Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 November 2011

Apabila Anugerah SKRIN TV3 Menjelang Waktu Wukuf Umat Islam Di Arafah

Malam ni sambil melayan internet ternampak satu anugerah berprestij sedang dilangsungkan di TV3. Anugerah SKRIN anjuran TV3.


Sewaktu karpet merah Panglima ketika itu baru selesai makan malam sempat ternampak seorang artis popular iaitu Fasha Sandha dan tanpa segan silu menayangkan bodi fesyen 'kemban' tidak ubah macam artis barat yang tidak ada agama dan kepercayaan.


Kebetulan hari ini hari menjelang hari Wukuf di Arafah dan entah bagaimana kita tidak menyangka begitu 'bijak' TV3 memilih waktu sebegini untuk anugerah SKRIN dilangsungkan.


Maaf teguran agak keras, tetapi sebagai blogger teguran kita bebas menegur dengan tujuan ingin memberitahu 


Dulu kita menegur juga TV3 isu iklan hari raya yang mengandungi mesej 'Santa Claus' dan berbagai simbol yang meragukan. 


Alhamdulillah TV3 dengan profesional telah menarik serta merta iklan tersebut.



Nasihat panglima - tolong sensitif isu waktu tayangan anugerah SKRIN ini yang tentu tidak akan ada mesej agama atau mengingatkan kepada Tuhan di dalamnya.


Kebiasaan ia akan dipenuhi acara melalaikan. Walaupun bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para seniman.


Kesimpulannya : pakaian artis perlu diberi panduan dan waktu siaran SKRIN perlu diteliti sebelum disiarkan. 

Jangan memalukan Malaysia dengan pakaian tidak boleh dijadikan panduan kepada anak muda yang terlalu memuja pelakon kesayangan mereka dan mungkin akan mengikut apa jua fesyen yang ditunjukkan oleh pujaan mereka.


Bumi Malaysia jangan dicemari sebarang perkara mengundang maksiat kepada Allah atau bersedialah untuk kita ditimpa kifarah atas perbuatan tidak bermoral seperti program yang ingin menghalalkan LGBT dalam 'Seksualiti Merdeka'...


Syukurlah kita semua bersatu hati menentangnya termasuk parti PAS. Walau pernah 'berimamkan' Ambiga dalam BERSIH 2.0.


Selepas ini akan ada lagi teguran lebih 'keras' dan 'dalam' akan keluar.


Masa untuk gunung berapi meletup !!!


Selamat berkorban, dikorbankan atau terkorban.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate