Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Januari 2012

Nik Aziz Kata Hj Hadi Boleh Jadi Presiden Sampai Mati



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Oleh RAITINI RAHMAN


KOTA BHARU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya umum akan dating kerana kepimpinan beliau masih lagi diperlukan untuk terus menerajui parti itu.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdul Hadi mempunyai ketokohan sebagai pemimpin dan beliau tidak perlu berbuat demikian kerana ia akan merugikan tambahan pula beliau tidak mem[punyai masalah.


“Saya tidak bersetuju dengan keputusan dia lebih-lebih lagi beliau adalah pemimpin Islam. Jadi saya sangat tidak bersetuju dia nak berhenti.




“Saya minta doa kepada Allah agar dia sihat dan terus memimpin,” katanya kepada DetikPerubahan ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa petang tadi.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Abdul hadi yang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.


Abdul Hadi dilaporkan membuat keputusan itu berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.


Menurut Abdul Hadi, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.


Beliau turut menyerahkan kepada parti untuk menilai keputusannya itu dan menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.


Sementara itu Nik Abdul Aziz berkata, alas an Abdul Hadi tidak mahu bertanding kerana terlalu lama itu tidak relevan kerana kerjaya politik itu akan kekal sampai ke akhir hayat.


“Dia tak nak bertanding kerana dia kata terlalu lama. Bagi saya kerjaya kita ini ada dua. Kerjaya sebagai penjawat awam mengambil masa 35 atau 42 tahun tetapi kerjaya di dalam bidang politik tidak akan berakhir sehingga ke akhir hayat. Sampai mati.


“Dia (Abdul Hadi) adalah seorang pemimpim dan pemimpin ini adalah nikmat daripada Allah. Tidak ramai manusia di atas dunia ini ada bakat memimpin tetapi dia ada bakat jadi kenapa dia nak berhenti,” katanya.


Beliau berkata, Abdul Hadi merupakan pemimpin Islam di negeri Islam yang mana orang Melayu sendiri kata yang Islam ini membawa kepada perpecahan dan kemunduran tetapi semua itu tidak berlaku.


“Bakat kepimpinan yang dia miliki ini merupakan satu nikmat besar yang perlu diteruskan. Kepimpinan Islam ini satu nikmat yang Allah bagi jadi kita kena jaga betul-betul,” katanya.


http://detikperubahan.com/2012/01/29/nik-aziz-tidak-setuju-keputusan-hadi/



Kenyataan Nik Aziz tidak mahu berhenti klik sini http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-perlukan-saya-nik-aziz-1.11465



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jadi presiden sampai mati ..

tapi dengan syarat

sanggup menjadi baghal kepada anu war al juburi dan menjadi anjing suruhan DAP ..

Tanpa Nama berkata...

Betul Hj Hadi bolih jadi presiden sampai mati TAPI kami mahu Nik Ajis mati dulu baru jadi Chief.

Tanpa Nama berkata...

Memang laaa....!!

Memang la Nik Ajis nak sangat Hj Hadi kekal jadi Presiden sampai ke mati kerana Hj Hadi adalah sejenis species Presiden yang tak boleh kawal Murshitdul PAS. Hj Hadi ni hanya presiden pada namanya sahaja.., tetapi hidung dia dah kena cucuk. Tak ader kredibiliti langsung.., tak ubah macam ketua jabatan yang bodoh, hinggakan office boy pun boleh berkokok lagi lantang.

Ketika al Marhum Fadhil Nor jadi Presiden PAS dulu.., mana ada al Marhum Yusoff Rawa (Mursyidul 'Am masa itu) mendahului kenyataan presiden dia?

Nik Ajis ni.. ; siang berpolitik.., malam berpolitik.., luar PAS berpolitik., dalam PAS pun berpolitik..!

Memang taik politik..

Panglima Perang Cyber berkata...

Nik Aziz patut sedar kedudukan beliau.

Tetapi kerana ketaksuban barangkali kepadanya menyebabkan beliau 'lebih sudu dari kuah'

harap Nik Aziz dapat bertaubat.

Cari Blog Ini

Translate