Pengikut Blog Panglima

14 November 2011

Hasrat DAP / Pakatan Mahu Buang Penjawat Awam Ditentang Rakyat !!!



Kenyataan Tony Pua dalam akhbar  Sin Chew Daily pada hari Selasa, 1 November 2011.ialah : 



kakitangan awam 2 Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Jumlahnya Selepas Pilihanraya Umum Ke 13? Jika...(CUEPACS)Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kerajaan, Kakitangan Awam Akan Dikurang Separuh Setiap Tahun Ikut Peringkat (Tony Pua Kim Wee):
‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’ (petikan ucapan Tony Pua)

Terjemahan penuh keratan akhbar Sin Chew klik sini : http://www.kritis-online.com/


Akibat tidak tahan tekanan dan kritikan pelbagai pihak akhirnya Tony Pua mengaku kenyataan mahu buang penjawat awam hanya pandangan peribadinya bukan pendirian DAP. Jelas terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.


Yang menyakitkan hati kita ialah kenyataan Tonya Pua yang tidak bersetuju tindakan gaji kakitangan awam dinaikkan oleh Perdana Menteri walhal ia demi kebajikan rakyat agar dapat hidup dengan selesa tanpa sebarang tekanan di saat kos hidup yang tinggi terutama di bandar. 


Lihat kenyataan Tony Pua yang tersebut :



Tony Pua yang mempersoalkan langkah kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus, selain pelarasan kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan sebanyak dua peratus.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, langkah itu meningkatkan perbelanjaan sektor awam sebanyak 73.7 peratus dalam tempoh lima tahun dan tidak menggambarkan kerajaan serta perkhidmatan awam yang lebih efisyen atau menjimatkan kos.

Bola tanggung yang diberi oleh DAP ternyata menguntungkan Barisan Nasional. Ibarat rezeki tergolek datang. Tugas menyedarkan penjawat awam yang tidak sedar bahaya Pakatan terutama parti rasis DAP semakin senang. Ini kerana ramai juga kakitangan awam menyokong Pakatan terutama PAS dan mereka pasti terkejut beruk apabila mendengar berita penjawat awam akan dibuang, yang tentu pasti menjadi kenyataan jika dibiarkan BN ditumbang dan Pakatan dinaikkan.


Hari ini golongan guru yang menjadi penjawat awam teramai antara 1.4 juta jumlah keseluruhan, berang dan marah dengan isu tersebut. Mereka yang menjadi tulang belakang sektor pendidikan pasti tidak menyangka masa depan mereka akan gelap jika Pakatan Haram menguasai Kerajaan.


Statistik penjawat awam mengikut pekerjaan di Malaysia di bawah :



  1. Guru – 400,000
  2. Tentera – 200,000
  3. Polis – 150,000
  4. Jururawat – 50,000
  5. Bomba – 30,000
  6. Penguatkuasa lain (JPJ,Kastam, APMM) – 70,000

Presiden CEUPACS Datuk Omar juga mengkritik kenyataan Tony Pua untuk mengurangkan kakitangan awam dengan berkata jangan jadi pemimpin jika tidak mahu bertanggungjawab memikul beban. 


Katanya : 


“Tak pernah perkara begini dijadikan isu politik. Jadi kita rasa terguris dan kecewa, di mana mereka sepatutnya lebih menghargai kita. Tak sepatutnya pemimpin yang nak meneraju negara menyekat peluang rakyat untuk sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara.

“Kalau nak meneraju negara, tetapi tak nak menghadapi beban, tak nak menghadapi risiko jangan jadi pemimpin,” 



Kenyataan keras itu sangat tepat kerana Kerajaan pada hari ini tidak mengabaikan tugasnya membantu rakyat meskipun ada juga segelintir penjawat awam tidak memenuhi KPI yang ditetapkan oleh Kerajaan. 


Selain itu Timbalan Presiden CEUPACS iaitu Azih Muda turut berkata DAP tidak seharusnya mempertikaikan kenaikan gaji dan pencen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 bulan lalu kerana ia dibuat berdasarkan kenaikan kos sara hidup di negara ini.


“Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan. “Kita tidak harus hanya melihat kepada pertambahan pendapatan seseorang, tetapi perlu diukur dari segi kos sara hidup yang perlu seiring dengan tahap kehidupan di Malaysia yang sedang ke arah negara berpendapatan tinggi,”
Blogger Pakatan juga meluahkan nada kesal dari kenyataan Tony Pua tersebut dan sudah tentu kemarahan pelbagai pihak akan menjadikan harapan menuju Putrajaya akan kekal menjadi impian yang tidak kesampaian.


Dalam satu tinjaun melibatkan 868 responden di blog ini http://beritasemasa.com/kakitangan-awam-buang-kerja-cuepacss ternyata 71 peratus tidak setuju kakitangan awam dibuang berbanding 29 peratus tidak bersetuju dengannya. Jelas majoriti rakyat tidak dapat menerima ahli keluarga mereka yang bekerja dengan Kerajaan dibuang jika Pakatan Haram memerintah negara pada PRU akan datang.


Kini samada ke Putrajaya atau Penjara - Akhbar Cina sudah meniup serulingnya mahu Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan Anwar !!!


Baca artikel panglima tentang perkara tersebut di sini 


http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/11/akhbar-cina-mahu-lim-guan-eng-persoal.html


Cina tetap Cina terutama DAP dan mereka tidak akan menerima bangsa lain menguasai mereka atau hidup senang di bawah keadilan Kerajaan sedia ada hari ini.


Jangan ubah lagi, terus kekalkan kepimpinan Perdana Menteri demi masa depan yang cerah untuk generasi kita masa akan datang.


Demi Islam, Melayu dan negara Malaysia !!!


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate