Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Ogos 2011

Terima Kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim Kerana Block Twitter Panglima !


Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pembelanya meminta Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri hadir ke Mahkamah maka PM dengan lapang dada turun ke sana.

Maknanya komitmen PM memberi kerjasama kepada sistem keadilan memang patut diteruskan dan berhak mendapat pujian kita semua. Bukan seperti Anwar yang berjaya menangguhkan kes sehingga 66 kali dalam masa 3 tahun perbicaraan kes liwatnya.


Tertarik kepada jawapan Perdana Menteri ketika ditanya oleh wartawan berhubung kesediaan beliau memberi keterangan di mahkamah PM berkata ;

"Saya juga rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, saya hormati keputusan mahkamah."


Demokrasi tulen di Malaysia ini, sepatutnya tidak perlu dipertikai lagi terutama pihak Pakatan yang telah menikmati hasil demokrasi ini.


Mereka pasti tidak akan berjaya memerintah Kelantan selama 21 tahun jika demokrasi Malaysia tidak tulen.

Mereka juga pasti tidak akan mampu duduk di atas kerusi empuk Menteri Besar Selangor- negeri terkaya di Malaysia dan juga Pulau Pinang ( selain Kedah ) jika demokrasi Malaysia hanya wayang bukan realiti.

Dalam hal ini kita nampak pihak yang berkeras mengutuk adalah yang mengamalkan apa yang mereka kutuk. Seperti kata pepatah 'paku dulang paku serpih' mengata orang dia yang lebih !


Bukti demokrasi PKR jelas hancur apabila kekecohan berlaku semasa pemilihan sehingga kertas undi dibuang dan kerusi berterbangan seperti gambar oleh Berita Harian di bawah. Perkara ini boleh anda baca di media massa dan juga blog-blog pro kebenaran contoh Blogger GAP (klik sini) yang telah menulisnya panjang lebar. Tiga bahagian PKR di Selangor telah kecoh menurut Blogger GAP.


KERTAS undi dibuang di atas jalan raya apabila perwakilan tidak puas hati dengan cara  pemilihan Cabang PKR di  Klang, semalam.


Selain itu bukti lain ialah anda dapat melihat dan mengalami sendiri peristiwa rakyat marhaen seperti Panglima telah dihalang dari memberi pandangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di twitter beliau.

Lihat bukti Panglima dihalang dari menulis di twitter beliau (dulu follow) tanda demokrasi versi mereka adalah demoncrazy dan layak dipanggil demokukubesi. Adakah kerana takut dengan kebenaran menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tergamak menyekat rakyat menulis di twitter beliau ?





Kelemahan dalam kepimpinan dapat dilihat apabila mereka gagal mengawal parti yang tidak seramai mana pun dan itulah bukti kita tidak boleh mengharapkan mereka mengambil alih pemerintahan Malaysia walau sehebat mana pun janji yang mereka tawarkan.



Kecualilah jika anda tidak kisah untuk memilih kehancuran dari kemakmuran untuk tanah tumpah darah anda.






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate