Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 November 2011

Wawancara Dengan Mantan Adun BN Taman Medan Petaling Jaya Selatan

Pagi ini semasa berjalan-jalan di Pertama Kompleks sementara menunggu bapa mertua menyelesaikan urusan rutinnya berjumpa doktor di Hospital Kuala Lumpur, kebetulan bersua dan berkenalan dengan mantan Adun BN Taman Medan Datuk Ab.Wahab bin Ibrahim.

Beliau yang tidak dicalon PRU12 walaupun menang dengan majoriti 13,512 undi dan ditentang empat penjuru dari Pas Pkr dan Bebas pada tahun 2004, nampak masih muda walaupun sudah berumur 60 tahun..

Beliau pernah bertugas di Petronas selama 26 tahun bermula 2.2.1978 sehingga 2004 sebelum berhenti selepas dicalonkan tahun 2004 dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Bahagian kewangan,akaun dan IT OGP Technical Services Sdn Bhd sebuah anak syarikat Petronas.

Beliau juga berkelulusan 4 Sanawi sekolah agama Johor dan juga pernah menjadi imam masjid Assyikirin KLCC sebelum ini serta mahir bacaan berzanji dan marhaban, seorang yang sangat setia kepada Umno walau tidak dicalonkan PRU yang lepas.

Takdir Allah telah menemukan Panglima dengan pemimpin yang rendah diri dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja seperti Datuk Ab Wahab Ibrahim walau pertama kali bersua seperti Panglima. Alhamdulillah.

Antara nasihat beliau ialah kita perlu menghayati konsep di sebalik azan di mana seruan mengerjakan solat dan mencari al falah (kejayaan) perlu dihayati dalam perjuangan.

Selain itu menurut beliau pemimpin juga perlu selalu berjemaah di masjid dan surau, bertemu rakyat di majlis kematian, kenduri kendara dan majlis melibatkan rakyat di kawasannya.

Persatuan PIBG dan penduduk juga perlu disertai oleh pemimpin Umno/BN seperti yang dislogankan dalam 1Malaysia YAB Perdana Menteri iaitu "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".

Beliau kini menjadi Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Insan di Putrajaya selain menjadi Independent Director di Alam Maritim Resources Berhad.

Selepas memperkenalkan diri sebagai blogger, panglima meminta izin merakam gambar beliau dan menyiarkan butiran perbualan kami.

Beliau kini masih lagi rajin bertemu rakyat meskipun tidak lagi bergelar YB. Sikap beginilah yang perlu ada pada setiap pemimpin yang mahu menjadi 'winniable candidate' harapan PM.

Banyak perkara dapat dikongsi dengan beliau dan pertemuan tidak disangka ini ibarat 'rezeki terpijak' panglima dalam menambahkan lagi koleksi pengalaman hidup sebagai hamba Allah di dunia ini.

Artikel ini tidak dibayar tetapi demi perjuangan alif ba ta.

Sekian,mohon disebarkan.

2 ulasan:

I'm MR COOL berkata...

yb yg sgt mesra rakyat. masih dipanghil utk.mrasmi prog dun taman medan. yb yg kool tp politik.yb kcundang

Awanama berkata...

Bezanya pemimpin UMNO dan pemimpin PAS/PKR

Cari Blog Ini

Translate