Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Februari 2011

Penjelasan Panglima TLDM Berhubung Pembelian Kapal Perang LCS Cecah Hampir RM6 Bilion !!!




TLDM jelaskan punca kos pembelian kapal LCS cecah RM6b



09/02/2011 6:26pm

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Harga bahan yang meningkat selain aspek persenjataan dan penderiaan canggih yang dilengkapkan pada enam buah kapal jenis Littoral Combat Ship (LCS), menyebabkan kos pembinaannya tinggi hingga mencecah RM6 bilion, kata Panglima Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata, kapal LCS yang akan dibina oleh syarikat tempatan Boustead Naval Shipyard di negara ini dengan kerjasama enam limbungan terkemuka dari luar negara itu, mempunyai keupayaan yang jauh lebih baik berbanding Kapal Peronda Pesisir Pantai (OPV) yang digunakan TLDM sekarang.

"Kos itu merangkumi kos keseluruhan pembinaan kapal termasuk aspek persenjataan canggih, penderiaan dan radar berkeupayaan tinggi dan mempunyai sonar yang dapat mengesan kapal selam musuh.




"Industri pertahanan negara sedang membangun dan banyak bergantung kepakaran negara luar dan ini adalah punca utama kos harga kapal menjadi tinggi,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa harga pembelian enam buah kapal itu adalah 870 peratus lebih mahal berbanding pembelian sama oleh negara lain.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Pua yang mendedahkan kos pembelian negara lain juga tidak menggambarkan harga sebenar kerana kebanyakan negara tidak akan mendedahkan aset sebenar ketenteraan mereka, katanya.

Beliau berkata, TLDM sangat memerlukan kapal LCS yang berkeupayaan tinggi dengan mempunyai tiga dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah laut untuk mempertahankan perairan negara.

Berbanding OPV yang hanya merupakan kapal pesisir, LCS akan dilengkapi dengan sistem pertahanan yang canggih seperti sistem kawalan dan pemerintahan, sistem peperangan elektronik, sistem penggerak enjin pelbagai kawalan, radar penjejak, radar pengesan tiga dimensi, peluru berpandu dalam laut dan udara, dan torpedo antikapal selam. – Bernama





Panglima :

Pembangkang seperti Tony Pua yang bangkitkan isu ini sebenarnya tidak mahu jawapan. Sepanjang mana jawapan kita beri sekalipun samada kepada wartawan atau blogger, mereka tidak akan pandang sebelah mata pun. Sekalung pujian boleh diberikan kepada TLDM kerana menghargai media baru seperti blogger dengan menyalurkan maklumat melalui mereka seperti tulisan Medan-Info di sini http://medan-info-kita.blogspot.com/2011/02/panglima-tentera-laut-dah-jelaskan-ahli.html


Panglima tahu taktik pembangkang sejak dulu ialah 'menanam keraguan' dalam pemikiran rakyat. Anwar sendiri dilaporkan Zulkifli Nordin mahu semua perkara dipolitikkan. Mereka mahu perkara seperti ini digembar gemburkan supaya rakyat tidak berfikir panjang apabila dihasut bahawa berlaku penyelewengan dalam pembelian aset pertahanan.

Ini kerana modal lama mereka iaitu komisyen beratus juta kononnya kepada Razak Baginda bagi pembelian kapal Scomi dan Scorpene sudah tidak laku maka LCS akan menjadi modal terbaru mereka untuk PRU13 akan datang. Atau mungkin untuk dicuba pada  'peperangan' PRK Merlimau tidak lama lagi.

Fitnah AL Tantunya juga dilihat tidak lagi berkesan kerana penerangan bersepadu dan menyeluruh Kerajaan telah mematahkannya. Termasuk sumpah keramat Perdana Menteri sebanyak tiga kali menafikan dakwaan tersebut.

Percayalah bahawa isu ini bukan untuk dicari jawapan tetapi untuk menyuntik persepsi negatif ke dalam minda rakyat agar KERAJAAN akan dilihat semakin rosak dan buruk di mata dan minda rakyat yang berjaya dipengaruhi oleh mereka.



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

2 ulasan:

Yazeed Muhammad berkata...

minat nak membaca tp background blog anda ini membuat sy cepat nk keluar..tak selesa pada mata.

Tanpa Nama berkata...

blankkan background ;D agar pembaca fokus pada teks

Cari Blog Ini

Translate