Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Januari 2012

Gambar YAB @NajibRazak Bersama DYMM Sultan Selangor Solat Jumaat Semalam



13 JAN. 2012: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Negeri Shah Alam. - Utusan/SAHARUDIN ABDULLAH

gambar Utusan Malaysia



Keyakinan rakyat terhadap BN semakin meningkat – PM
14/01/2012 2:46am


BUKIT GANTANG 14 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan negeri semakin meningkat kerana perikatan itu mengotakan janji mengikut kemampuan.

Perdana Menteri berkata, rakyat menyedari BN bukanlah kerajaan yang gemar bermain politik bersifat populis serta berjanji perkara yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Apa yang kita mampu lakukan, kita lakukan dan apa yang kita janji kita laksanakan sebagai kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pemukiman ADUN-ADUN BN seluruh negara di Jalan Simpang, di sini, semalam.

Beliau berkata, janji-janji itu dibuktikan dengan pelbagai bantuan yang diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, pemberian subsidi dalam pelbagai sektor seperti subsidi petrol.

Selain itu, Najib juga membayangkan akan mengumumkan “durian runtuh” untuk masyarakat peneroka tidak lama lagi dan beberapa insentif lain untuk rakyat.

"Jumlahnya saya tidak akan beritahu lagi, sampai masa nanti saya akan umumkan. Biar suspens sikit,” katanya. – BERNAMA



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate