Untuk tidak mengelirukan maka sayugia pandangan ulama di bawah ini digunakan agar tidak ada kekeliruan di kalangan masyarakat tentangnya.
Ini kerana ada orang menolak pandangan ulama sehingg salahlah langkahnya dalam memperlekeh tindakan JAIS yang menyiasat aduan ada orang Islam dibawa masuk ke dalam gereja.
Sila perhatikan dalil di bawah agar kita sebagai rakyat tidak berkecamuk minda dalam menangani persoalan ini.
Hukum masuk gereja :-
Hukum Masuk Ke Gereja Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.
Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.
Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.
1. Yang Memakruhkan
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.
Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.
2. Yang MembolehkanPara ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya. Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut. Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572. Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan. Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.
Yang Mutlak DiharamkanSedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:
"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."
"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."
tulisan di atas dipetik dari sini :
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/03/hukum-orang-islam-masuk-gereja.html
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
7 ulasan:
mohon link
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/
malaysia ini aman,kenapa harus bertindak menuduh mna2 pihak terutama gereja kononnya memesongkan akidah umat islam?kalau benar,biarla siasat dahulu kebenarannya,tak payah tuduh itu ini dalam akhbar kalau belum tahu kebenaran..gereja berikan bantuan pada umat islam yg memerlukan,bukankah itu mulia??tuhan tak pernah menghalang umatnya utk membantu sesama manusia,malah itu yg diutamakan..kalau niat gereja itu baik dalam memberi bantuan,kenapa menuduh mereka memesongkan akidah??pihak gereja dituduh mengambil kesempatan terhadap golongan gelendangan,kenapa setiap kali gereja memberi bantuan kepada saudara yg beragama islam,mesti menjadi kontovesi??mereka yg beragama budhha dan apa jua agama selain islam yg dibantu gereja tidak pula menimbulkan kontrovesi..kalau islam percaya bahawa agama islam itu adalah agama pilihan,mengapa harus takut akan kehilangan seorang dari penganutnya??jika pihak gereja ikhlas membantu janganlah disalah ertikan pula pertolongan itu,ucaplah terima kasih dan jaga umat supaya tak tercicir..janganla hanya menghukum,tapi belajarlah memerhati,mengasihani,membantu,memaafkan dan yg paling penting menghormati..saya seorang kristian,tapi saya tidak berperang demi tuhan,tuhan yg berperang demi saya kerana dia lebih berkuasa.
Betul kata Roy, tidak salah mana-mana pihak membantu sesama manusia. Walau siapa pun yang menghulurkan bantuan tidak patut dijadikan isu.
Namun, pada umat islam itu, mencegah lebih baik dari mengubati, dimana jikalau ingin menghulurkan bantuan adalah sangat elok kiranya bukan dibuat di gereja, atau dimana sahaja rumah ibadat dengan syarat niatnya ingin membantu. Bukankah itu lebih baik dan tidak menimbulkan kontroversi?
Niat yang jelas perlu diperjelaskan dengan tindakan.
Saya beragama Islam. Saya bukan sahaja percaya, malah yakin dengan agama saya. Namun, ramai orang Islam percaya tetapi kurang yakin.
Jadi, untuk mengelakkan sifat yakin itu semakin mengikis dan terus hilang, ianya perlu ditegur dan disedarkan sesama islam sendiri.
ps: komen yg ditulis bukan untuk bergaduh atau menimbulkan pertelingkahan antara mana-mana agama tetapi ingin perjelaskan apa yang kurang jelas.
Berita harian hari ini: 9 ogos 2011
JAIS jumpa kertas soalan kuiz yang dikoyak dan dibuang dalam tong sampah dalam gereja, kebanyakan soalan adalah bermotif untuk mengetahui tahap keislaman individu yng menyertai majlis thanksgiving hari itu. Apa makna semua tu..
Hehehe... Secara logiknya... Biarpun bantuan yang cuba diberikan itu ikhlas, sudah pasti tetap ada agenda tersembunyi...
to be honest, evrything that JAIS done is right. nothing wrong with their action. we r muslim an we should protect our religion with our life.
Salam semua..
harap semua pihak berhati2 dlm membuat ulasan. sekarang ni kes masih disiasat dgn mendengar penjelasan dpd kedua-dua pihak (JAIS dan gereja), samada ia adalah serbuan atau bukan. JANGAN bertindak sebagai HAKIM dlm kes ni krn jika salah ulasan/cakap boleh cetuskan pergaduhan antara agama.isu ini AGAMA dan bukan isu POLITIK ya..
Catat Ulasan