Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Februari 2012

Pembangkang Putar Belit Jawapan Ust Azhar Idrus Ucapan Tun Mahathir Isu Hudud cc @NajibRazak

Heboh sekarang kononnya Tun Mahathir menghina hudud dan menafikannya wujud dalam kitab Al Quran. Lihat pertanyaan isu tersebut kepada tokoh agama Ustaz Azhar Idrus oleh penyokong Pas untuk modal politik Pakatan yang kini kian nazak.


Berdasarkan apa yang difahami oleh Panglima, Tun Mahathir tidak menolak ayat Al Quran. Berdasarkan pengalaman menegakkan Islam di Malaysia sejak menjadi ahli politik yang dikagumi kawan digeruni lawan, tidak semudah itu Tun Mahathir akan menolak sesuatu hukum seperti hudud Allah.

Jika melihat jawapan Ustaz Azhar di atas jelas beliau tidak menyebut nama sesiapa termasuk Tun Mahathir. Kenapa penyokong Pas ghairah sangat sedangkan pemimpin PKR Anwar yang menyokong negara haram zionis Israel tidak dihentam sehabis kuat? Kenapa ini berlaku?

Pada kebiasaannya apabila menyentuh isu hudud, Tun Mahathir akan menempelak hudud Pas yang tidak sama hudud Islam yang sebenar. Hudud yang ditolak ialah hudud PAS bukan hudud ALLAH. Nawaitu PAS bukan hudud tetapi keDUDUKan sebagai YB di Parlimen dan Dun. Maka perkataan hudud yang digunakan oleh Tun Mahathir perlu diperincikan maksudnya samada hudud Pas atau Allah.

Jauh bezanya antara hudud Allah dan hudud Pas. Hudud Pas Kelantan dan Terengganu juga tidak sama, bagaimana mahu dijalankan jika berbeza? 

Jelas Pas buat hudud untuk meraih undi dan meninggalkan perlaksanaannya apabila sudah dapat undi hinggalah ke hari ini. 

Sudah tentu tidak relevan pihak Pas mahu timbulkan kenyataan Tun Mahathir di kala mereka juga seolah menolak hudud serta mempermainkannya sebagai modal umpan undi pilihanraya.Negara Islam yang menjalankan hudud sudah tidak ada lagi dalam Buku Jingga Pakatan maka bagaimana ia mahu dibincangkan untuk dijadikan serangan kepada lawan?

Seteruk mana Tun Mahathir beliau tidak pernah menjadikan modal agama sebagai bahan propaganda pilihanraya. Berbeza dengan Pas yang terang-terangan menggunakannya semaksimum mungkin. 

Bukankah lebih hina perbuatan mereka berbanding Tun Mahathir?

Fikirkanlah wahai saudaraku semua.


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Cari Blog Ini

Translate