Dua hari lepas Panglima berkesempatan mengikuti sesi bersama Datin Seri Fatini Yaacob yang dijemput mengkisahkan perjalanannya menulis dan mengkaji kisah Natrah. Bertempat di Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Sesi bermula jam 3 petang dan berakhir tiga jam kemudian.
Meskipun sesi diadakan pada sebelah petang bulan Ramadhan tetapi penceritaan yang bersahaja dan mengesankan jiwa membuat masa tiga jam seperti tidak dirasa. Para pendengar seperti terpegun dengan satu persatu ungkapan beliau yang tersusun lagi teratur di dalam menghikayatkan kisah Natrah dan yang tersirat di sebaliknya. Seperti teraturnya kisah buku tulisan beliau bertajuk 'Natrah - Cinta,Rushan,Air Mata' di atas.
Sebelum ini kita pernah membaca kisah tersebut di dalam dada akhbar dan majalah sahaja tetapi tanpa dijangka dua hari lepas cerita dari mulut pengkajinya telah dapat kami perolehi. Peluang yang sangat berharga dapat mendengar secara langsung dari beliau berkat bulan Ramadhan.
Siapakah Datin Fatini Yaacob ini ? Berikut biodata diri beliau yang ditemui di (klik sini ).
FATINI YAACOB – bermula sebagai Wartawan majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1981–1994), kemudian menjadi penulis bebas (1994–2008). Kini Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia (2009). Lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Kewartawanan/Penyiaran (1981) dan University College Cardiff, Wales, United Kingdom untuk ijazah Sarjana Pengajian Kewartawanan (1987). Hasil karya/penyelidikan – Natrah (artikel bersiri untuk majalah Dewan Masyarakat – 1989), Shamsiah Fakeh (artikel bersiri untuk majalah Dewan Masyarakat – 1991), dan Daim Yang Diam (Biografi, 1997).
Dalam ungkapan padat bernas di tepi kolum blog peribadinya, (klik sini) Datin Fatini menukilkan kesimpulan perjalanan kisah Natrah dengan kata-kata berikut :
NATRAH ADALAH WANITA YANG SENGSARA JIWANYA KERANA MENJADI MANGSA DUA DUNIA
LAHIR DI TIMUR TAPI DIBESARKAN DENGAN PAKSA DI BARATMEMELUK ISLAM SEMASA KECIL TAPI MEMBESAR DENGAN PAKSA DALAM KRISTIANDI NIKAHKAN DENGAN UNDANG-UNDANG ISLAM TAPI TERBATAL PERKAHWINAN DENGAN UNDANG-UNDANG BARATNATRAH ADALAH ANAK BELANDA YANG BERADA DEKAT DI HATI ORANG-ORANG MELAYU. NATRAH MUNCUL KETIKA ORANG MELAYU BERADA DALAM ZAMAN GELORA MENENTANG PENJAJAH.
KISAH PERKAHWINANNYA, KISAH REBUTAN HAK PENJAGAAN DIANTARA IBU ANGKAT MELAYU DAN IBU BAPA KANDUNG BELANDANYA DI MAHKAMAH SINGAPURA MENJADI ISU BESAR SEMUA AKHBAR BESAR DUNIA PADA TAHUN 1950
Dalam pendahuluan buku tersebut ada kata-kata ulasan dari tokoh terkenal :
Dalam buku tersebut susunan tajuk seperti berikut :
BAB 1 Lahir di Bandung
BAB 2 Dari Tanah Melayu ke Tanah Jajahan
BAB 3 Nikah di Singapura, Gempar di Belanda
BAB 4 Natrah Kahwin, Akhbar Gempar
BAB 5 Karim Ghani Ketuai Jawatankuasa Bela Natrah
BAB 6 Perbicaraan Tuntutan Hak Penjagaan Natrah
BAB 7 Keputusan Perbicaraan
BAB 8 Natrah di Gereja dan Provokasi Akhbar
BAB 9 Dato’ Onn Kecewakan Tunku
BAB 10 Rusuhan!
BAB 11 Dilarikan ke Belanda
BAB 12 UMNO dan Rusuhan
BAB 13 Insan Belanda Berhati Mulia
BAB 14 Mansor Adabi Bernikah
BAB 15 Terpenjara di Belanda
BAB 16 Kahwin untuk Keluar Rumah
BAB 17 Bertemu Vermeulen dan Akhbar
BAB 18 Luka Lama Berdarah Kembali
BAB 19 Bercerai dengan Wolkenfelt
BAB 20 Mencuba Nasib di Amerika
BAB 21 Kembali ke Kemaman
BAB 22 Berakhir Penderitaan
BAB 23 Bahagia Akhirnya
Bukan mustahil Melayu bersatu
Oleh FATINI YAACOBKELMARIN buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata telah dilancarkan dengan sempurnanya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada beliau kerana keberanian melancarkan buku itu.
Walaupun perjuangan Natrah dahulu tidak diterajui oleh pemimpin UMNO, hanya disertai oleh ahli-ahli UMNO tetapi atas kebenaran sejarah dan apresiasi sejarah, Muhyiddin sanggup meletakkan dirinya melancarkan buku ini.
Kerana buku Natrah adalah kisah benar satu episod sejarah yang sanggup meleburkan kepentingan politik demi agama.
Saya berterima kasih dan percaya dengan kesudian Ustaz Nasharudin Mat Isa dan jawatan kuasa tertinggi Pas yang hadir ke majlis pelancaran buku ini juga sebagai menyatakan istiqamah parti tersebut, dalam menyambut usaha yang baik ke arah perpaduan Melayu dan mengangkat martabat Islam.
Saya secara peribadi turut mengundang ahli jawatankuasa tertinggi parti PKR ke majlis pelancaran buku ini. Namun sayangnya hasrat saya untuk melihat detik perpaduan tiga kelompok pemimpin tertinggi parti ini dalam majlis pelancaran buku Natrah yang dulunya memang menyatukan orang Melayu dalam perjuangan membela Islam dalam Natrah, tidak tercapai.
Saya percaya dan doakan agar satu hari akan datang juga detik ini. Detik penyatuan dan perpaduan Melayu demi agama yang dinaungi oleh kasih sayang Allah.
Sebenarnya buku Natrah yang saya tulis kali ini, menghantar mesej dan makna yang lebih besar daripada Natrah yang saya tulis dalam majalah Dewan Masyarakat 20 tahun yang lalu.
Buku itu menuntut pemerhatian yang teliti dan tindakan yang penting terhadap memartabatkan Islam di tempatnya, terutama dalam politik dan perundangan negara kini.
Sebenarnya di sebalik kisah Natrah ada perjuangan yang lebih hebat, daripada sekadar kisah sedih hidup Natrah dan kisah cinta Natrah dan Mansor Adabi. Dan semua ini tidak ada di dalam majalah Dewan Masyarakat yang saya tulis dahulu.
Buku ini adalah himpunan semangat dan roh pejuang-pejuang Natrah yang memperjuangkan iman di dada Natrah. Keikhlasan perjuangan mereka inilah dengan redha Allah meresap jauh menyentuh hati orang Melayu turun temurun, zaman berzaman sehingga kini. Kisah perjuangan itu saya rakam khas sehingga lapan bab di dalam keseluruhan 23 bab buku itu.
Sebenarnya kisah pengorbanan dalam Natrah ini membabitkan pelbagai jenis. Ada pengorbanan wang ringgit dan harta benda untuk dibuat derma bagi pembiayaan mahkamah dalam kes Natrah. Ada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit oleh pejuang-pejuang Natrah seperti Karim Ghani, Dr. Burhanuddin Helmi, Mohd Taha Kalu, Tunku Abdul Rahman dan Hussien Onn (Tun), Ahmad Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama).
Namun yang paling tinggi nilainya adalah pengorbanan jiwa dan pengorbanan kepentingan diri dan kepentingan politik. Saya terharu membaca pengorbanan ini.
Walaupun diterajui oleh Dr. Burhanuddin Helmy dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggap sebagai parti kiri semasa itu, namun ahli-ahli UMNO semasa itu seperti Sardon Jubir (Tun), Darus Sharrif yang juga jawatankuasa UMNO Johor dan Geylang Singapura turut sama berada dalam Jawatankuasa Tindakan Natrah (JKTN).
Tunku Abdul Rahman dan Hussien Onn pula sanggup meneruskan usaha-usaha perjuangan membebaskan mereka yang dikenakan hukuman gantung kerana merusuh selepas semua JKTN dipenjarakan.
Kelompok kecil ahli-ahli parti Hizbul Muslimin juga ikut berjuang bersama. Ini bermakna pada masa Natrah, demi kepentingan agama, semua orang Melayu meleburkan kepentingan peribadi masing-masing demi membela Islam yang dihina penjajah.
Keadaan yang sama barangkali tidak jauh bezanya jika kita lihat keadaan politik hari ini. Setelah dekat 60 tahun tragedi Natrah, kini kita kembali berada dalam keadaan yang berat dan mengancam dari segi politik.
Kalau dulu musuh politik dan agama kita adalah jelas iaitu penjajah, sekarang kita jadi bingung kerana keadaan kuasa yang semakin terancam walaupun kuasa masih ada di tangan kita. Kuasa majoriti yang sedikit kita pegang semakin goyah kerana perpecahan sesama kita.
Dalam keadaan tertentu, suasana penghinaan Islam pada zaman penjajah dahulu juga wujud, walaupun barangkali dalam bentuk yang berbeza. Penghinaan terhadap Islam sekarang berlaku dari dalam dan luar diri kita.
Dari ‘dalam diri’ kita’ penghinaan berlaku apabila kita tidak meletakkan martabat Islam pada tempatnya. Dalam percaturan politik, kita meletakkan kepentingan diri dan kuasa melebihi kepentingan awam dan kepentingan Islam.
Kita sanggup mengetepikan Islam dan hukum-hakam Islam asal kuasa dan kepentingan diri dipenuhi. Elemen ini ada pada semua parti Melayu hari ini. Mereka masih belum boleh duduk semeja, berdamai dan berunding demi sebab yang lebih besar – meleburkan kepentingan parti demi survival Islam di tangan orang Melayu.
Dari ‘luar diri’ kita, penghinaan terhadap Islam jelas berlaku apabila orang bukan Islam sudah berani membuat provokasi kepada agama dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Penggunaan kalimah Allah, mempersoalkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah contoh-contoh provokasi yang jelas terhadap orang Islam. Mereka akan terus berani berbuat demikian sekiranya kita tidak kuat memegang prinsip jati diri orang Islam.
Kita harus belajar daripada sejarah dahulu termasuk sejarah perpaduan yang unik lagi istimewa dalam kisah Natrah di kalangan bangsa-bangsa Cina, India dan Serani.
Mereka ikut berjuang membantu orang Islam ketika itu sehingga ikut terkorban. Semangat itu hanya diperolehi kerana kesatuan jitu orang Islam ketika itu.
Hanya dengan perpaduan dan penyatuan hati orang Melayu yang ikhlas kerana Allah, yang tidak pentingkan diri, yang memungkinkan kita membuat percaturan politik yang bijaksana, yang tidak merugikan Islam pada zaman mana pun jua, termasuk masalah perpecahan politik sesama kita pada hari ini.
Bagi saya sebagai pembaca sejarah, tidak ada suatu pun kuasa yang dapat menghancurkan dan meleburkan kita, sekiranya kita bersatu hati dan mengikhlaskan diri demi perjuangan yang murni – iaitu agama.
Pengorbanan ini bukannya sukar walaupun tidak terlalu mudah. Bangsa yang besar adalah bangsa yang tahu menilai pengorbanan pejuang-pejuang yang terdahulu.
Pemimpin yang besar adalah pemimpin yang tahu membuat pengorbanan diri demi kepentingan bangsa dan negara.
Natrah di tangan saya kini telah melampaui sifatnya sebagai penceritaan seorang individu. Natrah adalah kisah kita, kisah perjuangan kita.
Jika demikian kentalnya roh dan semangat penyatuan para pejuang dan orang Islam masa dulu sehingga menyusup ke dalam sanubari kita sehingga ke hari ini, apakah percaturan politik yang bakal kita hantar kesannya kelak untuk generasi Islam 60 tahun lagi?
Datin Seri Fatini Yaacob ialah Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia
Maka saranan Panglima mari kita dapatkan buku ini sebelum terlambat. Mari kita hayati perpaduan seluruh rakyat 61 tahun yang lalu, di mana tidak kira bangsa dan agama telah bangkit di dalam mempertahankan Natrah yang dipisahkan secara paksa dari suaminya.
Kita yakin kisah Natrah bukan melibatkan keluarga Mansor Adabi sahaja dengan ibunya Che Aminah tetapi melibatkan bagaimana bangsa Melayu bangkit dan bersatu membela agama, bangsa dan negara mereka sehingga menggerunkan musuh penjajah dan membolehkan kemerdekaan negara dicapai tanpa pertumpahan darah.
Lagi menarik perjuangan ini turut disertai bangsa lain yang menentang kezaliman penjajah yang sengaja memisahkan antara suami dengan isteri dan menghina agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu. Ciri 1Malaysia yang dihasratkan oleh Perdana Menteri kita.
Lagi menarik perjuangan ini turut disertai bangsa lain yang menentang kezaliman penjajah yang sengaja memisahkan antara suami dengan isteri dan menghina agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu. Ciri 1Malaysia yang dihasratkan oleh Perdana Menteri kita.
Panglima yakin bangsaku ini boleh bangkit dan bersatu kembali jika buku ini dibaca dan dihadam sehingga seluruh cerita Natrah dan Mansor Adabi dan semangat rakyat yang membela mereka berdua, memenuhi seluruh saluran darah dan urat saraf !
Ayuh kita bangkit memupuk perpaduan seperti datuk nenek kita bangkit dan berkorban apa sahaja demi kesucian agama kita...
Para Pemimpin politik dan agensi kerajaan kita termasuk media eletronik / massa perlu menjemput penulis dan pengkaji Natrah iaitu Datin Fatini Yaacob ini untuk menyatakan secara jelas kepada rakyat bagaimana kita pernah berjaya pada tahun 1950 untuk mengenepikan perkara politik demi menegakkan agama kita dan tidak mustahil kita boleh ulanginya sekali lagi pada hari ini di saat kita semakin berpecah kerana ghairah berpolitik mengejar kuasa sebilangan antara kita sehingga memperalatkan agama.
Para Pemimpin politik dan agensi kerajaan kita termasuk media eletronik / massa perlu menjemput penulis dan pengkaji Natrah iaitu Datin Fatini Yaacob ini untuk menyatakan secara jelas kepada rakyat bagaimana kita pernah berjaya pada tahun 1950 untuk mengenepikan perkara politik demi menegakkan agama kita dan tidak mustahil kita boleh ulanginya sekali lagi pada hari ini di saat kita semakin berpecah kerana ghairah berpolitik mengejar kuasa sebilangan antara kita sehingga memperalatkan agama.
Untuk makluman tempahan boleh dibuat secara online dengan klik di sini http://bukunatrah.blogspot.com/ dan hasil jualan difahamkan akan disalur ke Yayasan untuk menguatkan tauhid orang Melayu Islam di Malaysia.
Insya Allah point penting juga akan disentuh di fb,twitter dan blog Panglima dari pembacaan buku tulisan Datin Fatini tersebut yang baru dimulakan tengah hari tadi, untuk memberi peluang kita berkongsi perkara yang tersurat dan tersirat dari buku yang telah Panglima beli pada hari mendengar ceramah beliau dua hari lepas.
Mohon rakan blogger,facebooker dan twitterian membantu menjayakan hasrat menyebarkan isi pati Natrah ini di akaun masing-masing.
kemaskini : 3.09 petang
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan