Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 November 2011

Kemaskini : Tan Sri Muhyiddin Umum RM4.8 Juta Kepada 51 Buah Sekolah-Sekolah Agama di Kelantan



Facebooker Eizwan menulis laporan berikut di FB beliau  :

Tan Sri Muhyiddin umumkan sumbangan kepada sekolah-sekolah agama berjumlah 51 buah seluruh Kelantan, dengan peruntukan berjumlah RM4,841,489.97 sebentar tadi.


- Kemaskini jam 3.20 pm : Jumlah sebenar meliputi semua sekolah agama dan tahfiz ialah RM34 juta...


Ia diumumkan dalam satu Majlis Perjumpaan Khas YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Guru-Guru Sekolah Agama Kelantan di Kelantan Trade Center, KB yang sedang berlangsung sekarang.



Kata-kata menarik TPM semasa memberikan ucapannya :

"Bila saya datang Kelantan, saya tak fikir nak jumpa orang PAS atau UMNO. Saya datang nak jumpa orang 'Isley'.." -YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Isley ( Islam) loghat Kelantan.


Kemaskini jam 3.21 pm dari Eizwan :  


Saya ingin menjelaskan kekeliruan bahawa tuduhan pembangkang mengatakan Kerajaan Pusat akan bankrap kerana pemberian wang RM100 kepada 5.3 juta murid sekolah seluruh negara.

Bahawa wang peruntukan tersebut berjumlah kira-kira RM530 juta telah dipinjamkan dari Tabung Wang Amanah Kecemasan/Bencana milik Kerajaan, bahawa ia akan digantikan semula sebaik sahaja peruntukan Belanjawan 2012 didapati pada Januari 2012.

Panglima secara terus terang dari hati sanubari sebagai rakyat Kelantan dan bekas pelajar sebuah sekolah agama (tahfiz) di sana , sangat mengalu-alukan dana RM4.8 juta diberi kepada sekolah-sekolah agama di Kelantan. Meskipun kita sedar mereka tidak sepenuhnya menyokong Kerajaan tetapi jika dihadapi tentangan mereka dengan hikmah dan mauizah hasanah nescaya mereka akan berubah dengan izin Allah.

Panglima sendiri salah seorang lulusan sekolah agama tetapi berjaya berubah apabila menggunakan akal fikiran untuk mencari kebenaran bukan taklid kepada ideologi sempit atau taksub politik. Pengalaman di Mesir telah banyak membantu merubah pola pemikiran apabila menadah ilmu dengan Syeikh Al Azhar yang warak lagi barokah, yang tidak menggunakan agama untuk undi parti yang disertai seperti mana yang berlaku di Malaysia.

Hingga hari ini racun politik memperalatkan agama dibawa ahli agama dalam PAS telah meracuni pemikiran rakyat Kelantan termasuk sanak saudara Panglima sendiri. Dan ia telah menguatkan azam Panglima untuk memerangi virus tersebut agar dapat dihindari oleh pemuda pemudi kita yang celik IT dan terbuka pemikiran mereka.

Majoriti sanak saudara Panglima masih lagi tidak dapat menerima budi baik Kerajaan di bawah Barisan Nasional  kerana faktor faktor seperti tidak mempunyai ilmu dan info yang tepat tentang dasar-dasar Kerajaan selain takut dengan momokan bahawa menolak PAS seperti menolak ISLAM. 

Walhal ia tidak seperti yang mereka takutkan.

Namun mereka sekadar bercakap tidak bersetuju tetapi tidak pula menyertai PAS sebagai ahli. Maknanya peluang membaiki persepsi mereka masih lagi ada dan tidak terlambat jika kena dengan caranya.

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas cahaya KEBENARAN yang diberikan Allah kepada kita sehingga dapat berada seperti yang ada hari ini !


Info dan gambar dari Facebook Eizwan Abdullah (UMB)



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate