Pertama sekali artikel ini bukan ingin membodek. Tetapi mengkhabarkan kejayaan Pengerusi UMB Tun Faisal selepas bersusah payah mencuri masa di kesibukan sebagai pegawai khas, pengerusi UMB untuk mengemaskini blog sehingga menjadi blogger ranking no 9 di Malaysia kalangan pro Kerajaan.
Link ada di sini : http://tunfaisal.blogspot.com/
Kesibukan beliau memang dapat dilihat sepanjang masa terluang Panglima bersama beliau. Memang penat dan kerana itulah ada kawan setia beliau menawarkan diri membantu dengan membawanya ke program yang diadakan di sana sini seluruh tanah air.
Dulu UMB pernah dikritik oleh Panglima isu Pas Media tetapi ia sekadar luahan dan cadangan bukan menghentam untuk me'mampuskan' unit di bawah Pemuda UMNO Malaysia ini. Sejak pertama kali bertemu dengan Tun Faisal semasa dijemput untuk membantu UMB di Putrajaya, Panglima tetap komited bersama membantu beliau sehingga hari ini walaupun bukan semua boleh menerima atau bersetuju dengan unit di bawah Ketua Pemuda UMNO Saudara Khairy Jamaluddin ini.
Berdasarkan pengalaman bersama rakan bloggers UMB memang mereka gigih mengemaskini blog dan memerika ranking ALEXA setiap hari. Selepas semakin mendapat perhatian dan dimudahkan Allah akan urusan maka mereka tidak berpaling ke belakang lagi untuk menjadi bakal blogger paling hebat di Malaysia.
Begitu juga seperti Keris7lok yang kini demam selepas bergegas ke sana ke mari merakam temu ramah dengan pemimpin UMNO semasa Persidangan sehingga saat terakhirnya semalam. Hebat orang muda dan semoga mereka akan tekun dan tawaduk (rendah diri) meskipun menjadi blogger hebat kemudian hari.
Jangan pula selepas ini kita menjadi blogger yang meletak harga yang tinggi ketika ada insan berhajatkan kita membuat liputan program mereka. Pakaian takbur Iblis jangan dipakai dalam kehidupan seorang manusia yang beriman dengan Allah Azzawajalla.
Panglima sendiri seperti anda lihat semalam dalam artikel terkini mengambil peluang bertemu di mana sahaja untuk merakam gambar pemimpin atau tokoh yang dikenali ramai untuk dimuatkan dalam blog termasuk Jamal Abdillah.
Namun artikel Jamal belum dapat dimuat naik dari semalam dari blackberry Torch Panglima dan masih lagi mencuba.
Panglima akui sejak akhir ini sibuk dengan urusan duniawi dan tidak dapat mengejar kesungguhan mereka meskipun bangga melihat rakan seperjuangan terus gigih berjuang walau dihina dan diperli serta tidak diberi pertolongan dan penghargaan oleh sebahagian orang yang masih kurang faham.
Seperti mana bangga kerana bloggers yang pernah diasuh oleh Bloggers Pembela Negara seperti Papagomo dan Parpukari telah menjadi antara top bloggers masa kini. Semalam kami sempat bersua di pintu Riverside dan sempat bergurau maut sambil ketawa walau mereka tidak lagi sehaluan dengan UMB Pemuda walau pernah bersama Panglima di bawahnya.
Hubungan baik antara kita jangan dirosakkan oleh dunia dan jangan kerana dunia merosakkan hubungan baik sesama kita.
Bermaafan itu tuntutan agama dan tidak rugi kita mengaku kesilapan dan membuang keegoan dalaman untuk kebaikan Agama Bangsa dan Tanah Air kita.
Mereka seperti rakan bloggers UMB 1Peluru, Double Y, KulaanNiring, Aku-Apa-Peduli, Dr Novandri, Empayar Pemuda, Mat Kilau dan blogger lain seperti Papagomo Parpukari telah berjaya dan tidak mustahil dengan izin Allah anda juga boleh mengatasi mereka semua yang hebat pada hari ini jika bersemangat untuk pertahankan KEBENARAN TUHAN (bukan pertahan TUAN) di alam maya.
Syaratnya mudah : tetapkan niat yang betul, cari dan sebarkan ilmu nescaya akan bertambahlah kefahaman dan rezeki pengetahuan yang anda akan dapat kurniaan Tuhan.
Jika berlaku kesilapan atau kekurangan kritiklah dengan ikhlas dengan perkataan yang penuh adab sopan seperti tuntutan Islam.
Kita boleh mengkritik tetapi tidak boleh BIADAP dalam mengkritik !
Sekali tahniah kepada Pengerusi UMB yang part-time mengemaskini blog sehingga muncul ranking ke -9 dalam top blogger pro Kerajaan semalam.
Syabas juga kepada rakan yang lain dan mari kita tingkatkan usaha demi bersama pertahan alif ba ta...
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:
Catat Ulasan