Isu blogger berjuang di Kerdau dan Merlimau yang berkait dengan Unit Media Baru Pemuda Malaysia (samada sepenuh masa atau separuh masa, bekerja sendiri atau dengan kerajaan) telah diperdebatkan sejak semalam. Bermula selepas kemenangan berganda dan bergaya di Merlimau dan Kerdau dengan blogger Flying Kick mencetuskannya di blog beliau di sini dan jawapan balasnya di sini . Ia juga memenuhi media twitter sepanjang hari semalam dengan perdebatan demi perdebatan berpusing pada tajuk 'pintu berkunci' di Command Center Merlimau yang gagal dijelaskan oleh pihak pendakwaraya ( hehe )
Tulisan tersebut telah pun dijawab kembali oleh Tun Faisal selaku Pengerusi Unit Media Baru di sini selepas menghubungi beberapa sumber termasuk Panglima yang turut berada di Merlimau. Bahkan Panglima sendiri menyoal balas Tun Faisal selepas beberapa isu timbul di Merlimau demi mendapatkan jawapan beliau. Alhamdulillah segala keterangan yang tidak perlu diperjelaskan tentang isu tersebut sudah diperolehi. Ada yang sulit dan jika didedah akan mendatangkan aib kepada sesetengah pihak tentulah tidak wajar diterbitkan di sini.
Masalah UMB setakat 'risikan' Panglima ialah masalah wang. Tidak ada peruntukan disalurkan kepada UMB seperti yang sepatutnya dan sebab itu tidak pelik jika blogger yang menyertai UMB tidak mendapat apa yang mereka mahukan. Perkara ini sudah didengar semasa kursus di Janda Baik tempoh hari. Panglima sendiri mengakui perkara ini kerana mengalaminya hingga tidak diberi satu sen pun duit untuk membeli peralatan berblog meskipun kawan-kawan sudah ramai pakai Blackberry atau Iphone ketika itu. Namun ia tidak wajar disalahkan kepada UMB kerana kita tidak tahu berapa peruntukan diperolehi dan kepada siapa disalurkannya. Dengar katan UMB kekeringan wang dan tidak peliklah jika Tun Faisal terpaksa bergolok gadai menggunakan wang simpanannya sendiri (rujuk artikel beliau di atas)
Bahkan loan peribadi atas inisiatif Panglima telah digunakan untuk membeli laptop dan juga iphone second hand (sebelum itu blackberry juga second-hand) dan DEMI ALLAH tidak ada sesiapa pun yang membantu untuk mendapatkan gajet tersebut kecuali atas usaha panglima sendiri. Tidak ada orang yang mahu bantu meskipun cubaan mewar-warkannya dibuat dalam blog. Namun takdir ini perlu diterima tanpa menjejaskan semangat perjuangan yang ada. Kerana kita pentingkan nasib agama bangsa negara lebih dari segala-galanya.
Sebaliknya wujud pula cerita orang lain yang dapat peruntukan yang besar yang tidak perlu diperjelaskan di sini. Bahkan ada juga bukti sudah dirakamkan dan boleh dikeluarkan bila-bila masa jika hati kami 'busuk' dan 'keji'...Tetapi biarlah ia disimpan sebagai koleksi kenangan. Sendiri dapat sendiri mahu ingat.
Bagi Panglima soal dapat bantuan itu rezeki masing-masing. Namun apabila cuba melondehkan 'seluar' orang dengan cara tidak beretika maka ia satu perkara besar yang perlu disemak dan difikir dengan baik oleh pihak tersebut.Jangan cuba membuat fitnah orang lain yang tidak menganggu periuk nasi mereka yang mana ia satu tindakan yang amat tidak wajar sama sekali. Kesan fitnah memang sakit sampai tulang hitam dan Allah akan balas perbuatan keji mereka itu satu hari nanti. Fitnah BPN oleh individu tertentu alat atau pro KJ adalah fitnah yang akan diingat sampai bila-bila oleh kami di Blogger Pembela Negara.
Cuma dalam kes ini Panglima harap keterangan dua pihak dianalisa dengan mendalam tanpa bias dengan harapan kita dapat temu kebenaran. Jangan senjata 'blog' kita diguna untuk memusnah kawan sendiri. Makin kasar makin besarlah kesan sampingannya. Elok bertenang dan jangan 'kurang ajar' dengan kata-kata anda. Dalam politik berbagai peel perangai dan ragam manusia. Maka jangan masalah peribadi dijadikan masalah organisasi seperti perbuatan Anwar Ibrahim yang 'terliwat' Saiful Bukhari ?
Kita buat blog dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran samada kerja sendiri atau kerja kerajaan / samada separuh atau sepenuh masa. Kita nak pertahan kerajaan yang ada ini. Namun jika ada cuba 'main dengan api' maka jangan salahkan sesiapa jika terbakar diri sendiri. Undang-undang tetap undang-undang tidak kira siapa anda dan berapa hebat anda sekalipun.
Panglima suka pendekatan berhati-hati seperti Taiping Mali yang menulis di sini dan juga The Unspinners di sini. Jika ada yang terlalu gelojoh menulis maka jika terbabas jangan salahkan sesiapa kecuali diri sendiri. Khabar angin perlu disemak dengan mendalam melalui dua tiga 'angle' sebelum diputuskan kesahihannya. Bukankah itu cara sepatutnya sebagai blogger terhebat di Malaysia ?
Orang berhati-hati orang yang cerdik dan harap bloggers kita orang yang cerdik walau tak mengaji tinggi sampai 'oversea' atau pandai speaking macam sahabat baik Panglima blogger Parpukari.
Kepada Tun Faisal beberapa cadangan ingin disampaikan :
1. Daftarkan blogger yang sukarela ingin bersama UMB dengan diberi kad seperti kad media untuk kemudahan di lokasi PRK.
2. Dapatkan dana dengan secukupnya dan diberi secara 'direct' kepada bloggers dengan audit yang sah tanpa sebarang ruang untuk fitnah mengacaunya.
3. Selaraskan tugasan bloggers di setiap kali PRK jika diminta oleh negeri dan jika ada pihak lain yang mengemudi jentera maka sila jelaskan perkara ini lebih awal agar tidak ada pihak tersalah anggap.
4. UMB perlu diperkasakan dan segala kritikan yang membina wajar diterima dengan lapang dada. Segala fitnah juga perlu dijelaskan dengan segera dan usaha menjawabnya oleh Tun Faisal dalam twitter dan blog beliau adalah tindakan yang bagus sebagai seorang ketua.
5. UMB perlu lebih ke hadapan dalam soal alam siber dan jangan menunggu masa PRK. Pada awal kemunculan UMB sangat bagus tetapi dilihat agak lesu sedikit pada waktu sekarang. BPN pun sama juga. Namun usaha telah dibuat (rujuk artikel sebelum ini taip BPN ) tetapi siapa yang mahu membantu dan mendengarnya ?
Sesiapa berminat menerajui BPN boleh tonjolkan diri dan Panglima sedia bila-bila masa jika sekelian bloggers BPN setuju memilihnya. Sudah lama hasrat itu ingin dilaksanakan dan sedang menunggu calon sesuai mengemudi BPN yang dibangunkan oleh kita bersama-sama ini. Brave Heart antara orang paling semangat sepanjang bersama BPN (lihat tulisan beliau di sini) dan tidak mustahil beliau calon sesuai jadi YDP. Panglima boleh jadi Penasihat sahaja.
Pernah Panglima provokasi rakan-rakan samada BPN wajar dibubarkan atau tidak (klik sini). Hasilnya berpuluh blogger datang termasuk Topeng Perak (blogger Fuckatan). Yang sangat terharu ialah komen Arwah YangGambi yang bersemangat untuk BPN terus hidup. Katanya :
Salam Pang5, teruskan perjuangan BPN.... teruskan perjuangan dengan satu matlamat, memerangi dakyah-dakyah songsang dari pembangkang..... bukan untuk sesiapa.....
Hampir menitis air mata membaca komen beliau yang tetap kekal dalam ruang komen di sini meskipun jasadnya sudah tenang bersemadi di alam kubur di sana.
Al Fatihah untuk pejuang YangGambi (gambar bawah) !!!
Cukuplah kita bertelagah dan marii teruskan usaha menewaskan Fuckatan Royat yang tidak akan kecewa cuba mencetuskan permusuhan sesama kita !!!
Terima kasih dan mohon maaf jika tulisan ini mengguris hati sanubari sahabat sekelian...
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
4 ulasan:
terbaikkkkk bro... syabas!!
salam pang5...
masalah utama timbul semasa prk K&M soal duit kerana makin ramai blogger yg menyelit unt bersama UMB. jumlah bloggers ke kerdau 3kali ganda lebih ramai dari yg datang ke merlimau sedangkan jumlah peruntukan untuk dua2 prk adalah sama. sebab itulah ketidakpuasanhati soal pulangan hasil kerja prk kali ini lebih banyak kedengaran dari bloggers yg berkhidmat di kerdau.
bagi sy flyingkick tak salah 100% cuma silap bila menulis berdasarkan hear say dari golongan yg mungkin ada dendam peribadi dgan seseorg. sebab tu banyak unsur 'fitnah' yg timbul dalam entry pertamanya berkaitan UMB. sayapun ambil langkah berdiam diri je ttg isu dimerlimau sebab xnak aibkan sesiapa, kecuali harus berterus terang unt perbetulkan sebarang fitnah yg berlaku di sana.
saya cadangkan UMB listkan semula bloggers yg lebih sesuai bergerak dgan pendirian unit ini... bloggers eletis atau superstar rasanya kurang sesuai kerana expectation mereka dalam bentuk material melebihi nilai perjuangan.
imho, UMB sesuai unt bloggers/facebookers yg tak pandai nak tadah tangan minta duit depan menteri saja... so mereka tahu bersyukur dgan brapapun pulangan hasil kerja & penat lelah di 'medan perang'.
salam panglima.. Yong adalah slh sorg penuntut di Janda Baik 2bln lepas.. Betul kata panglima 2. Bagi Yong sbg blogger nyamuk, umb sebnrnya penting, tetapi blogger yg b'juang dgn ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran 2 yg plg pntg.. Trus terang Yong bgtau di bahagian Yong x ada umb ttp kami b'grak sndr tnpa arahan sape2 demi menjawab semua fitnah pembangkang..oleh itu Yong nak sarankan kpd sume blogger agar b'kerja la dgn ikhlas tanpa mengharap ganjaran..
Sokong Cadangan sdr. 100 persen..
No more no less !
Good enough n ASAP
Catat Ulasan