Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 November 2011

Kemaskini : Blog Seksualiti Merdeka Siar Sokongan Sister In Islam Kepada Mereka

1. Apakah program Seksualiti Merdeka ini dan bila akan diadakan ?


Menurut blog rasmi program http://www.seksualitimerdeka.org/ ini menjelaskan : 


Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.


PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender!



Temanya "Queer Without Fear" dan akan berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.


2. Apakah hukum menyokong LGBT ?


Boleh murtad menurut Mufti Perak Tan Sri Harussani. 


Tajuk berita : Disifatkan syirik, murtad



Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Umat Islam yang menyokong termasuk terlibat dalam menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, disifatkan sebagai syirik kepada Allah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.

Justeru, jelas beliau, kerajaan harus bertindak lebih tegas termasuk mengenakan tindakan ke atas pihak penganjur sekiranya mereka masih mahu meneruskan program yang mempromosikan amalan lesbian, homoseksual dan transeksual itu.

"Program ini secara jelas adalah bertentangan agama Islam termasuk agama lain. Kalau sekiranya ada orang Islam yang menyokong, maka hukumnya syirik dan boleh dikira murtad kerana Islam telah mengharamkan hubungan sejenis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harussani berkata, golongan belia dibimbangi mengalami keruntuhan akhlak yang lebih teruk sekiranya program seumpama itu dibenarkan untuk dianjurkan di negara ini.

"Golongan belia di negara ini kebanyakannya sudah rosak akhlaknya, jadi kita tidak mahu moral mereka lebih teruk jika adanya program seumpama itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin menegaskan, penganjur program itu perlu mencari kaedah terbaik untuk membantu golongan lesbian, biseksual, gay atau transgender (LBGT) untuk kembali ke pangkal jalan dan bukannya membuka ruang kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup tidak sihat.

Justeru, jelasnya, semua agensi berkaitan perlu memperkenalkan program khas kepada golongan tersebut tanpa memberi keistimewaan khas kepada mereka.

"Jakim telah mengeluarkan buku Manual Islam dan HIV AIDS dua tahun lalu untuk memberi bimbingan bersepadu kepada golongan ini tanpa pertindihan antara agensi dan memberi peluang kepada mereka untuk menjalani gaya hidup sihat selari kehendak syarak.

"Namun agak malang apabila perkara ini tidak diberi perhatian sepatutnya oleh penganjur malah agensi agama dan perundangan negara ini diperlekehkan atas alasan tidak selaras dengan hak asasi manusia," katanya.

Menurut beliau, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu merujuk kepada Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang menyebut bahawa setiap maklumat tidak boleh disalahguna sehingga boleh melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan masyarakat serta melemahkan imannya.

"Keseriusan Jakim dalam hal ini turut dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2008 yang telah memutuskan bahawa wanita yang berpenampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam," ujarnya.



3. Apakah boleh menyertai program 'Seksualiti Merdeka' ini dari segi undang-undang ?

Polis telah mengharamkam program ini dan akan membuat siasatan ke atas penganjurnya.

Polis haramkan semua program Seksualiti Merdeka - Khalid
03/11/2011 8:14pm

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program ”Seksualiti Merdeka” demi ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27A (1)(C) dan juga 298A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak badan bukan kerajaan (NGO) termasuk badan agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula semalam sehingga 13 November ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. – Bernama

http://utusan.com.my/ 


4. Apakah kesan jika program ini berjaya ?

Ramai anak muda akan cenderung kepada LGBT dan akan mengundang kemurkaan Allah Taala. Agama lain juga tidak menerima LGBT sedikitpun.

5. Apakah kita perlu  buat ?

Mohon disebarkan segala penerangan tentang kemudaratan program Seksualiti Merdeka ini di segenap jenis media baru dan juga channel anda kuasai demi agama Islam kita ini.

6. Adakah parti politik seperti UMNO PAS PKR DAP menyokong program ini ?

UMNO secara jelas menentang program songsang ini dan sayap Pemuda dan Wanita PAS sudah menentang secara terbuka. Manakala PKR DAP mendiamkan diri.

7. Kenapakah NGO nama islam seperti Sister In Islam menyokong program LGBT ?

NGO SIS sejak dahulu sememangnya tidak membawa aspirasi Islam yang sebenar. Mereka lebih kepada Islam yang disukai musuh Islam. Kerana itu banyak isu dibawa yang tidak disepakati oleh majoriti ulama kita.  Lihat pemimpin SIS yang turut menjadikan Amina Wadud sebagai idola mereka.

pemimpin NGO Sister In Islam 

Sewajarnya NGO menggunakan nama Islam tetapi bercanggah pandangan majoriti ulama Islam - diharamkan dari menebar fitnah mereka di negara kita. Walau disokong anak pemimpin tertentu pro Barisan Nasional.

Link SIS sokong Seksualiti Merdeka :


FOR THE SIS PRESS RELEASE, CLICK "HERE

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) dengan mengecam tindakan keras pihak polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang dikuatkuasakan serta-merta hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata SIS, pihaknya menganggap ia satu lagi bentuk tindakan menapis dan menghalang aspek kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia.
  
“Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan.
“Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival? Bagaimana pihak polis hendak menguatkuasakan pengharaman ini?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

SIS berkata sementara pihaknya faham yang ada Muslim yang membantah idea menghormati kepelbagaian gender dan seksual, sebagai pertubuhan membela kaum wanita mereka tidak bersetuju dengan kaedah digunakan untuk menghalang idea-idea ini.

“Kami sendiri berhadapan dengan laporan-laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita, dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita Muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa,” kata SIS lagi.

Sehubungan itu kata SIS, pihaknya kecewa kerana Seksualiti Merdeka berhadapan dengan nasib intimidasi dan pengaiban yang sama.

“Kami meminta rakan-rakan Muslim agar menggunakan kebijaksanaan apabila berurusan dengan isu-isu dibawa oleh Seksualiti Merdeka.

“Kami juga meminta pihak berkuasa agar memastikan keselamatan dan sekuriti mereka yang terlibat khususnya penganjur, sukarelawan dan penyokong Seksualiti Merdeka,” kata pertubuhan ini.

8. Apakah pandangan blogger ?

Ramai blogger menentang program ini dan juga sokongan Sister In Islam. Klik link di bawah jika anda berminat membacanya :






Sekian, Panglima mohon disebarkan...




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate