Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Ogos 2011

Sah DAP Sokong Murtad Bantu Perempuan India Ini Buang 'Islam' Dalam Kad Pengenalan


Pertama sekali Panglima ingin mengucapkan terima kasih kepada DET ( Darul Ehsan Today ) yang telah menyiarkan video Malaysiakini bertarikh 29 Jun 2007 yang berdurasi 4.52 saat.


Tindakan DET (blog beliau klik sini) telah memberi peluang kepada rakyat termasuk Panglima untuk melihat bukti audio visual menunjukkan DAP adalah pihak yang sangat berminat untuk membantu 'memurtadkan' umat Islam.


Buktinya - wanita india yang bergelar Priya telah dibantu DAP untuk mengeluarkan nama 'Islam' dalam kad pengenalannya seperti yang anda dapat saksikan di atas.


Bagaimana boleh seorang wanita yang berstatus Islam dibenarkan untuk keluar dari Islam dengan cara membuangnya dari kad pengenalan ? Kerana di Malaysia tidak ada ruang orang murtad untuk keluar Islam menjadi musyrik selepas mereka memeluk Islam.


Dakwaan kesilapan JPN sehingga menyebabkan status Islam dipaparkan dalam kad pengenalan Priya - adalah satu kesilapan yang mudah kita pertikaikan.


Jika benar kenapa selepas dewasa baru perkara tersebut diungkit kembali ? Jelas dalam hal ini DAP adalah pihak yang sangat berminat dengan hasrat sesiapa sahaja yang ingin keluar dari agama. Lagi malang Anwar Ibrahim juga tidak menentang hasrat Lina Joy keluar Islam.
(klik sini)


Mereka dalam DAP didominasi puak kristian termasuk Lim Guan Eng dan kebetulan juga isu DUMC berlaku di kawasan DUN Seputeh bawah tadbiran Teressa Kok yang beragama Kristian. Jangan terkejut Ngeh Kor Ham adalah seorang Pastor dalam agama Kristian (klik sini).


Jelas sekali mereka ini adalah puak yang berbahaya kerana berani melanggar Perlembagaan yang melarang murtad untuk mengancam agama kita.


Soalnya kenapa PAS masih lagi setia bersama mereka ???


Video DAP sokong murtad : http://youtu.be/kzxAQa4-0nA




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini wayang semua ni...xpayah dok politikan la isu2 yg kadang2 boleh menampakkan kebodohan pemimpin...yg dok sokong sgt pemimpin haprak tu sapa suruh.....

Cari Blog Ini

Translate