Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Bagi Panglima, sebagai Ketua Pemuda UMNO yang tidak ada latar belakang agama, yang barangkali tidak sedar ancaman Wahabi, Saudara Khairy Jamaluddin tidak perlu membela Dr Asri yang sudah semua orang tahu siapa dia dan kaitannya dengan Wahabi.
Menurut laporan yang disiar Bro Jinggo (klik sini) KJ berkata :
“Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah,” kata Khairy dalam kenyataan menerusi laman Facebooknyahttp://www.facebook.com/khairykj .
Para Ulama Islam Malaysia sudah tahu siapa Dr Asri dan pengajarannya yang pro dan cenderung kepada ajaran wahabi. Maka fahaman ini bukan seperti aliran pemikiran berdasarkan akal, yang boleh diterima dan ditolak, kerana wahabi satu ancaman akidah yang boleh merosakkan iman dan status Islam seseorang.
Ini tidak bermakna semua yang diajar oleh ulama salafi wahabi seperti golongan Ulama Muda UMNO adalah salah. Kerana bukan semua perkara yang dikaitkan dengan puak Salafi Wahabi, bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah kecualii bab tertentu sahaja khasnya bab TAUHID dan FEKAH serta sedikit dalam bab TASAUF.
Perkara akidah untuk pengetahuan Saudara KJ adalah sangat serius !
Akidah yang rosak meskipun kuat ibadat, tidak akan melayakkan seseorang masuk syurga, berbanding peminum arak yang berdosa besar tetapi tidak rosak akidahnya lebih berpeluang masuk syurga. Meskipun dia perlu dibakar dalam neraka terlebih dahulu.
KJ juga tidak perlu mempertikaikan tindakan pihak Majlis Keselamatan Negara menganjurkan taklilmat tersebut jika benar taklimat tersebut disampaikan.
Tugas MKN ialah menjaga keselamatan negara dari ancaman meskipun melibatkan public figure popular seperti Dr Asri. Bukan setakat Dr Asri, bahkan ulama muda yang pro wahabi yang menyokong kerajaan juga dikaitkan ( jika benar taklimat diadakan mengikut info Malaysiakini ).
Dalam masa yang sama juga semua pihak perlu selidik macam mana taklimat sulit boleh bocor dan apakah tindakan MKN untuk menanganinya?
Menurut sumber yang boleh dipercayai, peserta taklimat terdiri dari kalangan pegawai agama lantikan negeri. Merekalah barangkali yang melaporkan taklimat tersebut demi menjatuhkan maruah Kerajaan BN dengan memburukkan MKN.
Kita tidak membenci sesiapa yang mengikut ajaran salafi wahabi, tetapi perkara yang ditolak oleh majoriti ulama - yang cuba disebar oleh wahabi, perlu dibendung dari disebarkan di negara kita.
Boleh jadi mereka menyalurkan maklumat yang mungkin tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan yang memberi keuntungan kepada portal berita pro pembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini.
Kita harap kebocoran ini jangan dibiarkan kerana kita khuatir ia akan membocorkan segala maklumat sulit negara akibat pengkhianat dalam kalangan peserta.
Mustahil pegawai MKN membocorkan maklumat kecuali peserta sendiri yang menyalurkannya.
Siasatan perlu dibuat hingga ke lubang cacing siapa yang bertanggungjawab mendedahkan maklumat sulit ini.
Seterusnya tindakan Malaysiakini yang cuba melaga-lagakan hubungan antara Arab Saudi dengan Malaysia juga perlu diambil perhatian yang serius. Lihat tulisan Malaysiakini :
"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.
Apakah motif dikaitkan dengan Arab Saudi dengan kes ini ? Mereka sebenarnya ingin menjadikan Malaysia dengan Arab Saudi yang terjalin baik akan rosak dengan propaganda murahan ini.
Sedangkan masalah aliran Wahabi wajar dilibatkan dalam konteks hubungan G - G ( Kerajaan dengan Kerajaan ).
Adakah kerana Syiahnya Iran kita tidak berdagang dan membina kilang di Iran ?
Kita profesional bukan emosional dan kerana itu kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja asal jangan kita terpengaruh dengan ajaran mereka yang kita tidak boleh terima dan tidak benarkan ia disebarkan.
Harap isu wahabi tetap menjadi perhatian utama kita dalam misi untuk menyedarkan rakyat tentang bahayanya demi mengelakkan kerosakan akidah anak muda dan tua.
3 ulasan:
ahli sunnah tu maksudnya bini buleh tayang jambul ke?...gambar idola kat blog hang tu pun dah menjawab apa itu ahli sunnah...bodoh...DAP suruh bukak tudung kot...
fathul bari apa cerita?...
juanda jaya apa cerita?...
tak wahabi ke?...sebab tak tegur pimpinan maknanya sunni?...apasal ngko highlight asri je?....pk bro...bulan posa ni ngko bagi tazkirah kat brapa masjid dah?...
ngko takkan siar pun cakap aku ni...tapi cukup laa utk pembacaan ngko...
Benarkah tauhid salafi sesat.
Sedangkan tauhid yg disampaikan ulamak2 salaf berdsarkan kefahaman para sahabat 400 tahun selepas kewafatan nabi yg mana islam masih kurang bidaah nya.
Perlu diingat tauhid tersebut lah Islam melangkau seluruh dunia selepas rata2 umat islam berpegang kpd tauhid sifat 20 apa yg terjadi? sendiri mahu ingat...
jangan JADI Bodoh kajilah
TAUHID IMAM SYAFIE......
Catat Ulasan