Perdana Menteri diberi kawalan keselamatan rapi di Mekah bersama isteri Datin Seri Rosmah yang bertudung rapi menunaikan ibadat haji.
Perdana Menteri turut diiringi Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir dan MB Perak Dr Zambry yang turut sama di Mekah.
Ia bermakna perintah menutup aurat tetap diterima dan dipraktikkan oleh Datin Rosmah walaupun tidak sepenuhnya ketika berada di Malaysia. Bukan menolak perintah Allah yang meminta perempuan menutup auratnya.
Jika ditanya, dosa menampakkan aurat adalah dosa yang tidak wajar dilakukan oleh mana mana individu. Waima isteri Perdana Menteri atau Menteri.
Tetapi ia tidak menjadi sebab gugurnya keislaman seorang muslim atau muslimah.
Berbanding dosa membuat fitnah, jelas ia lebih besar dari membunuh atau dosa dosa lain termasuk tidak sempurna menutup aurat.
Kita tidak boleh memaksa orang menutup aurat tetapi kita kena menentang perbuatan menjatuhkan maruah orang yang tidak bersalah dengan menabur fitnah.
Apatah lagi jika ahli agama turut menyebarkan fitnah tersebut dan menggunakan nama agama untuk menjadikan mereka bersih dan suci dari sebarang dosa selepas melakukannya.
Jangan terkejut jika di akhirat akan ada individu yang berada di neraka walaupun di dunia nampak alim dan warak zahirnya manakala insan yang biasa sahaja hidupnya akan berada di syurga kerana amalan kebaikan yang dilakukan jauh melebihi kekurangan ibadat semasa hidupnya...
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالً
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.
Moga Allah jadikan kita dari kalangan penghuni Syurga yang diredhaiNYA.
Nota : ada juga pihak mempertikaikan kawalan keselamatan Perdana Menteri yang dikawal rapi seperti gambar di atas. Bukankah mana-mana VIP turut mendapat kawalan yang sama ketika berkunjung ke mana-mana negara ?
Mungkin sebab Nik Aziz dan Hj Hadi tidak dapat layanan istimewa seperti PM sehingga penyokong mereka cemburu melihat kawalan keselamatan yang tinggi diperolehi hasil hubungan baik Malaysia - Arab Saudi.
Ia juga bukti mereka tidak ada isu selain isu bertaraf sampah dan tidak mampu mengubah sokongan padu rakyat kepada Kerajaan pimpinan Perdana Menteri selepas menyampah melihat pembohongan dan masalah moral yang terus menerus menimpa pemimpin PASPKRDAP.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
1 ulasan:
Yup....saya sokong penuh tulisan tuan. Saya heran mereka yg mengeji Rosmah memakai selendang ketika berada didalam sebuah bilik bertemu bakal2 hajah. Dia mengikut tuntutan menutup aurat semasa beribadah. Yang lain tu dia tanggung sendiri. Dia tidak pura-pura. Mengapa pula kita meletakkan diri kita lebih tinggi dari dia semata-mata kerana kita atau isteri kita bertudung litup. Siapakah kita disisi Allah? Belum tentu lagi!
Catat Ulasan