Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Mei 2011

Mujur Sarawak Tidak Jatuh Ke Tangan Pakatan - Lihat Perbalahan Terbaru PKR vs DAP Isu Kabinet Bayangan !!!




Rakyat Sarawak boleh melihat perbalahan sesama sendiri antara PKR dan DAP tentang Kabinet Bayangan yang dilapor oleh Malaysiakini di bawah. Belum pun merampas Sarawak dan sekadar membuat Kabinet Bayangan pun mereka sudah bergaduh tanpa bertolak ansur sesama sendiri. Sikap yang tidak wajar diamalkan oleh ahli politik yang mendakwa mereka lebih baik dari Barisan Nasional.




Adakah berbaloi negeri jatuh ke tangan Pakatan jika ini yang mereka akan lakukan iaitu bergaduh dan membuat keputusan tanpa perundingan ???

Mujurlah Sarawak dipertahankan berkat usaha gigih khasnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang berkampung beberapa hari di sana. Kesungguhan ini tidak lain kerana sayangkan masa depan Sarawak yang pasti akan punah ranah jika jatuh ke tangan puak gilakan kuasa seperti Pakatan.

Sebelum pengundian SNAP dan PKR juga telah bertekak leher sesama mereka kerana pembahagian kerusi yang tidak adil. Selepas memenangi 15 kerusi dengan PKR 3 dan DAP 12 kerusi, kini mereka menyambung kembali perbalahan sesama sendiri menerusi isu ini. Menarik komen pembaca Malaysiakini di bawah berita tersebut :




  • Zul Suhaile Abdul ·  Top commenter · SOUTHERN FACIFIC UNIVERSITY USA
    ramai nak jadi Boss susahla nak control...............................

    • Nor Wahid ·  Top Commenter · Seri Kembangan
      Macam mana nak tawan Putrajaya kalau setakat Kabinet Bayangan macam ni dah bertelagah? Cakap sama itu Wong setakat jadi ketua pembangkang kat Sarawak jangan tunjuk keras kepala la...nanti PRU13 satu Parlimen pun DAP tak ada undi Bumiputera.




    Fikirkan dan sebarkan mesej ini wahai pembaca budiman tidak kira warna kulit dan agama anda sekalipun. Adakah kepada golongan ini wajar kita letakkan harapan dan impian untuk anak cucu kita generasi akan datang ? 

    Lihat laporan berita dari Malaysiakini di bawah :


    Ibarat retak menanti belah, itulah keadaan yang boleh digambarkan kepada keadaan Pakatan Rakyat di Sarawak.
    NONE
    Kesan-kesan retak mula terserlah apabila PKR Sarawak hari ini menolak kabinet bayangan yang diumumkan oleh pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng pada Ahad lalu.


    Menurut ketua PKR Sarawak Baru Bian (kiri) tindakan berkenaan diambil kerana tidak ada rundingan diadakan di kalangan anggota Pakatan Rakyat apabila senarai itu dibuat.


    “Kami memutuskan untuk tidak menerimanya,” kata Baru.

    Menurut Baru, Majlis Pakatan perlu membincangkan senarai kabinet bayangan itu agar ia mencerminkan perwakilan yang seimbang di kalangan golongan Islam dan kumpulan bumiputera bukan Islam.


    “Justeru, adalah bijaksana bagi menangani ketidak-seimbangan itu dan mengkajinya semula pada mesyuarat Majlis Pakatan yang akan datang,” katanya.


    azlanDua hari lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata senarai kabinet bayangan itu belum dimuktamadkan dan ia hanya pada peringkat cadangan.

    Tetapi Wong yang merupakan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sarawak mempertahankan kabinet bayangannya itu dan berkata ia adalah senarai muktamad.

    Tiada ulasan:

    Cari Blog Ini

    Translate