Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Ogos 2011

Isu LYNAS - Dr Rosli Dikutuk Blogger PAS Akibat Bercakap Benar Tidak Turut Kehendak Pakatan !!!





ditulis :  Saya tidak pertikaikan kebenaran atau fakta yang dibawa oleh Dr Che Rosli jika selaku Saintis Nuklear beliau lebih arif di dalam hal ini. Tetapi, beliau ternyata tidak arif di dalam kesepakatan kita di dalam Pakatan Rakyat. Beliau boleh berhujah untuk menyokong Lynas, tetapi tidak perlu beliau meletakkan segala kesalahan ke atas PKR sahaja sedangkan di Pahang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sepakat mengambil keputusan menentang projek Lynas. 

Silapnya beliau adalah tidak berani dari awal untuk menyatakan hujahnya dalam isu ini bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat, bahkan kepada parti beliau sendiri. Apabila rakyat telah dimaklumkan tentang bahayanya Lynas ini, dan kempen anti-Lynas telah lama berjalan terutamanya di Pahang yang dijalankan oleh PKR, PAS dan DAP, baru sekarang beliau menyalahkan PKR. Di mana kewibawaan beliau selama ini? 

Oleh kerana beliau telah mendedahkan sedemikian, maka Pakatan Rakyat harus menilai semula hujah dan fakta dari MP ini. Kita tidak mahu isu ini dipolitikkan dan rakyat dikelirukan. Pakatan Rakyat perlu peka dengan pendedahan dari Dr Che Rosli ini kerana beliau adalah MP dari Pakatan Rakyat yang secara terang-terangan menyokong projek Lynas tersebut. Tidak salah jika kita menerima pakai pendapat beliau, dan tidak salah jika kita menolak pendapat beliau tetapi mestilah berfakta. 

Cuma, PAS juga perlu respon kepada tuduhan Dr Che Rosli bahawa hanya PKR sahaja yang bersungguh-sungguh menentang Lynas, kerana tuduhan beliau ini amat berat seolah-olah menghina perjuangan PAS di Pahang selama ini. 

- The End.


Apa makna bila blogger tersebut menulis tentang Dr Rosli 'beliau ternyata tidak arif di dalam kesepakatan kita di dalam Pakatan Rakyat ?


Adakah ini bermaksud semua orang dalam pakatan dilarang mendedahkan kebenaran walaupaun ia satu fakta bukan auta ?

Adakah atas nama kesepakatan maka mereka perlu menidakkan kebenaran demi membiarkan kebatilan walaupun ia merugikan?

Adakah atas nama kesepakatan juga ia membuktikan bagaimana DAP dan PKR telah berjaya mengkudakan PAS sehingga tidak sedikit isu isu yang timbul telah merugikan masa depan PAS sendiri sebagai parti Islam ?


Sebelum itu dalam kenyataannya yang disiar Pahang Daily Dr Rosli memberitahu :


 "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya. 


Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. 

Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiationlah apa semua macam-macam. Dia spin.""Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah", katanya (Pahang Daily)

Syabas Dr Rosli atas keberanian beliau menegakkan kebenaran tanpa takut kepada sesiapa kecuali Allah. Sikap seperti inilah yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin apatah lagi pemimpin yang menggunakan nama parti "islam'...


Sebagai seorang pakar nuklear kenyataan beliau sangat penting demi membetulkan persepsi negatif yang ditimbulkan oleh PKR terhadap projek tersebut. Jika Panglima menjadi ahli PAS tentu kenyataan ini wajar disokong sepenuh hati.

Apa lagi yang mereka mahu politikkan selepas ini ? Dan harapan Panglima agar ada lagi pemimpin PAS yang 'ada telur' untuk mendedahkan kebenaran dalam berpolitik bukan mengikut pucuk pimpinan Pakatan seperti lembu dicucuk hidungnya.


Jelas projek LYNAS adalah selamat dan dalam taklimat yang panglima pernah hadir, projek ini akan memberi keuntungan yang besar kepada negara kita kerana bahan yang akan dihasilkan dari LYNAS banyak digunakan dalam gajet canggih kita hari ini dan setakat ini hanya negara China sahaja yang mengeluarkan bahan tersebut di dunia.



Baca juga kupasan Blogger Minda Hijrah di sini tentang isu yang sama di sini:

http://minda-hijrah.blogspot.com/2011/08/putarbelit-isu-lynas-oleh-mp-pkr.html

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesepakatan pakatan Rakyat dalam menipu isu Lynas,Isu Liwat, Isu video Sex Anuar. Bagaikan membuka pekung di dada. dah terang lagi bersuluh

Cari Blog Ini

Translate