Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Jun 2011

Keputusan Penuh Muktamar PAS 2011 - Ada Unsur Politik Wang Di Sebalik Kemenangan Erdogan ???




Info diperolehi dari blog Malaysia Berih http://malaysiaberih.blogspot.com/ 



Berikut senarai penuh Jawatahkuasa kerja pas pusat yang terpilih bagi sesi 2011/2013 :
PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ – 399 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi
3. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ – 321 undi
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri – 217 undi
6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi


Nampaknya kali ini pimpinan PAS sudah dikuasai kembali oleh geng Erdogan. Kebangkitan semula puak Erdogan ini bukanlah akibat permainan yang tidak betul dari aspek propaganda yang kurang berkesan akan tetapi ia satu strategi bagi menguntungkan UMNO bukan PAS atau PKR apatah lagi DAP. Meskipun turut disokong secara terbuka oleh MB Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat 



Sinar Harian 2 Jun 2011



Sinar Harian 27 Mei 2011

Pemilihan yang seperti memberi kemenangan moral kepada Anwar, sebenarnya petanda awal kehancuran PAS tanpa sebarang syak lagi.Ditambah pula akan kesukaran Abang Mat Sabu mengendalikan PAS berhadapan puak pro Anwar dalam geng Erdogan sudah tentu PAS akan makin haru biru.

Lihat betapa jauh perbezaan undi kali ini dan tidak mustahil 'politik wang' sudah menjalar ke hati sanubari ahli PAS.  Apakah tidak bergoyang jika ditawarkan beribu ringgit bagi satu undi ? Jika UMNO pernah didakwa rosak kerana politik wang Anwar maka apakah PAS kebal dari 'serangannya' ?

Tahniah kepada Erdoganiyyah atas kemenangan ini dan takziah kepada Nizar kerana tidak berjaya menjadi Erdogan yang baik seperti Husam dan Mahfuz Omar. Mujur Tuan Ibrahim tidak berjaya lintas Mat Sabu dan kali ini Anwar perlu fikir banyak kali bagaimana mahu 'atasi' masalah Mat Sabu yang panjang akal dan 'tutttt' nya ?


Kisah group Erdogan wanita oleh Agenda Daily http://agendadaily.com/ 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadis Huzaifah bin Al-Yaman r.a katanya:
Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenal dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 3434
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendapati pemimpinnya melakukan perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jemaah satu jengkal, maka matinya adalah dikira mati dalam keadaan jahiliah.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 3438

Cari Blog Ini

Translate