Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Ogos 2011

Blogger Malaysiawaves Akui Pakatan Berniat Jahat Mahu Memecat Mak Saudara Khir Toyo !!!




Terima kasih kepada Malaysiawaves yang cuba spin isu NC Unisel yang meletak jawatan semalam.


Nampaknya maklumat beliau dedahkan membuktikan Pakatan Dendam memang berniat jahat tanpa mempunyai alasan kukuh untuk memecat mana-mana orang yang tidak disukai.


Meskipun tanpa melalui saluran undang-undang yang sah.

Tulis Malaysiawaves :



Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah disebabkan Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo, beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Dikatakan juga, Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang professional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.





Pada pandangan Panglima mustahil NC dilantik dari kalangan bukan pro Pakatan. Semestinya jawatan tersebut akan diisi oleh orang sealiran dengan Kerajaan Negeri. Jelas alasan Tulang BEsi tidak boleh diterima pakai.


Begitu juga Tulang Besi membuktikan kepalsuan dakwaannya apabila tidak ada sebarang butiran salah laku Rokmaa mak saudara Khir Toyo selain sekadar menyebut beliau disiasat Jawatankuasa Khas sahaja.




Kesimpulannya : Pakatan Dendam memang mencari jalan menyingkirkan orang tidak sealiran dengan mereka meskipun menggunakan jalan kotor dan memalukan mangsa mereka.




Sekali lagi terima kasih kepada TB yang mendedahkan maklumat ini. Jelas rakyat sudah mengetahui dengan terang bahawa dendam Pakatan yang dipendam selama ini, akhirnya dapat dilunaskan apabila mak saudara Khir Toyo dapat disingkirkan dari jawatannya sekarang di Unisel.




Setakat ini tidak ada bukti kukuh dibentangkan dalam alam siber dan media massa bukti jawatankuasa khas atau kesalahan tiga pegawai yang mahu dipecat oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.


Memang selama ini mereka tidak ada pun bukti kecuali semuanya adalah REKAYASA yang diputar belitkan untuk keuntungan politik Pakatan Rosak.






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate