Perjuangan Anwar dalam ABIM sangat diketahui orang. Tetapi akhir-akhir ini ABIM dilihat sudah tidak dapat lagi menerima corak perjuangan Anwar yang sudah lari jauh dari keaslian Islam yang sebenar. Sehingga menyebabkan mereka telah menghentam Anwar dalam pertemuan tertutup di atas. Di bawah artikel hebat AIDC yang menjelaskan lebih terperinci video di atas. Mari bersama kita sebarkan perkara baik ini demi menghalang pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai hasratnya menjadi Perdana Menteri Malaysia !
AIDCNews – 10/01/11 -Difahamkan perjumpaan tertutup di Bangi, rumah Profesor Osman Bakar malam Ahad, 2 Januari lepas turut mempersoalkan agenda tersembunyi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD) yang kini diterajui oleh bekas Setiausaha Akhbarnya, Khalid Jaafar.
AIDCNews difahamkan pada malam itu, selepas Anwar dan Ismail Mina berdebat berkenaan ucapan Ketua Umum PKR, bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” di LSE (18 Mac 2010), Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ABIM ke-6 pula diberi peluang mengemukakan hujahnya.
Inner circle Anwar dan ABIM
Sebagai mukadimmah, Yusri menjawab isu ‘serangan sahabat-sahabat’ yang dibangkitkan oleh Anwar dalam ucapan pembukaannya.
“Datuk Seri (Anwar) pun menyerang dan kami pun mendengar komen-komen Datuk Seri di belakang kami. Kalau kita nak bercakap tentang ‘persahabatan’, adakah Datuk Seri yakin bahawa track rekod persahabatan Datuk Seri dengan ABIM seratus peratus cemerlang ?”, soal Yusri.
Yusri berkata jika Anwar membangkitkan soal ‘persahabatan’, perkara itu boleh dibahaskan lanjut kerana beliau juga mempunyai pengalaman berada dalam pernah berada dalam mesyuarat-mesyuarat dalaman dan syura ABIM.
“Apabila bercakap soal persahabatan, seolah-olah Datuk Seri tidak mempunyai kesilapan sebelum ini… kita kena adil dalam soal ini
“Setakat mana Datuk Seri membuka inner circle untuk orang-orang ABIM termasuk dalam soal agama…seolah-olah kami tiada hak langsung ?, soal Yusri.
Yusri turut membangkitkan persoalan kritikan dan cakap-cakap belakang.
“Kita kena profesional. Datuk Seri tidak boleh bermain emosi di sini. Sampai soal ‘digunakan’, ‘menggunakan’ Utusan’ (Malaysia), ‘nak masuk UMNO’, benda ini (cakap-cakap belakang ini) sampai juga kat kita. Kita pun ada kawan-kawan juga yang menyampaikan.
“Kenapa bila sahabat dikritik terus (digalakkan, tetapi) sahabat mengkritik, tak kisah lah terbuka atau tak terbuka, terus dilabel sebagai ada kepentingan ? Itu adalah fitnah yang boleh saya katakan fitnah yang jahat juga. Saya rasa (kita) kena adil di situ”, katanya.
Yusri turut menyentuh mengenai Zaidi yang disebut oleh Anwar dalam ucapan pembukaannya individu yang didakwa individu yang bertanggungjawab meminta Ketua Umum PKR itu menarik balik ucapannya di LSE yang disiarkan di blognay.
“Saya kenal Zaidi Hassan ..saya lebih rapat dengan Zaidi Hassan berbanding dengan Datuk Seri (kenal dia, sebab sama-sama berasal dari Kelantan). Saya selalu ke rumahnya. Dia (Zaidi) memang konsisten bab pluralisme ini..dan bab agama lah secara keseluruhan..”
Bukan Soal Ucapan Di LSE
Berkenaan dengan agenda pluralisme yang dibawa oleh Anwar, Yusri berkata bukan sekadar satu ucapan di LSE, tetapi ucapan-ucapan lain di New York dan India juga mempunyai kecenderungan yang sama.
“Ini bukan kerana satu ucapan di LSE, bukan satu isu, bukan sekadar pluralisme, tetapi (secara umumnya) kecenderungan agama awak (Anwar) diragui.
“Dengan Mahmud Al-Majzub…dengan Khalid Jaafar (IKD)”, kata Yusri.
Yusri menyebut nama Mahmud Al-Majzub kerana Penasihat PKR itu dilihat intim dengan tokoh agama yang difatwakan menyeleweng akidah Islamnya oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1995. Gazzet fatwa penyelewengan aqidah tokoh itu dilakukan Mufti Selangor, Datuk Dato’ Haji Ishak Bin Haji Baharom (almarhum).
Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah yang telah disenaraikan dalam “AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN” (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah). Klik di sini
Yusri turut mengulas lanjut berkenaan Khalid Jaafar yang menggunakan IKD untuk menerbitkan buku-buku berkaitan Islam Liberal yang memuatkan tulisan-tulisan John Hick dan Asghar Ali Engineer, seorang tokoh Islam yang diragui akidahnya dari India. Klik di sini
Pertanyaan Yusri tentang IKD sebab sudah menjadi pengetahuan umum, IKD merupakan badan pemikir Anwar. Ditubuhkan pada tahun 1984, dengan Kamaruddin Jaafar(bekas Setiausaha Agung ABIM) menjadi Pengerusinya. dengan tajaan dari sebuah yayasan Kristian Jerman yang dinamakan Konrad Adrenuer Foundation (KAF).
Selepas Anwar dipenjarakan pada tahun 1998, KAF masih meneruskan tajaannya kepada IKD sehingga sekarang ini kerana membantu badan itu memperjuangkan Pluralisme Agama di Malaysia. Ketika ini IKD diterajui oleh Khalid Jaafar yang merupakan salah seorang inner circle Anwar. Klik di sini, di sini di sini dan di sini
“Buku Islam Pluralisme (yang diterbitkan oleh penulis IKD), dalam ini ada artikel John Hick, Asghar Ali Engineer, berapa banyak lagi buku-buku…”, kata Yusri.
Ketika ini Anwar mencelah, “Itu (kena) serang Khalid Jaafar, jangan campur (dengan saya)..boleh lah refer. (tetapi) tak kan nak kaitkan dengan saya apa yang dilakukan Khalid”
Yusri membalas, “Tak kan Datuk Seri nak dakwa, Datuk Seri tak tahu, segala benda yang dijalankan (oleh Khalid)
Anwar menjawab “Tidak..tidak semestinya (saya tahu)”
Yusri membalas, “Itu kesilapan awak, awak perlu bertanggungjawab (ke atas IKD), Dia (Khalid) menggunakan IKD, tak kan (Anwar ) tidak tahu apa yang berlaku (kerana Khalid bekerja di bawah arahan Anwar).
“Dan apabila Datuk Seri kata fitnah jahat mengaitkan dengan Islam Liberal (Indonesia)…. Kita tidak pernah kata Datuk Seri sebahagian daripada Islam Liberal Indonesia..baca balik ayat-ayat secara tepat..
Anwar mencelah, “Hampir-hampir lah..”
Kes Lina Joy
Yusri meneruskan hujahnya dengan kes murtad Lina Joy yang peguam pemerhatinya, Malik Imtiaz yang sekarang ini dilantik penasihat undang-undang kerajaan Negeri Selangor.
“Di Malaysia ni, saya pun dalam ABIM juga..kita pun buat kerja Islam juga. Lina Joy contohnya.
“Pendirian awak (Anwar) tentang Lina Joy, saya pun tak tahu nak takwil (berhujah) macam mana…ada rekod (kenyataan awak) dalam youtube.
“Kalau Kalimah Allah, okey lah, Dr Mohd Nor kata ada khilaf lagi, tetapi kes Lina Joy, awak (nak) kata ada khilaf kat mana lagi?
“Dan dalam isu (Lina Joy), awak (Anwar) bukan ‘kawan’ yang sokong kita. Kami NGO Islam memperjuangkan isu ini (tahu siapa lawan dan kawan)”, kata Yusri lagi.
Yusri membangkitkan isu Lina Joy berdasarkan pengalamannya sebagai Presiden ABIM ke-6. Ketika itu, beliau menubuhkan gabungan NGO-NGO Islam yang dinamakan Pembela untuk tidak membenarkan wanita yang berasal dari Kelantan itu mendapat pengesahan undang-undang untuk murtad.
Manakala Anwar lebih mendiamkan diri dalam isu tersebut, malah Anwar juga pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Lina Joy murtad atau nama kebebasan beragama (freedom of religion) dan kebebasan hati nurani(freedom of conscience) ketika diwawancara oleh media barat. Klik di sini
Ketika menjawab hujah Dr Yusri berkenaan Lina Joy, Anwar menafikan beliau menyokong Lina Joy murtad.
“Tentang Lina Joy, siapa kata kita pandang ringan tentang isu murtad. Saya tidak pernah pandang ringan. Sebab itu Malik Imtiaz sampai sekarang menolak untuk bercampur dengan kita. Dia (Malik) sanggup hanya dengan third force, dia tak mahu (dengan kita) sebab prinsip kita, termasuk isu Lina Joy.
“Sekarang ni penyokong Lina Joy pun serang kita..saya mungkin ambil kenyataan yang tidak keras (dalam isu itu)”, kata Anwar.
IKD dan Buku Ali Abdul Raziq
Anwar turut menjawab isu Khalid Jaffar khususnya bekenaan penerbitan semula buku ‘Islam Dan Dasar Pemerintahan’ (Ali Abdul Raziq) yang diharamkan di Timur Tengah pada tahun 1960-an kerana pengarangnya Ali Raziq merumuskan bahawa di dalam Al Quran dan Al-Hadith tidak pernah menganjurkan untuk membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah). Majlis Ulama Mesir menfatwa buku karya Ali Abdul Raziq telah menyeleweng dan pengarangnya telah dilucutkan ijazah
Pada tahun 2004, IKD dengan tajaan KAF menterjemahkan semula buku itu untuk bacaan rakyat Malaysia. Penterjemahnya adalah Mustaqeem Mahmood Radhi, (pengarah MEGC)yang juga merupakan pemikir IKD
“Kalau macam Khalid, ya la Khalid, tidak semua lah (tak betul). Yang satu saja Khalid (buat silap), tentang Islam dan…apa..yang itu saya rujuk..Taha (husein) kata..dia kalau ikut dari segi perkembangan fahaman budaya, mesti ada perkembangan di kalangan intelektual, tetapi mesti disertakan pengantar..siapa pengantar dia.
“Pengantar itu cukup kuat menolak hujah itu. ..dia kata macam mana nak faham perkembangan budaya dan pertembungan kefahaman Mesir, kalau tidak baca Taha Hussein..cuma dia kata intro yang menyanggah fahaman itu mesti diterbitkan sekali”, kata Anwar
Ismail turut mencelah tentang isu Khalid Jaafar dan IKD.
“Bila sebut Khalid Jaafar, saya dengan izin Allah, saya ingin menyebut bahawa (terdapat) 45 buku terbitan IKD. Mungkin Datuk Seri tak baca..
Anwar mencelah “Tak Sampai (jumlah itu)”
Ismail menegaskan, “45 buah buku…saya bawa 10 buah buku malam ini..yang menulis tentang pekahwinan Islam dan bukan Islam boleh..buku-buku ini difinance oleh K.A.F. atau nama lain K.A..apa dia Datuk Seri ? KAS..Stiftung…Buat-buat tak tahu tu..
“(Antara buku itu ditulis oleh) Ahmad Wahid, saya baca buku itu lebih kurang tahun 80-an, saya baca lima kali. Khalid Jaafar re-print semula..baca buku ini (jadi) kafir..wa Nauzubillah..sebab itu saya minta Dato Hasyim Yahya datang untuk bagi penerangan..
Ketika ini Anwar mencelah.
“Takk Mail (ismail)…kalau betul awak punya strong view, telefon lah (saya) tanya…kita boleh bagi arahan pada dia (Khalid), kalau nak tunggu sampai sekarang. Saya pun tak tahu (Khalid terbitkan buku-buku itu) Wallahu azim..saya tak tahu
Ismail membetulkan perkataan Anwar, “Wallahualam.. bukan Wallahu azim”.
99.9 Peratus Buku IKD Cenderung Pluralisme
“Kalau betul… (kalau) satu dua tiga (buku) tak betul, tak apa lah.., apa yang panjang sampai bergaduh ni pasal apa ?, herdik Anwar.
“Pointnya, Datuk Seri anjurkan good governance, maknanya pentadbiran yang baik, jadi kita tidak mahu penerbitan buku-buku kontroversi dan sebagainya, Ini soal polisi, good governance..45 buku…”
Anwar mencelah, “Semua 45 itu out ?
Ismail menjawab, Tidak!…kalau pendapat saya, 99.9 peratus (menjurus ke arah itu).. (sebab itu) Polisi yang penting, sebab itu seminar kita Pluralisme dan Permurtadan merumuskan..’IKD adalah agen permurtadan dan pengkafiran’…ini pandangan peribadi saya (berdasarkan pemahaman seminar tempohari)…ini bukan pandangan MUAFAKAT.
“Sebab itu kita nak lindungan Datuk Seri agar tidak terjerumus ke dalam (itu)”, kata Ismail.
Anwar mencelah, “Jadi bagi tahu lah Mail, kalau betul..
Ismail mencelah, “Bukan kalau betul, (dah) memang betul”
Anwar mencelah “Baik lah..okay… kalau dah betul, bagi tahu lah, sebab Khalid ni. iya lah Khalid, ada juga sejarah dia, dia editor suara keadilan, saya di penjara masa itu, orang hantar (kepada saya) ada beberapa rencana yang sangat kontroversi, saya arah supaya dia (Khalid) diberhentikan”
“Jadi (dalam keadaan ini) Anwar lah yang sepatutnya arahan (Khalid)”, kata Ismail
Anwar berkata “Okay, kalau yang ni, kalau betul ada satu dua yang silap”…Ismail menegaskan, “bukan satu dua… banyak (buah buku)”.
Anwar menambah, “okay lah, kita panggil Khalid..” Ismail bertanya, “siapa nak panggil Khalid ?”
“Kalau enta (awak) ambil sikap begitu,(saya panggil Khalid), kita duduk dua tiga empat orang, enta datang pun tak ada masalah.”, kata Anwar.
sumber : http://www.anwaraidc.com/?p=4526
2 ulasan:
Ketika Anwar keluar ABIM dan menerjunkan dirinya ke dlm Umno selepas terliur dgn pujukan Dr Mahathir, ada seorg ayam sabung PAS menyatakan Anwar tlh membuat kesilapan besar kerana masuk dlm "tong tahi" (umno) kononnya utk mencuci "tong tahi" dari dlm. Katanya suatu hari nanti Anwar pasti menyesal kerana dia akan gagal mencuci tahi dlm Umno yg tlh sekian lama begitu busuk itu, sebaliknya dirinya yg akan berbau tahi sebusuk tong tahi itu.
Dan sekarang Anwar tlh merasai padah dan balasan kerana berani2 utk mencuci tong tahi dari dlm. Tong tahi yg kotor sejak setengah abad dulu tetap kotor, tapi Anwar yg ketika dlm ABIM kelihatan bersih, kini nampak kotor sekotor tong tahi itu.
Kini Anwar tlh menerima pembalasan Tuhan - hukum karma utk sesiapa yg berani masuk tong tahi bagi mencuci tahi dari dlm. Adakah sesiapa lagi yg mau jadi hero utk berlagak berani mencuci tong tahi?
kalau anwar bernawaitu kerna Allah ketika nak membersihkan lubang taik dari dalam.....aku yakin ini semua tidak akan terjadi....
Catat Ulasan