Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Mei 2011

Gempar : Dr Wahbah Zuhaili Wahabi ???




Pada mulanya saya tidak menyangka tokoh Ulama besar ini adalah salah seorang yang agak pro kepada Wahabi. Namanya sering disebut dalam artikel oleh ahli akdemik Islam. Namun selepas melihat pujian beliau terhadap Muhammad Abdul Wahab pengasas Wahabi dan juga pengakuan terbuka beliau tentang tauhid tiga serangkai yang diguna oleh golongan tersebut maka saya sudah mula tawar hati.

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid Syariah
Ini bukan berkaitan dengan kedatangan beliau ke Malaysia untuk menghadiri majlis ilmiah tentang sumpah dan qazaf tetapi ini lebih kepada usaha saya untuk mengenali seorang tokoh hebat bernama Dr Wahbah Zuhalili ini. Berkebetulan selepas melihat beliau dijemput oleh ABIM dan dihadiri majlis tersebut oleh Orang Kena Tuduh (OKT) Anwar Ibrahim yang sedang bertarung dengan Saiful Bukhari isu beliau diliwat majikannya. merangkap Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang serta memiliki rekod sebagai bekas banduan selama 6 tahun di Sg Buluh sebelum ini juga kerana kes liwat.


Sebagai blogger saya perlu menulis tentang apa jua isu dan sudah tentu ramai ingin mengenali siapakah Dr Wahbah Zuhaili. Berita tentang kehadiran beliau ada di Malaysiakini di sini http://www.malaysiakini.com/news/164103 (gambar Malaysiakini)


Tentang beliau sedikit info yang saya perolehi dari blog Ulama Amilin :


Seorang ulamak dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah (Cairo University). 

Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan). Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam. 

Karya beliau yang termasyhur ialah al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.

Karya-karya beliau yang lain ialah;
1. Tafsir al-Munir
2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami
3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh
4. Qissah Quraniyyah
5. at-Tafsir al-Wajiz



Yang saya temui ialah pujian beliau terhadap Ulama Wahabi di blog ttp://inilahwahabi.blogspot.com/2009/12/dr-wahbah-al-zuhaili.html yang antara lain menyebut :

“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).


Patutlah Dr Asri menantu Pak Shahidan Kassim mantan MB Perlis pernah menulis dan merujuk kepada Dr Wahbah di laman beliau di sini http://drmaza.com/english_section/?p=90


Video beliau mengakui Tauhid Tiga Serangkai ada di sini



Penjelasan ilmiah tentang Tauhid Tiga Serangkai menurut Ahli Sunnah ada di sini




Kesimpulannya : 

Usaha Anwar Ibrahim membawa tokoh pro salafi wahabi ini tidak akan berjaya menutup kes liwat dan sumpah beliau. Usaha Pakatan Pembangkang menggunakan ABIM sebagai platform ini tidak akan membantu merubah persepsi rakyat yang sedang menunggu keputusan perbicaraan liwat beliau 16 hb Mei 2011 nanti.


Mohon maaf jika anda tidak bersetuju dengan fakta yang didatangkan di atas. Sila kemukakan hujjah anda dalam ruang komen di bawah.



2 ulasan:

Dr Hujimy berkata...

adakah silibus pelajaran Malaysia patut ditukar?

Unknown berkata...

Silibus tak perlu ditukar, yang perlu ditukar ialah kefahaman mereka yang menolak tauhid 3 dan yang melampau-lampau di dalam akidah 20...kedua-duanya hanyalah metode..

Cari Blog Ini

Translate