Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Mac 2011

Analisa PRK Kerdau & Merlimau - BN Menang Semua PETI UNDI Dan LEBIH BESAR Majoriti !!!

PRK Kerdau dan Merlimau dimenangi oleh Barisan Nasional dengan majoriti yang semakin meningkat berbanding PRU 12 yang lalu. Di DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di DUN Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.


Hasil anaslisa keputusan kedua-dua PRK tersebut menunjukkan bahawa BN telah dapat mengatasi PAS di SEMUA PETI UNDI samada di Kerdau atau Merlimau seperti yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri dalam Utusan Malaysia (klik sini) dengan majoriti keseluruhan 2598 undi..

Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Air (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

Bagi DUN Merlimau, majoriti yang diperoleh oleh calon BN meningkat kepada 3,643 undi berbanding Pilihan Raya Umum 2008 sebanyak 2,154 undi. Begitu juga di DUN Kerdau, majoriti undi BN bertambah daripada 1,615 undi pada tahun 2008 kepada 2,724 undi pada pilihan raya kecil kali ini.

Pada pilihan raya kecil ini, BN memenangi kesemua 22 saluran mengundi di DUN Kerdau, manakala 21 saluran di DUN Merlimau. Kekalahan yang dialami oleh calon Pas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau merupakan kali keempat berturut-turut sejak pilihan raya kecil DUN Galas dan Tenang.

Analisa keputusan juga menunjunkkan bahawa sokongan Melayu semakin kuat kepada BN dan pengundi Cina juga sudah kembali kepada kerajaan selain kaum India yang juga sudah sedar putar belit pembangkang yang hanya manis berbicara tetapi gagal mengotakan janjinya. Kesemua kaum sudah tersedar dari penipuan terbesar oleh Fuckatan Royat meskipun masih ada yang degil menyokong kerana ada kepentingan dan keuntungan peribadi yang mengikat mereka untuk terus berada dalam pembangkang.

Kekalahan PAS kali ini membuktikan bagaimana PAS sebenarnya dibunuh secara perlahan-lahan oleh musuh ketatnya dahulu yang kini sudah berpelukan atas satu 'kapal' haram. Pembunuhan secara tersusun dan teratur ini belum lagi disedari oleh PAS dan tidak mustahil jika mereka masih gelap hati maka PAS akan menjadi bahan arkib di Muzium selepas PRU 13 akan datang. Jika benar PAS tidak dikhianati dalam diam oleh DAP PKR kenapakah jentera mereka tidak turun membantu di Merlimau dan Kerdau ? Soalan ini kena dijawab sebelum PAS menolak analisa Panglima ini.

Dendam membara DAP PKR kepada PAS atas keterlanjurannya menentang dasar DAP yang chauvanis lagi rasis selain pernah menjatuhkan maruah Anwar dalam UMNO dengan tuduhan liwat sebelum penggabungan atas nama Pakatan itu nampaknya seakan-akan masih lagi mampu menyalakan api untuk membakar parti Melayu Islam itu selepas gagal membuat perkara yang sama pada UMNO. PAS DAP -lah yang mendedahkan perbuatan liwat Anwar bukan Umno atau komponen Barisan Nasional. 

Seperti kata-kata Sun Tzu : " Keep your friends close, and your enemies closer. "

Nampaknya PAS sudah pun diperangkap antara DAP dan PKR dan kekalahan berganda ini adalah hadiah terburuk kepada Pakatan Rakyat yang menyambut ulangtahun ketiga mereka semalam !!!

sumber info dipetik http://www.utusan.com.my/ 

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah

1 ulasan:

Orak GoBlog berkata...

Tuan,

Syukur alhamdulillah BN menang. Pertarungan itu boleh diibaratkan seperti dongeng David and Goliath. Sepatutnya PAS hilang wang pertaruhan dalam PRK Kerdau dan Merlimau. UMNO Bahagian perlu buat analisis terperinci jika bercadang memuziumkan perjuangan PAS di DUN berkenaan. Kajilah mengapa undi Cina masih diberi kepada PAS sementara undi India terbahagi seperti juga undi Melayu.

Cari Blog Ini

Translate