'Survey' Merdeka Center diterbitkan di The Malaysian Insider menunjukkan populariti Perdana Menteri semakin menurun. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/
Dalam kajian tersebut yang dilihat bercanggah dengan laporan sebelumnya klik sini yang disiarkan oleh Malaysiakini, pihak Merdeka Center mengumumkan penurunan populariti Perdana Menteri dengan alasan utama disebabkan demo BERSIH.
AIDC turut menyentuh isu populari Anwar menurun di sini http://www.anwaraidc.com
Menariknya Yahoo News dengan pantas menerbitkan berita tulisan Boo Su-Lyn ( wartawan yang menyamar di PWTC isu BTN ) tentang populariti PM menurun di sini
Cerita tentang wartawan yang tidak beretika apabila menyamar masuk majlis anjuran UMNO dan membuat laporan palsu bernama Boo Su-Lyn boleh anda baca di sini http://www.isuhot.com/?p=1407
Dalam laporan oleh sebuah pusat kajian bernama Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dari Universiti Malaya yang disiar Malaysiakini tentang kemerosotan sokongan kepada Anwar menyebut :
Bancian itu melibatkan 52 peratus daripada 1124 responden yang dilakukan pada November lalu oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel), menunjukkan jumlah responden yang menolak kepimpinan Anwar Ibrahim semakin meningkat, berbanding dengan Mac 2008.
Bancian yang turut dijalankan di kawasan pengundi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai menunjukkan 41 peratus berpendapat ‘Anwar Sudah Tidak Lagi Relevan Dalam Politik Malaysia’ menyaingi 43 peratus yang masih bergantung harapan kepadanya. Manakala 16 peratus lagi tidak pasti dengan masa depan Ketua Umum PKR itu.
Bagi Panglima - Jika di kawasan kuat PKR atau boleh kita kata sebagai kubu mereka, sudah berlaku 57 peratus kehilangan sokongan kalangan pengundi maka bagaimana boleh kita kata populariti Perdana Menteri telah menurun ?
Begitu juga masuk akalkah ketika lebih separuh penyokong fanatik Anwar sudah hilang percaya akibat kemelut dalaman ( baca : kes liwat ? ) maka adakah kita boleh terima faktor Datuk Seri Najib turut merosot ?
Rakyat sebenarnya sudah muak. Mereka makin buntu melihat parti kesayangan mereka seperti DAP dan PKR. Mereka sudah keliru melihat masalah demi masalah berlaku.
Dalam masa yang sama satu persatu projek mendahulukan rakyat seperti kedai 1Malaysia (info tentangnya di sini http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/ ) , projek rumah pertama untuk orang muda bernama Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang laporannya ada di sini http://www.1malaysia.com.my - contoh bagaimana rakyat benar-benar didahulukan bukan sebaliknya.
Bukti bahawa penyokong PKR juga menolak kepimpinan Anwar sila lihat tengok carta kajian UM tersebut :
Dalam hal ini percanggahan fakta antara laporan awal kajian UM dan laporan terbaru Merdeka Center tentang populari PM boleh jadi disebabkan antara sebab berikut :
1- Merdeka Center mungkin telah tersilap dalam kajian mereka dalam misi untuk membaiki persepsi rakyat tentang kejatuhan populariti Anwar. Kerana tidak mengumumkan latar belakang sampel kajian mereka samada pro BN atau Pakatan.
2- The Malaysian Insider dilihat dengan sengaja cuba melancarkan perang propaganda untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Anwar dengan cuba menipu menggunakan fakta palsu dari Merdeka Center. Ini kerana wartawan yang menulisnya terbukti pernah membuat laporan berita palsu isu pegawai BTN yang dilaporkan berceramah penuh rasis seperti link yang disiarkan di atas.
Satu perkara lagi di blog Lim Kit Siang banyak berita tulisan Boo Su-Lyn disiarkan seperti ada hubungan yang rapat antara DAP dengan wartawan The Malaysian Insider tersebut.
Kita fikir dan nilaikan sendiri politik manakah yang lebih diterima rakyat. Samada politik pembohongan atau politik pembangunan kepada rakyat.
Selain itu Merdeka Center dinasihatkan agar perlu mengenal pasti sasaran mereka samada penyokong BN atau Pakatan agar keputusan dapat dipastikan dari pihak yang mana dan tidak berlaku sebarang keraguan terhadap keputusan yang disiarkan.
Tentu jika sampel diambil dari keseluruhan penyokong Pakatan maka mereka tidak akan bersetuju sehingga kiamat apa sahaja yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak !!!
Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca dan pengunjung blog Panglima. Semoga perjuangan kita akan terus bersemarak selagi berdenyut nadi hayat dan selagi masih bernafas di bumi Allah yang indah ini.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
9 ulasan:
Yang menjunam pengaruhnya si Peliwat BUKAN Najib.
Insider tahu benda ini. Tapi sikolot tetap juga menegakkan benang yang basah. Publisiti murahan ke taham 99% off.
Itu le bodohnya juak-juak ni. Lagi dia kata merosot lagi le orang akan sokong. Nak buat reverse psychology tapi memakan diri sendiri.
Kenapa tak buat survey tentang kebimbangan orang Melayu tentang pegaruh DAP dalam PAS?
Atau apa kata orang Melayu tentang kenyataan Mat SABURIT tentang komunis sebagai Penjuang sebenar dan kesannya kepada pengaruh undi orang Melayu.
Don't even talk about Chinese Community now because Majority of them will support DAP overtly or otherwise. Except for those who have political and business interest in BN.
Gerakan and MCA are basically indirectly are in the phase of self destruct to make way for DAP. You can read right away from Koh Su Koon action by refusing to acknowledge that he is no longer wanted in Gerakan. and not to forget his beaming face during LGE's swearing ceremony in 2008.
All in all thanks to TUN Dol, Kitol and lucifer in a human form himself Pak Cik Anwar Ibrahim.
Melayu undi umno tp Najib sibuk nak tolong sekolah cina. Jgn sampai melayu tolak umno. Buatlah mcm mana cina takkan undi bn. Confirm!
Najib ok. Yg bg hancuss rosmah. Rosmah ni setaraf bdk tngkat 4 yg hancurkan Pak lah.
Rosmah liabiliti utk bn. Sama mcm anwar liabiliti PKR, sabu liabiliti pas. Tak sedar diri ke rosmah?
Sebelum membuat komen saya ingin menyatakan saya ada mengambil mata pelajaran Advanced Statistics semasa membuat lepasan ijazah di US. Ini bukan hendak membangga diri tetapi sebagai percubaan meyakinkan pembaca muda dan yang tidak ada latarbelakang statistics. Laporan di atas saya yakin satu laporan prejudis dari sudut statistics. Terutama dari segi demografi sampel. Sampel yang diguna pakai, walaupun lebih daripada yang diperlukan untuk mengesahkan satu satu survey ia tidak mengambil kira taburan sampel dari segi aspek aspek demografi. Juga, adakah sampel tersebut dari populasi yanh sama - diguna dalam penganalisaan sebelumnya. Banyak lagi yang kurang jika dihalusi. Jadi, pembaca janganlah mengambil kira sangat analisa ini - ia lebih kepada propaganda politik dari mencerminkan kebenaran yang sedang berlaku.
Syabas Panglima. Analisis yg baik. Hanya org bodoh yg akan percaya dgn kajian Merdeka Center tu.
Imej Rosmah memang tercalar tetapi itu tak heran sbb pembangkanglah yg buat kerja fitnah.
Masih ingat isu 5K zaman Paklah? Salah satu K ialah Kak Hindun.
Masih ingat menara Petronas berbentuk 'H' yg dikaitkan dgn HASMAH?
Pernah dengar peribahasa TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS?
kajian merdeka center ni ibarat kajian siapa berak sembelit dengan yang berak cair selepas makan tapai di satu majlis..yang pelik nya sampel yang diambil tidak dijelaskan samaada sampel itu semua makan tapai.ini lah yang dikatakan pembohongan statistic.walhasilnya keputusan dibuat sendiri. maka hasilnya yang berak sembelit lebih ramai dari berak cair.sebab itu lah kehendak penganalisis.sama juga dalam kajian siapa yang merusut populariti samaada anuar atau najib.kalau menokok arus maka kata najib merusut, padahal sebenarnya yang merusut adal anuar. faham faham lah sendiri. kajian malaysia insider ini sebenar nya kajian tahi kucing.
rakyat tidak akan mudah ditipu. kita kena sedarkan agar propaganda mereka dapat dipatahkan.
selamat berjuang dan terima kasih atas komen bernas rakan seperjuangan.
Catat Ulasan