Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 November 2011

Malaysiakini Lapor Tun Mahathir Sebut Arab Spring Tidak Akan Sampai Di Malaysia



Dr M: Malaysia tak akan dijangkiti Arab Spring




NONEBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemungkinan besar Arab Spring tidak akan merebak ke Malaysia kerana kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja keras dalam memenuhi tuntutan rakyat.


"Jika kerajaan tidak beri perhatian kepada masalah-masalah rakyat, maka rakyat akan memberontak.



"Tetapi Malaysia sejak kemerdekaan, telah bekerja keras untuk mewujudkan peluang kepada  rakyat ... Saya tidak nampak bagaimana Arab Spring boleh menjangkiti kita," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.



Mengulas mengenai prestasi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Razak gigih berusaha tetapi menghadapi satu tugas yang sukar berbanding zamannya.



"Beliau tidak mempunyai majoriti sepertimana yang saya ada. Saya mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan saya mengendalikan pembangkang. Jadi, beliau berdepan kesukaran."



Sambil memberi amaran bahawa amalan rasuah akan menjadi penghalang kepada program transformasi kerajaan, Dr Mahathir berkata beiau berpuas hati dengan kemajuan transformasi Najib.


"Jika ia boleh berjaya 100 peratus, itu soalan lain. Rasuah tidak mudah untuk dibendung, rasuah terdapat di mana-mana sahaja.



"Jika ia adalah rasuah di bawah meja, maka ini lebih mudah untuk dibendung, tetapi jika rasuah adalah di atas meja dan telah menjadi satu budaya, maka ia lebih sukar ditangani," katanya.



malaysian can walk klcc 261111 10Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia masih belum terjerumus ke satu peringkat yang membimbangkan.



Sambil memuji tindakan pantas reaksi kerajaan terhadap bantahan ke atas Akta Perhimpunan Aman, beliau berkata terpulang kepada rakyat untuk mentafsirkan sama ada kerajaan "tunduk” ataupun "sensitif" terhadap keperluan rakyat.



"Saya fikir kerajaan mendengar suara rakyat dan bertindak dengan cepat. Semasa zaman saya, saya tidak mempedulikannya langsung,” katanya sinis.



Empat hari selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, kabinet memutuskan rang undang-undan itu perlu dipinda tetapi menegaskan perhimpunan jalanan tetap diharamkan.



Mengenai Umno, Dr Mahathir berkata parti itu semakin berkembang maju dan "jauh lebih baik daripada pada 2008".


“Pada (pilihan raya umum) 2008, saya tahu banyak anggota UMNO mengundi pembangkang bukan kerana mereka "kurang sayangkan UMNO" tetapi mereka tidak sukakan kepimpinan pada masa itu," katanya.



Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir menggesa semua negara bersiap sedia menangani krisis global yang "berjangkit" akibat globalisasi.


“Hakikat yang kita perlu terima ialah kita tidak lagi boleh mengasingkan diri kita daripada apa yang berlaku di seluruh dunia.



“Malahan, jika kita kaji apa yang belaku di seluruh dunia dan mengandaikan apa yang berlaku di seluruh dunia juga akan berlaku di negara kita dan kita lihat bagaimana masalah itu ditangani, dengan itu kita boleh lakukan perubahan yang sama di negara kita untuk membendung sebarang pemberontakan," katanya.



azlanBagaimanapun, Dr Mahathir berkata pemulihan yang serupa mungkin tidak sesuai untuk setiap negara dalam menangani krisis global berikutan persekitaran berbeza.



"Anda perlu sesuaikan diri anda dengan perubahan persekitaran. Ia bergantung kepada negara anda.



"Malaysia cuba melakukan banyak transformasi. Saya berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Saya harap dengan berbuat demikian, mereka akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara kekal makmur," katanya.






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

2 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Kalau dulu pengundi beralih arah kerana kepimpinan masa itu, diharap pengundi akan kembali arah kerana kepimpinan PR pula.

BTW bro,
template yang ini lagi bagus. senang nak buat komen dan kurang guna memori. hehehe

Tanpa Nama berkata...

Setuju, senang nak buat komen. Kalu boleh buang Pengasahan Perkataan itu pun lagi baik. Tak nampak apa faedahnya.

Nak kata sikit:

Tak boleh banding negara negara Arab dengan Malaysia. Mereka tak ada pilihanraya, diperintah dengan kuasa dharurat berpanjangan - Hosni Mubarak perintah Mesir selama 30 tahun, Muammar Ghadafi perintah Libya selama 41 tahun, Assad senior dan Assad junior perintah Syria selama 40 tahun.

Malaysia ada pilihanraya tiap 4-5 tahun. Tun Dr Mahathir pegang kuasa selama 22 tahun pun adakan pilihanraya tiap 4-5 tahun.

Cari Blog Ini

Translate