Panglima kebetulan menonton MHI hari ini sambil menunggu tadika anak dibuka untuk bayar yuran.
Kebetulan pula melihat aksi terakhir Wardina yang menangis di tv3 dan sempat merakam gambarnya di kaca tv. Untuk makluman hari ini hari terakhirnya di tv3.
Meskipun sedikit kecewa apabila beliau memutuskan 'tali twitter' dengan Panglima atas alasan mencarut dan kata kesat walhal ia sebenarnya bukan dari panglima tetapi dari blog yang disambung secara automatik menggunakan twitterfeed.
Namun harapan panglima kepada pengacara yang mengalami transformasi besar dalam hidupnya dari free-hair kepada bertudung, sehingga menjadi duta tudung terkenal Arianni agar istiqamah menyeru ke jalan Allah tanpa perlu berkongkol secara langsung atau tidak dengan pembangkang.
Ia akan menjadikan imej beliau akan tercalar bahkan makin kotor akibat permainan politik yang tidak berpaksikan atas kebenaran tetapi fitnah semata-mata.
Kata kata beliau dalam direct message twitter @panglima_cyber akan disimpan walaupun beliau sudah memutuskan tali ukhwah Islam melalui jendela alam maya. Satu hari nanti beliau akan sedar harapnya dari kesilapan menilai twitter panglima yang mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Secara prinsipnya Panglima menolak sebarang perkataan kotor, lucah, keji yang jelas tidak diajar dalam Sunnah Nabi mahupun Wahyu Allah.
Namun Wardina harus sedar ada orang yang sangat kasih agama, bangsa dan negara tidak dapat mengawal perasaan sehingga terkeluar perkataan kasar lantaran kelemahan diri dan ia bukah ajaran parti UMNO sedikitpun.
Semoga Wardina Safiyyah akan berjaya mengejar kejayaan yang diimpikan apabila menjadi pelajar sepenuh masa tahun hadapan.
Salam Hari Penghulu Hari jumaat dan moga kita mendapat saat mustajab di dalamnya.
4 ulasan:
Tetiba rasa sebak baca panglima punya blog.. Erm, takpelah, hubungan dalam twitter tu masih tak menjejaskan hubungan sebenar kita sesama manusia lebih2 lagi seagama..
Menulis dari hari terus ke hati :-)
Tq for coming.
Salam Panglima....
Teringin nak tengok MHI terakhir 2001 pagi ni tadi, tapi sayangnya tak dapat lah.. Kat tempat keje tak ada tv.... Tak rekod ke tadi?
Kalau ada panglima akan beritahu ye
Catat Ulasan