Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 November 2011

NGO Pro Pakatan Anjur Kempen Halalkan Perbuatan Haram - LESBIAN GAY BISEKSUAL TRANSGENDER !!!




Oleh AZHARI ZAINOODDIN dan
MUHAMAD AIMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 1 Nov. - Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini dilihat semakin melampau dengan wujudnya pelbagai pihak yang masih tegar memperjuangkan agenda golongan itu.

Terbaru, kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan.

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka melalui laman webwww.seksualitimerdeka.org, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Penganjur menyatakan mereka percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual.

Jelas mereka, istilah Seksualiti Merdeka digunakan untuk mengingatkan semua pihak bahawa walaupun negara telah berpuluh tahun merdeka, tidak semua rakyat dapat menjadi diri mereka yang sebenar.

Difahamkan Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Galeri Annexe, Kuala Lumpur ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak pertama kali diadakan pada 2008.


Panglima : semalam satu artikel tentang usaha golongan Lesbian dan Gay oleh International Gay,Lesbian Human Right Commission menyokong Anwar Ibrahim telah ditulis di sini . Klik artikel tersebut  http://penembak-tepat.blogspot.com/ 

Hari ini terbukti gerakan mereka makin aktif apabila 20 NGO dilaporkan oleh Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/  cuba menghalalkan perbuatan Lesbian Gay Biseksual Transgender atau LGBT di negara kita.

Senarai NGO yang biasa menyokong Pakatan PASPKRDAP seperti Amnesty International Malaysia, SUARAM, TENAGANITA turut tersenarai dalam NGO-NGO yang menyokong kempen " Seksualiti Merdeka " di atas. Ambiga yang mengetuai BERSIH 2.0 turut berada bersama dalam program yang jelas haram disokong oleh umat Islam yang beriman. 

Bukti SUARAM membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat II ada di sini http://www.keadilandaily.com/putuskan-anwar-bela-diri-mahkamah-berat-sebelah-suaram/

Dalam artikel semalam jelas kita dapat lihat ia menyeru golongan LGBT menyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan PASPKRDAP yang boleh diharap untuk membela golongan mereka. Jika mereka berjaya sudah tentu bumi Malaysia yang aman makmur ini akan dipenuhi kegiatan yang tentu mengundang kemurkaan Allah Taala. Ingat bagaimana bumi diterbalikkan di zaman Nabi Lut akibat perbuatan homoseks kaumnya.

Golongan LGBT nampak kian berani kerana mereka mendapat dokongan pemimpin PASPKRDAP dan sudah tentu ia didahului dengan sokongan undi dan juga berbentuk sokongan dari aspek promosi dan kempen secara halus kepada rakyat untuk menyokong Pakatan. Mereka sudah tentu menganggap inilah masa terbaik - 'now or never'  - kerana orang lain belum tentu 'sebaik' Anwar Ibrahim yang terbukti membela golongan mereka dan juga dibela dan dipertahan seantero dunia termasuk pemimpin besar Barat seperti Al Gore bekas Naib Presiden AS, Paul Wolfowitz dan termasuk Richard Branson pemilik Virgin Air.

Maka sebagai orang Islam kita perlu menyedari perkara ini. Jangan kerana kebenciaan kita kepada BN menyebabkan kita sanggup menyerahkan kuasa memerintah negara kepada golongan yang membela puak songsang dan jelas menyalahi Al Quran dan Sunnah. Seburuk-buruk BN pada pandangan anda (akibat diperdaya media pro barat),  lebih teruk lagi Pakatan PASPKRDAP yang sanggup halalkan apa sahaja demi Kuasa !

Blogger Semuthitam turut mengkritik PAS yang nampak diam membisu melihat tindakan NGO-NGO yang menyokong Pakatan membuat program  cuba menghalalkan perbuatan yang jelas haram di sini http://semuthitam80.blogspot.com/2011/11/anjur-seksualiti-merdeka-pas-nak-kata.html

Ketika HIMPUN untuk pertahankan akidah, puak PAS gagal memberi sokongan kerana diikat oleh Pakatan yang enggan menyokongnya berbanding BERSIH 2.0 yang diketuai AMBIGA yang kini turut menyertai program anjuran golongan LGBT bernama Seksualiti Merdeka di atas.

Jika anda masih lagi tidak berpuas hati keterangan yang disediakan di atas, sila klik beberapa artikel menarik dan video berkaitan  di bawah ini :


- Tulisan Pak Habib Al-Attas hubungan intim Anwar dan Saiful Bukhari 

- Penasihat Anwar, Ziauddin Sardar Juga Gay http://www.anwaraidc.com/?p=5467


Sebelum beredar mari tonton dulu video rakaman perbualan mesra yang anda tentu tahu milik siapa suaranya.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Apakata letakkan mereka di satu pulau. Pupus ler jawapnya, hehehe

Cari Blog Ini

Translate