Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Januari 2012

Video Ulama Wahabi Ust Rasul Dahri Haramkan Muzik cc@NajibRazak

Setahu Panglima golongan Wahabi sahaja yang mengharamkan muzik. Sedangkan ia boleh diguna untuk tujuan yang diharuskan oleh Ulama.


Masalah kita pada hari ini ialah apabila ramai tidak sedar mereka menggunakan muzik pada tempat yang salah.


Masalah pandangan Wahabi yang sekarang banyak guna nama salafi ialah, mereka hanya menggunakan pandangan beberapa ulama sahaja.


Pandangan Ulama seperti Imam Ghazali yang diiktiraf keilmuannya, ditolak tepi.


Jika muzik diharamkan maka lagu 1Malaysia untuk membina perpaduan demi keamanan perlu dihentikan.


Jangan sampai negara kita makin pelik dengan menggunakan pandangan wahabi dalam pemerintahan.


Sudah habiskah ulama Aswj sehingga ulama wahabi juga mahu diangkat?


Pokoknya kita tahu kenapa dan siapa yang menjadi jambatan penghubung kepada kepimpinan atasan selepas menerima wang berjuta juta dalam akuannya untuk tujuan dakwah wahabi.


Yayasan orang itu sudah diketahui namun kuasa Allah jua yang mengkehendaki fahaman wahabi ini tidak berjaya muncul menguasai pemikiran umat berkat hubungan erat Sultan dan Ulama yang berkat.


Semoga Allah beri hidayat kepada pengikut salafiyyah wahabiyyah dan kembali kepada akidah Islam yang disepakati ulama. Bukan sebaliknya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum PPC,

Bukan wahabi sahaja yg mengharamkan muzik tetapi ijmak semua mazhab ahli sunnah yakni mazhab Hanafi,Maliki,Shafi'i dan Hanbali.

Bukti:

Music and Singing: A Detailed Fatwa

Sunnipath adalah web "sunni tradisional", boleh buat carian ttg wahabi dalam laman mereka.


Setahu saya, hanya al Qaradawi saja yg halalkan muzik. Al qaradawi juga halalkan demonstrasi, jatuhkan pemimpin umat Islam dan suicide bombing.

Jadi, saya minta pihak PPC supaya berhati2, krn apa yg difatwakan oleh"wahabi" ini sama dengan ijmak ulamak khalaf apatah lagi salaf.

Janganlah nanti wahabi kata solat tu wajib.. terus tak nak solat. Bila wahabi kata waib taat pemimpin walaupun tak berhukum hudud, terus masuk PAS..sebab "wahabi" musuh pondok bapak aku..

wallahu a'lam..

Tanpa Nama berkata...

ntah derrr bongok tul PPC, biasa laa berbeza pendapat, itu namanya berbeza pendapat yg dibenarkan melalui ijtihad, Ust RD tak membodo kan orang, tak melembukan orang, tak mengAnjingkan orang, tak hina orang, berbeza pendapat tentang sesuatu hukum feqah itu normal, spt seafood banyak ulama maliki yg haramkan, kita makan jer, chess ramai ulama selain mazhab syafie haramkan... apa kena mengena lak dengan WAHABI??

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Singapore nak haramkan muzik, apa kaitan dengan DS Najib? Kalau iye pun dia haramkan muzik, dah lupa ke sumbangan dia menentang neo-khawarij PAS yang ustaz tak 'wahabi' tak pernah ambik pot? Jangan sebab kita suka muzik, hilang sokongan orang macam ustaz ni. Waktu BERSIH 2.0 dulu, geng-geng ustaz ni juga buat bising, ustaz tak 'wahabi' buat apa? Malu la, ustaz Singapore boleh back kerajaan Malaysia, ustaz local yang tak 'wahabi' seronok jual air jampi saja.

Tanpa Nama berkata...

Harap PPC fokus. Jangan sampai geng sendiri pun kita jatuhkan sebab benda macam muzik ni. Kerajaan boleh kalah PRU ke kalau takde muzik? Mana lagi penting, dakwah ustaz ni supaya jangan lawan pemerintah ke atau seronok dengar muzik je?

Delete la entry ni... Buat malu kat PAS saja.

Tanpa Nama berkata...

Selain daripada Dr. Yusuf al Qardhowi, bekas Syeikh al Azhar Fadhilah al Imam al Akbar al Syeikh Ja-du al Haq Ali Ja-du al Haq (telah meninggal dunia pada pertengahan 90 an) juga bersependapat dengan pendapat yang mengharuskan alat-alat muzik sebagaimana yang dapat dilihat dalam kitab himpunan fatwa-fatwanya mengenai persoalan-persoalan semasa yang bernama Buhuth wa Fatawa Islamiyyah fi Qodhoya Mu’asirah, juzuk ke v. Dalam jawapan atau fatwanya yang panjang lebar mengenai hukum mendengar alat muzik itu, beliau akhirnya membuat kesimpulan dengan berkata: “ sebagai mengambil sikap jalan tengah antara pendapat-pendapat ulamak tersebut, maka kami lebih cenderung untuk berkata bahawa mendengar alat-alat muzik walau apa pun jenis dan bentuknya, menghadiri majlis-majlisnya dan mempelajarinya adalah termasuk dalam perkara-perkara yang diharuskan. Dengan syarat ia tidak mendorong kepada membangkitkan nafsu syahwat, perlakuan-perlakuan tidak senonoh dan tidak disertai dengan arak, tarian-tarian, perkara-perkara yang buruk dan fasik atau digunakan untuk perkara-perkara haram atau ia digunakan sebagai wasilah atau alat yang membawa kepada berlakunya perkara haram dan mungkar atau ianya boleh melalaikan daripada menunaikan tanggungjawab dan kewajipan.

Tanpa Nama berkata...

Nak bincang pasal hukum muzik bukan sini tempatnya, yang dipertikaikan sekarang, PPC dah letak label negatif kat ustaz yang sokong kerajaan. Apa untungnya? Ustaz ni tali barut PAS ke? Dia sokong anwar?

GAP lebih matang, diorg letak video ustaz ni berdasarkan hujah ustaz ni yang menyebelahi kerajaan.

. berkata...

As-Salam, PPC hanya menyatakan yang benar, dan pendapat saya, PPC lebih utamakan isu Aqidah berbanding Politik, walaupun PPC berpihak kepada kerajaan, namun dalam erti kata lain, blogger2 pro-kerajaan seperti PPC tidaklah menyokong semua yang kelihatan menyokong kerajaan. Puak2 Wahabi mempunyai agenda dalam politik, mereka juga seperti syiah yang bersifat taqiyyah. Tidak semua yang berkopiah dan berjubah itu ustaz ASWJ.

" Ilmu itu diambil bukan dilihat pada yang berkata, tapi lihat pada apa yang dikata"

ertinya, kalau apa yang dikata itu salah dan menyaggahi aqidah, maka kita sebagai umat islam perlu menolaknya. Rasul Dahri merupakan kepala Wahabi besar di Malaysia seangkatan dengan Asri Zainul Abidin, dan anak2 didikan mereka seperti Fathul Bari Mat Jahaya. Mereka ini boleh berada di dalam PAS dan UMNO, tertakluk pada keadaan semasa yang boleh memenangkan mereka. Dalam PAS sendiri, yang WAHABI seperti MA PAS Nik Aziz, fikrah mereka sama iaitu Allah bertangan, berkaki, bermuka, duduk atas arasy, dan Aqidah ini disanggah oleh ijmak ulama yang bersepakat bahawa Allah tidak sama seperti makhluknya.

Kepada commenters, anda penyokong UMNO dan Kerajaan, saya juga begitu. Tapi kena ingat, hari pengadilan akan menilai AQIDAH anda dahulu, bukan parti mana anda. Belajarlah Sifat 20 dahulu, baru boleh berkata-kata mengenai aqidah. PPC bukanlah semborono, tuan-tuan boleh mencari dalah youtube sendiri, apa yang Nik Aziz, Asri, Rasul Dahri berkata mengenai aqidah, sama....

Biar kita buang 10 orang yang kelihatan ustaz sebegini, kita masih ada berjuta ustaz ASWJ yang boleh dijadikan panduan....Kita nak Tok Guru seperti Tuan Guru Haji Abdullah Saamah yang lantang menolak PAS di kelantan sehingga dipinggirkan, bahkan info yang ana dapat beliau dah selesai menulis 2 kitab tulisan tangan mengenai kekacauan PAS dan perkara2 pokok mengenai aqidah, dan kenapa kita perlu sokong UMNO....kita sokong UMNO, kita tolak ulama muda UMNO yang terang2 WAHABI....kita tolak PAS, tapi kita tak tolak ulama ASWJ dalam PAS seperti Dr Harun DIn, Dr Hasan Ali, dll....

Fikir dulu sebelum cakap...PPC bukan semborono...Kita berjuang atas satu aqidah, kalau kata pemimpin Malaysia nanti jadi Wahabi, terang2 kita juga akan tolak!

Cari Blog Ini

Translate