Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Mac 2011

Lagi Sebab Kenapa Saifuddin Abdullah Dihentam - Bela Asri & Hina Ulama Termasuk Mufti Tan Sri Harussani !!!

Di dalam ruang komen di sini pembaca blog Panglima bergelar Fakeh ada memberi link tentang tulisan yang disiarkan di laman blog rasmi Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi tentang mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin. Isinya secara ringkas menyokong Asri tentang isu tangkapan Jabatan Agama Islam terhadap pesalah khalwat yang dikatakan tidak selari dengan Islam.

Pendapat yang dibawa oleh Asri meskipun berlawanan dengan Tan Sri Harussani dan Ust Hassan Din Al Hafiz dan juga YDP Persatuan Ulama Malaysia Ust Ahmad Awang, namun tetapi dibawa oleh beliau dalam tulisan tersebut dengan nada menyokong Asri. 

Tulis beliau : Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz mengatakan bahawa pemeriksaan mengejut terhadap bilik hotel bertujuan mencegah maksiat yang semakin berleluasa. Masalahnya, pemeriksaan sudah lama diadakan, tetapi maksiat yang sama terus juga berlaku. Tidakkah ini bermakna yang tujuan pemeriksaan itu tidak dipenuhi? Ia tidak bermakna kerana itu maka pemeriksaan perlu dihentikan. Apa yang dipersoalkan ialah kaedah pemeriksaan. Apalagi kerana pernah terjadi tangkapan yang salah, misalnya yang melibatkan pasangan bukan Islam. 




Menurut Datuk Abu Hassan, pembabitan media adalah penting kerana dengan tersiarnya berita berkenaan, maka secara tidak langsung ia menimbulkan kesedaran dan membuatkan umat Islam tidak berani melakukan maksiat.  Masalahnya ialah pegawai penguat kuasa membawa bersama media ketika pemeriksaan dibuat. Pada masa itu, pasangan diperiksa itu belum pasti bersalah atau tidak. Apa yang pasti ialah pasangan itu sudah diaibkan sedangkan Islam tidak mengajar begitu.


Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata tindakan pasangan Islam berdua-duaan di dalam bilik tidak boleh disifatkan sebagai hak persendirian tetapi bersifat bersembunyi dengan tujuan membuat dosa. Pandangan ini tidak menghairankan memandangkan beliau memang terkenal dengan pandangannya yang keras mengenai Islam, manakala Ahli Kehormat Utama Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang secara sinis menyatakan jangan terlalu terpengaruh dengan pendapat pejuang hak asasi manusia yang mahu kebebasan sepenuhnya. Beliau seolah-olah menyatakan bahawa Islam tidak mempunyai prinsip hak asasi manusia atau menuduh Dr. Mohd Asri terpengaruh dengan pemikiran barat."


Jelas bahawa idea kebebasan barat sealiran dengan Asri ada dalam kepala otak Timb Menteri KPT kita ini. Kebebasan yang juga senada dengan Barat ini  muncul apabila ilmu dari barat telah dihadam masuk menjadi darah daging lalu menguasai fikiran dan menawan hati. Lalu akal diguna melebih hati yang sepatutnya meneliti kembali apa jua fikiran agar ia tidak bercanggahan dengan hukum Tuhan.

Juga nyata sekali tulisan Saifuddin Abdullah menghina para alim agama kerana bertentangan dengan Asri. Maka tidak peliklah ketika taklimat keselamatan dibuat oleh Penolong Pengarah JAKIM Ust Zamihan Al Ghari Jun 2010, kandungan taklimat tersebut telah tersebar ke seluruh negara mengatakan bahawa Ust Zamihan menuduh beberapa orang pemimpin termasuk Asri dan Hj Hadi pengikut aliran wahabi di Malaysia. Pertama kali taklimat sulit kepada Naib Canselor Universiti telah bocor dan menyebabkan keadaan gawat seketika -menurut info kawan saya. 

Satu laporan polis telah dibuat oleh Ust Zamihan untuk mencari siapakah yang membocorkan maklumat sulit taklimat tersebut yang diadakan di kawasan berdekatan KLIA Sepang. Kes ini rasanya masih lagi tergantung kerana tidak ada lagi tangkapan yang dibuat kepada sesiapa yang terlibat dengan taklimat tersebut. Adakah anda ada maklumat ?


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

2 ulasan:

C L J berkata...

Keliru sungguh dengan Tim Menteri sorang nih ...

Semenjak sepak terajangnya dalam bahagian lagi lah...

Laura berkata...

Setau saya, wahabi menggalakkan umat islam untuk meninggalkan amalan-amalan yg ditokok tambah, yg mana amalan tersebut tidak pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad dan tidak pernah disuruh di dalam al-Quran. I'm a convert. Saya sedaya-upaya mengikut perintah dlm al-Quran dan sunnah Nabi, adakah saya Wahabi dan salah?

Cari Blog Ini

Translate