Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Ogos 2011

Blogger YY Korek Lebih Dalam Siapa Faekah Yang Sertai Group FB Murtad !!!




Tulis Blogger YY ( Yuseri Yusoff ) :





"kepala I mereng sikit kalau you nak tau"
Apa khabar agaknya Cik Faekah Husin sekarang ini, maklumlah sudah agak lama kita tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh SETPOL Menteri Besar Selangor ini.

Kalau dulu pantang ada isu Faekah merupakan individu paling di hadapan mempertahankan tindakan 'bengong' kerajaan Negeri Selangor, malah kadangkala beliau dilihat lebih besar dari Menteri Besar sendiri.

Diam tak diam Setpol yang sudah menghampiri menopouse dikatakan menyokong satu gerakan kumpulan murtad di facebook. Sebagaimana didedahkan oleh blogger Angin Perubahan. Jadi saya korek dengan lebih mendalam dengan apa yang didedahkan oleh Angin Perubahan.




Kumpulan facebook AMS atau 'Murtad's In Malaysia and Singapore' ditubuhkan konon untuk menyumbang sokongan moral kepada golongan murtad di Malaysia dan Singapore, objektif mereka adalah mewujudkan satu sistem sokongan moral kepada umat Islam yang telah murtad.


Agak aneh bila Faekah Husin merupakan individu yang turut sama menyokong gerakan kumpulan ini bersama beberapa pemimpin pembangkang yang lain antaranya Lee Boon Chye (ahli parlimen PKR Gopeng), Sim Tze Min (ADUN DAP Pantai Jerjak), Nasir Hashim (ADUN PSM Kota Damansara), Tan Kok Wai (ahli parlimen DAP Cheras), Lim Lip Eng (ahli parlimen DAP Segambut), Boo Cheng Hau (ADUN DAP Skudai), Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK PKR)


"hello... abg khalid jgn joli sgt duit rakyat selangor tau".

Gerakan jijik kumpulan yang tidak faham akan pengertian Islam sepenuhnya ini sungguh mengejutkan, mereka mengutarakan pendapat sesama mereka mengikut logik akal. Malah semua perkara berkaitan Islam mahu pun ayat-ayat Al-Quran ditafsir mengikut logik akal.

Gerakan kumpulan ini merupakan satu penghinaan besar kepada umat Islam negara ini.

Perkara 3 perlembagaan  menetapkan Islam adalah agama negara namun agama-agama lain boleh diamalkan dan dipraktikkan dalam keadaan aman dan harmoni.

Fasal 11 pula menetapkan setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan mengamalkan agama sendiri tetapi mereka perlu patuh kepada undang-undang di mana tidak menyebarkan fahaman agama mereka kepada orang Islam.

Kumpulan ini mengeksploitasikan Perkara 11 dalam perlembagaan Malaysia. Kebebasan beragama di Malaysia dijadikan asas untuk menghalalkan tindakan murtad mereka. Mereka mungkin tidak faham bahawa setiap etnik Melayu di Malaysia ditakrifkan sebagai muslim mengikut perlembagaan.

Mari kita lihat beberapa komen yang dikeluarkan oleh mereka secara sedar  dan bukan dalam keadaan diri dipengaruhi oleh dadah atau alkohol :


Individu yang meninggalkan komen dalam bulatan pertama di atas dipercayai individu yang sama di laman twitter yang bernama Makcik Hajjah Sitt @sitt_alwuzura3. Diikuti dengan komen Lancer Justin yang menyeru supaya tidak mempercayai Islam dan melabelkan bahawa umat Islam melayan agama lain dengan baik bertujuan untuk memastikan mereka semua memeluk Islam.

Antara komen-komen lain :

Profil facebook Fundamentalist Dogma Delusion mengatakan Allah itu tidak wujud dan dia lebih percaya kepada konsep Tuhan Spinoza. (Sah budak ini hidup dalam delusi)




Umat Islam juga digambarkan sebagai agama yang tidak bermaruah, bodoh dan menolak kemodenan. 

Mungkin manusia ini lupa bahawa kemodenan yang pesat dalam Malaysia sekarang merupakan hasil idea empat  Perdana Menteri terdahulu yang beragama Islam. (UMNO bukan Islam PAS)

Apakah motif Faekah Husin ikut serta dalam kumpulan ini?

Adakah Faekah Husin menyokong tindakan mereka yang telah keluar dari Islam?


baca lagi sambungan artikel YY di sini : 





Panglima : syabas kepada sahabat Panglima Blogger YY atas tulisan mantap di atas selain yang turut disiar oleh Utusan Malaysia berkenaan isu Mismah.


Panglima semakin gembira ramai blogger hebat telah muncul sepert 1Peluru dan mereka meskipun tidak dibantu dan susah dari segi kewangan tetapi tetap gigih berjuang membela alif ba ta.


Ramai menfitnah blogger menerima suapan untuk menulis dan kami katakan dengan tegas bahawa tidak ada unsur wang yang mendorong kami membela negara yang telah banyak berjasa ini.


Panglima sendiri sudah dua bulan tertunggak ansuran rumah dan bil eletrik menunggu masa sahaja untuk dipotong. Tetapi ia tetap tidak akan melemahkan semangat juang Panglima.


Alangkah hinanya jika kami menerima sedikit habuan dunia untuk membiarkan pengkhianat itu menerkam dan memperkosa kesuciaan agama Islam dan maruah penganutnya di Malaysia !!!

Tidakkkkk sama sekali !!!!!!


Dengan itu maka kami akan kritik sesiapa sahaja tanpa mengira siapa mereka. Maka kami bersumpah dengan darah yang mengalir dalam tubuh kami bahawa perjuangan kami ini bukan main-main.


Perjuangan kami adalah untuk memastikan Islam tetap terbela dan keamanan terus terjaga dari musuh yang nyata dan musuh yang berada dalam 'selimut' negara kita.


Banyak info sudah dikumpul cuma menunggu saat ia 'ditembak' sahaja. Mereka ingat mereka pandai tetapi Allah Maha Bijaksana akan membuka perancangan sulit yang mereka rancangkan.


Ayuh kita terus berjuang dengan lebih hebat tanpa takutkan ancaman dan gertakan manusia yang mahu menodai agama dan bangsa serta negara kita, dengan meminta bantuan Allah Yang Maha Perkasa !!!


Elakkan persengketaan bentukkan perpaduan sesama blogger dan facebooker juga twitterian agar medan siber ini selamat dari dicerobohi agen asing yang mahu melemahkan kita yang semakin makmur memimpin dunia Islam khasnya.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

4 ulasan:

Yuseri Yusoff berkata...

Sedih ulasan PPC kat bawah tu... takpe semoga Allah merahmati perjuangan kita semua.

Tanpa Nama berkata...

Mereka ni dah terlanjur dan lupa pada kebesaran ALLAH SUBHANAHUATA'ALLA.Nauzubillah berdoa memohon perlindungan ALLAH daripada gulongan yang sesat lagi menyesatkan. Kalau mereka tak bertaubat sebelum nyawa mereka sampai ke halkum, tunggu lah azab ALLAH nanti.

Tanpa Nama berkata...

Faekah Husin BODOH MCM KHALID GAGAP....MURTAD !!!!

faridramli berkata...

Salam,

Erk, faham tak apa maksud group di Facebook? Orang lain boleh masukkan ko ke dalam group tu, tanpa perlu tanya ko bersetuju ke tak. Simple je.

Dan dalam group tu banyak orang Islam yang masuk untuk jadi pemerhati, bukan bermakna menyokong.

Fahamkan?

Ke lepas ni ko cakap, "Kalau dia tak sokong group tu, tapi orang lain yang masukkan, keluar je la! Ni jelas dia menyokong group tu!.."

Haha. Aku dah tolong ko. Sila la guna ayat tu. Kui3.

Mudah betul ko murtadkan orang eh. Aku sarankan ko, rujuk kitab dan ulama berkaitan hal menjatuhkan muslim lain sebagai keluar dari Islam (murtad). Kalau ko faham, sangat berat bagi ulama'-ulama' untuk menghukum seseorang sebagai murtad.

Tu la. Orang suruh pergi kuliah agama taknak. Adoi3.


Wsalam.

Cari Blog Ini

Translate