Blogger dimaksudkan ialah Kelab Greenboc. Beliau menulis tajuk : Pemuda PAS, Platform Untuk Persiapkan PAS Sebagai Parti Anak Beranak? :
Antara yang diulas beliau tentang sikap tidak berlandaskan Islam Hj Hadi dan Nik Aziz apabila membenarkan anak mereka naik dalam parti yang mereka pimpin. Blogger itu juga mengaitkan dengan situasi di Mesir dan Libya di mana punca kemarahan rakyat adalah disebabkan kronisme. Begitu juga Panglima tertarik dengan sirah Khalifah Umar yang melarang anaknya serta tidak melantik mereka mewarisi jawatan yang disandang. Baca tulisan menarik di bawah :
dalah tindakan tidak matang,tidak wajar dan tidak beretika apabila Pemuda PAS melakukan pemilihan dengan meletakkan anak-anak pimpinan PAS Pusat berada di dalam barisan pimpinannya persis ingin menjadi PAS sebagai parti anak beranak.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menerajui Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) setelah berjaya mengenepikan penyandang jawatan itu, Azman Shapawi.
Beliau memperoleh 260 undi manakala Azman hanya memungut 94 undi pada pemilihan Muktamar DPPP ke 52 di Dewan MBSA, kelmarin.
Begitu juga Khalil Abdul Hadi yang dipilih menjadi salah seorang ahli jawatankuasa PAS Pusat yang menerima 320 undi.
Hal ini terlalu mengaibkan parti yang selama ini kita cuba sentiasa membersihkan konsep nepotisma dan kronisma di dalam pemerintahan negara, alih-alih mendapati sayap pemuda PAS dilanda dengan wabak yang serupa menjadikan Dewan Pemuda sebagai tapak untuk anak-anak pemimpin tertinggi PAS mempersiapkan diri untuk mengambil-alih teraju parti di masa muka.
Ini memberikan contoh yang tidak baik kerana akan lahir persepsi bukan sahaja dari kalangan ahli malah dari seluruh rakyat di negara ini bahawa kini PAS sudah memutar jarum jam ke belakang mengikut jejak-jekak kepimpinan PAS era nasionalis-Islamis di mana pernah sewaktu PAS di era Datuk Mohd Asri Muda sebagai Presidennya, nepotisma diamalkan.
Malah PAS - pernah diberi gelaran Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.
Memang di dalam parti-parti lain termasuk rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, ada mengamalkan nepostisma tersebut, tetapi mengapa Pas juga turut terlibat dalam amalan seumpama itu? Lebih menyedihkan amalan itu di tunjukkan sendiri oleh pemimpin tertinggi parti.
Kenyataan Ketua Dewan Ulamak yang PAS tidak terlalu meraikan kehendak rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sepatutnya juga meliputi contoh-contoh yang tidak baik yang diamalkan oleh mereka.
Parti politik adalah tapak kepada pemilikan kekuasaan apabila parti politik berkenaan memenangi plihanaraya dan rakyat memandang serong politik keluarga seperti ini.
Jangan lupa isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.
Di peringkat antarabangsa pula, masyarakat dunia turut menempelak dan tidak dapat menerima kehadiran tokoh "anak-beranak" di dalam pemerintahan dan parti. Runtuhnya kerajaan Hosni Mubarak di Mesir, salah satu sebabnya ialah kebencian rakyat terhadap pemerintahanya ialah kehadiran Alaa Mubarak dan adik laki-lakinya Gamal, yang memegang jabatan tinggi di partai yang berkuasa yang akhirnya telah menghancurkan kekuasaan pemimpin berusia 82 tahun itu.
Begitu juga di Libya, dunia mengutuk anak pemimpin Libya Saif Gaddafi yang "campurtangan" mengumumkan sebuah perlembagaan baru telah siap ketika pemberontak yang berusaha menggulingkan ayahnya berhasil dikalahkan.
Inilah persoalan yang sepatutnya menjadi iktibar kepada pemuda dan saya melihat pemuda masih TIDUR di dalam isu-isu sebegini sehingga nanti ia menjadi peluru besar yang akan menghancurkan parti.
Berbeza keadaan jika penyertaan aktif mereka JIKA ayah masing-masing sudah tidak bergiat lagi atau sudah menyahut seruan Ilahi seperti akktifnya Mujahid yang muncul di pentas politik PAS setelah ketiadaan Tn Hj Yusof Rawa.
Penyertaan anak-anak pemimpin tertinggi PAS ke dalam barisan pemuda adalah satu cacat paling malang yang mana ia amatb tidak ber-uswah (mengambil suri teladan) dari nasihat khalifah Islam yang ternama, Umar Al-Khattab.
Ketika hampir wafat setelah ditikam, Umar Al-Khattab berpesan kepada anaknya (Abdullah bin Umar), "Wahai Abdullah, keluarga Umar tidak menaruh niat sedikit pun untuk menjadi khalifah. Cukuplah di kalangan keluarga Umar ini, Umar Al Khattab saja yang masuk neraka. Anakku... sekali kali jangan, jangan engkau mengingat-ingat akan jabatan khalifah ini..."
Tidak ada anak Rasulullah s.a.w. yang diangkat menjadi khalifah dan tidak ada anak-anak khalifah yang mewarisi jabatan ayahandanya.
Masih begitu ramai ahli-ahli pemuda yang layak untuk memegang jawatan, yang lebih lama dan lebih aktif dari anak-anak pemimpin ini, mengapa ditinggalkan?
Itu pemuda yang memanjat pokok memasang bendera di waktu pilihanraya, yang ditarbiyah bukan sahaja oleh ulamak tetapi oleh alamiah, lebih mulia untuk diangkat di dalam barisan pemuda daripada anak-anak pemimpin yang walaupun kelulusan tinggi tetapi hidup di dalam keadaan yang segala-galanya telah tersedia untuk mereka, hatta "nama" untuk dijaja di dalam pemilihan kerana telah mewarisi kemasyuran dari ayah mereka.
Sepatutnya sebagai sebuah parti Islam, kita tidak membenarkan jawatan dan kepimpinan sebagai warisan turun temurun.
Kita baru sahaja melihat bagaimana berkocaknya kerajaan Kelantan di dalam kes Ariffahmi yang sehingga sekarang digunakan sebagai isu musuh menyerangkan Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan.
Sayangnya, tatkala PAS Pusat yang telah berubah memilih pimpinan untuk persediaan kemenangan, sayap pemuda masih tersangkut di celah gelegar surau nepotisma. Tetapi nafsunya besar, menuntut 40% kerusi diberikan untuk mereka.
Pemuda kelihatan seperti menjunjung kepimpinan ulamak ke peringkat paling keramat tetapi pada waktu yang sama najis nepotisma terpalit yang menyebabkan hanyirnya boleh menyebabkan parti berbau busuk sewaktu pilihanraya nanti yang jari rakyat menuding kita dengan jeritan, PAS cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap!
sumber : klik sini http://greenboc.blogspot.com/
Panglima : ini tulisan blogger pro PAS dan jelas berpaksikan kebenaran. Tindakan Tun Mahathir tidak membenarkan anaknya menyertai dunia politik demi mengelakkan perkara ini. Namun sayang sekali Hj Hadi dan Nik Aziz lupa perkara ini. Isu menantu Nik Aziz bukti bukan sahaja anak, tetapi menantu turut mendapat manfaat dari kedudukan mertuanya selaku MB Kelantan yang menjawat Mursyidul Am.
Kepada tentera fi sabilillah : sebarkan kebenaran ini ke segenap ceruk siber dengan niat menyedarkan rakyat bahawa Islam lain dan parti PAS lain. Islam dipelihara Allah tetapi parti politik boleh berubah demi kuasa harta dan wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan