untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

gambar Agenda Daily


Menurutnya kapal itu akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
"Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir," katanya. 


Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan keluarga pelajar dan rakyat Malaysia yang kini berada di Mesir, berikutan keadaan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu berikutan demonstrasi yang diadakan oleh rakyatnya bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.


Kapal serbaguna TLDM terbabit, KD Bunga Mas kini terlibat di dalam operasi anti-lanun di Teluk Aden.
Perdana Menteri berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.-1/2/2011







Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate