Kunjungan ke Sarawak baru-baru ini membolehkan penelitian terhadap negeri yang kini dibanjiri dengan orang dari luar yang ingin turut serta dalam Pilihanraya Negeri kali -10 kali ini, dibuat dengan lebih dekat. Setakat ini sudah dua minggu berturut-turut Panglima ke sana dengan izin Allah Taala dan banyak dapat dikongsi bersama pembaca tentang negeri yang terkenal dengan hasil balak dan juga minyak itu. Banyak isu yang dibangkitkan sepanjang temu bual tidak langsung dengan rakyat Sarawak yang ditemui tetapi majoriti tetap yakin dengan kepimpinan sedia ada.
Antara isunya ialah tentang Ketua Menteri di mana ada juga kalangan rakyat yang ditemui (mereka tidak kenal Panglima) mahu kepimpinan ditukar selepas 30 tahun memerintah dengan alasan-alasan yang tidak kukuh sedikitpun... Tetapi mereka sangat setuju bahawa peralihan perlu berlaku dengan sempurna. Tindakan mengundur diri adalah pengorbanan paling besar oleh Pehin Sri Taib Mahmud meskipun masih lagi kuat fizikal dan mentalnya untuk terus memimpin. Tidak ubah kisah Tun Mahathir yang berhenti ketika keadaan sudah selesa dan sesuai untuk mengundur diri... Panglima sangat mengharapkan contoh baik ini diikuti pemimpin lain yang perlu memberi peluang kepada pelapis apabila sudah tiba masanya.
Siapa pun tidak akan dapat menafikan kehebatan Pehin Sri Taib Mahmud menyatukan rakyat Sarawak. Khabarnya cubaan merosakkan sokongan rakyat kepada Kerajaan pimpinan Pehin Sri ternyata gagal apabila jelas rakyat makin menolak dakyah palsu mereka. Lebih memalukan sebelum sempat masuk ke gelanggang Pakatan Rakyat nampaknya telah dilanda masalah demi masalah...Dengan komponen Pakatan Rakyat sendiri iaitu SNAP yang jelas tidak puas hati dengan pembahagian kerusi. Penjelasan lanjut ada dibuat rakan blogger yang lain. Sila google untuk mencarinya.
Jika persiapan untuk bertanding di sebuah negeri bernama Sarawak sudah gagal diuruskan dengan baik oleh Anwar Ibrahim, maka apakah ada jaminan negara Malaysia boleh diuruskan dengan sempurna oleh Pakatan Rakyat tersebut ? Tentu jauh panggang dari api. Kes Yayasan Selangor sudah cukup jadi bukti bagaimana duit telah hilang sejak diambil alih oleh Fuckatan sehingga mengalami defisit....
Seterusnya pergi kepada Isu ALKITAB, kitab pegangan penganut Kristian...
Pada pandangan Panglima ia tidak wajar menjadi isu. Kerana jelas sekali ia dibenarkan kepada penganut Kristian sahaja dan pengedaran kepada umat Islam adalah dilarang sama sekali. Semasa menginap di salah sebuah hotel di Serian, Panglima disajikan dengan Kitab Bible New Testamen. Alhamdulillah pegangan Panglima terhadap Al Quran tidak terusik selepas membelek kitab tersebut bahkan semakin mantap apabila membandingkannya dengan isi pengajaran Al Quran yang jelas tidak menerima konsep Tuhan Anak, Tuhan Ibu dan Tuhan Bapa atau digelar Trinity ( Tiga Dalam Satu ).
Yang penting dalam hal ini Perlembagaan tidak dilanggar di dalam menyelesaikan isu ALKITAB dan para ulama Islam juga perlu diterangkan isu ini khasnya oleh Datuk Seri Idris Jala yang mengetuai PEMUDAH... Selain meminta mereka memastikan agar pihak Jabatan Agama Islam telah memberi pendidikan asas akidah Islam yang mantap agar anak cucu kita tidak akan goyang akidah mereka jika terjumpa kitab ini dalam hidup mereka. Keputusan terkini Kerajaan Malaysia boleh dibaca di link ini http://www.malaysiakini.com/
Persoalan tentang ajaran Kristian dan Islam pernah ditulis dengan panjang lebar oleh Ahmad Deedat seperti buku yang berharga RM29 yang Panglima temui dan baru dijual di Tesco Nilai petang tadi. Jika ada yang ragu-ragu atau tidak tahu antara dua agama samawi ini, sila beli dan baca sendiri !!!
Jumpa lagi.
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan