Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mac 2012

Majlis Mawlid Rasul Peringkat Dunia Di Masjid Putra Putrajaya cc @NajibRazak

Panglima berada di Majlis Mawlid Rasul dan Haul Syeikh Abd Qadir Jailani anjuran Wariseen Trust. Dibuat di masjid Putra, sebelah pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Penceramah jemputan Habib Umar dari Mekah diterjemah oleh Habib Ali Zainal Abidin.

Mari jika anda sekitar Putrajaya.

Ayuh mari cintai Nabi dan sahabat baginda...

Gambar PM @NajibRazak Di Kedah

Sumber : FB Anum Ishak

Solat Guna Bendera PAS Apa Hukumnya? Lihat Gambar Ini




Masya Allah... Apa dah jadi. Bila taksub terbawa saat menemui Ilahi.

Jangan sampai kita lupa siapa diri, siapa patut kita puji...

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Video Solat Syiah Laknat Sahabat Dalam Solat Termasuk Aisyah



Adakah wujud Syiah dalam PAS ?

Klik di sini info tentangnya :



Abby Abadi Bertudung Balik Mekah Minat Ustaz Azhar Idrus ?


Balik umrah, Abby berubah


2012/03/28


NIAT pelakon Abby Abadi, 34, untuk berhijrah dengan memakai tudung sudah lama terpendam di hati. Namun ibu tunggal kepada tiga anak comel itu bimbang jika terlalu digembar-gemburkan kelak, ia akan memakan diri. 

Bagaimanapun kunjungannya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu akhirnya mempermudahkan niat sucinya itu.
Menurut pelakon itu, selama ini dia enggan dituduh mempersendakan agama dalam soal bertudung.
Akuinya, dia khuatir melakukan hijrah itu atas desakan mahupun tuntutan semasa, sebaliknya mahu ia berlaku atas kerelaan sendiri. 

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan. 

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling. 

Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala. 
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara. 

Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu. 

Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan. 

“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah. 

“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak. 

Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah. 

“Apa yang saya lalui termasuk perpisahan dengan Zul Ariffin juga barangkali sedikit sebanyak mempercepatkan agenda saya ke sana. Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya sebagai orang Islam, mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita,” kata Abby.




Panglima : artis yang bertudung patut dipuji... Terbaru Abby Abadi...Ada gambar beliau bergambar dengan Ust Azhar Idrus disiar dalam internet. Mungkin beliau antara jutaan penggemar ceramah agama UAI.


Apakah ceramah UAI berjaya mengubah hati beliau ? Wallahu A'lam.

Sekarang makin ramai mereka yang bertudung seperti laporan di sini http://www.izyan.com/2011/11/lagi-artis-bertudung-akma-af3-dan-zura.html#


Sharifah Aini, Ramlah Ram, Nora, Aishah antara nama besar yang juga telah bertudung selain Datuk Siti yang sudah separuh tudungnya.

Mereka yang sudab bertudung ini perlu diberi peluang di stesen yang mesra Islam. Manakala artis sebagai manusia yang ditadbir oleh Allah kena yakin rezeki kesemuanya dari dan di tangan Allah... 

Sekarang golongan korporat juga makin meningkat kesedaran agama. Alhamdulillah..

Berubah atau rebah di alam barzakh !!!

Cuma bertudung perlu disertai dengan akhlak juga. Jika tidak kita hanya bertudung tetapi memalukan maruah Islam dengan pakaian tudung kita.

Seperti kebanyak ahli PAS berkopiah tetapi baring di tengah jalan hingga memalukan Islam.

Pesanan Datuk Ahmad Maslan Kepada Akar Umbi UMNO cc @NajibRazak






Anggota parti peringkat akar umbi diharapakan menerapkan 'mood' pilihan raya dalam setiap persidangan tahunan cawangan yang akan bermula pada 1 April hingga 15 Jun ini. 


Mengikut kehendak Perlembagaan parti dan sebagaimana yang digariskan dalam Akta Pertubuhan di samping menggunakan persidangan tersebut untuk menyemak ahli-ahli yang menjadi pengundi di kawasan masing-masing

Video AMANKAMPUS di UUM



Tentera Allah Alam Maya Tumpaskan Kumpulan Murtad ?


Tahniah Kumpulan Hackers Yang Berjihad Bukan Seperti PAS!!

 

Ini namanya ikhlas memperjuangkan Islam... bukan seperti PAS yang asyik 'mempergunakan' Islam untuk kepentingan politik!! -maya

KUMPULAN MURTAD TUMBANG LAGI??

Hasil pemantauan kami di Facebook, seorang penggodam yang menggelar dirinya sebagai Tok Imam telah mengumumkan bahawa kumpulan Murtads in Malaysia and Singapore tersebut telah lumpuh buat kali keduanya. 

 

Tok Imam yang merupakan penggodam daripada kumpulan Cazen Vapour Hackers dan Macho Cyb3rSec itu telah menggodam kumpulan itu bersama seorang seorang penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Macho Ayie yang juga daripada kumpulan Macho Cyb3rSec. 

Bukti daripada rakan kumpulan murtad tersebut.

Penggodam tersebut ketika dihubungi memberi pesanan kepada kumpulan murtad tersebut bahawa mereka tidak akan selamat walau berapa banyak sekali pun kumpulan murtad ditubuhkan semula.

"Kami tidak akan gentar" kata Tok Imam dan Macho Ayie. Tok Imam yang diberitahu bahawa kumpulan tersebut menghina beliau sebelum ini memberi respon bahawa beliau tidak akan sesekali tunduk dan takut kepada kumpulan murtad tersebut kerana beliau melakukan perkara yang benar. 

Tambah penggodam tersebut, " Tiada apa-apa sistem yang akan selamat di dalam dunia ini. Jika Tok Imam dan Macho Ayie melakukan kerja penggodaman tiada siapa yang dapat menghalang."

Kumpulan murtad tersebut kini berada di Yahoo! pula.

 




Video : YAB PM @NajibRazak Di Majlis Pengebumian Allahyarham Raja Ashman






Laporan The Star


IPOH: Raja Kecil Sulong of Perak Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah  (pix) passed away after an asthma attack at 1.30am Friday at his home in Bukit Damansara, Kuala Lumpur. He was 54.
He was laid to rest at the Bukit Chandan Royal Mausoleum here later Friday.
The remains of the second son of Sultan of Perak Sultan Azlan Shah was taken by a vehicle that left the Istana Iskandariah grounds at about 6.15pm on a 1km procession to the Royal Mausoleum located next to the Ubudiah Mosque.
Among the Malays Rulers who paid their last respects were members of the Kedah and Johor royal families.
Raja Ashman was known to commoners as a pious prince, who kept a low profile.
A businessman, he held a degree in Economics from the University of Nottingham and a Masters of Law from Cambridge University.
He also held an ijazah or permission of investure in the Naqshbandiya Haqqaniya Order of Sufism from Shaykh as-Sayyid Muhammad Nazim Adil al-Haqqani, the Grand Mufti of Cyprus and Imam of the Naqshbandiya Haqqani Order of Sufism.
Raja Ashman was also a keen hockey fan and often accompanied Sultan Azlan Shah, who is the Asian Hockey Federation president, to hockey matches.
He was appointed Raja Kecil Sulong on March 16, 2010.
He leaves behind wife Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin , 53, sonDatuk Raja Ahmad Nazim Azlan Shah , 20, and daughters Raja Emina Aliyyah, 18, and Raja Bainunnisa Safia, 17.



Raja Ashman

30 Mac 2012

Akaun Twitter 'Twitter' Kalah Twitter Lady Gaga dan Barack Obama

Berikut ranking twitter top dunia...




Analisa mudah ialah pemimpin politik lebih rendah peminat berbanding artis.

Tandanya manusia suka hiburan bukan soal berat seperti politik dan kenegaraan...

Maka manusia akan suka gosip dari statistik.

Lalu mereka akan malas berfikir dan mula memilih yang nampak pandai bercakap dan hensem bukan kualiti kepimpinan.

Dengan itu siapa pandai tabur janji akan mudah dipercaya manakala pihak mengotakan janji dipandang sebelah mata.

Kadangkala silap Kerajaan juga membenarkan terlalu banyak hiburan...

Perkara yang menyalahi syarak seperti iklan seksi dibiarkan walau atas nama perniagaan. Seperti waktu berita utama jam 8 malam.

Kita juga seperti sudah tidak kisah lagi melihat perkara yang dilarang oleh Allah walau kita sedar bukan mudah untuk mendidik rakyat Malaysia beragama Islam yang berbagai corak kehidupan, tahap pendidikan dan jalur pemikiran.

Adanya TV Al Hijrah, sebelumnya TV9 selain radio IKIM satu usaha yang perlu dipuji walau ia masih lagi belum mencukupi.

Pendidikan untuk belajar cara berhibur mengikut Islam perlu diterapkan.

Ulama disukai orang muda perlu dilahirkan.

Majalah ilmiah dan padat nasihat agama dengan pendekatan sempoi mesti diwujudkan.

Mari kita gunakan statistik di atas untuk difikirkan bersama.

Demi agama,bangsa dan negara Malaysia.

Link info :

http://www.socialbakers.com/twitter/


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Akhirnya Nama Model Kereta Baru Proton P3-21A Sudah Ditemui




Memang sah model baharu Proton yang sebelum ini dikenali dengan kod P3-21A telah diberi nama Proton Preve. Apa maksudnya nama Preve itu mungkin akan didedahkan sendiri oleh pihak Proton apabila model itu dilancarkan secara rasmi nanti, berkemungkinan besar pada tarikh 6hb. April depan, sama-sama kita tunggu.

Info : 

http://www.arenakereta.com/28/03/2012/model-baharu-proton-diberi-nama-proton-preve/

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Dr Asyraf Wajdi Menulis Ulasan Pengharama FOREX Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan cc @NajibRazak





Alhamdulillah, akhirnya Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang di Kota Bharu Kelantan semalam telah memutuskan bahawa HARAM hukumnya bagi umat Islam melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan mata-wang asing atau FOREX khususnya yang dilakukan secara individu melalui platform elekronik atau internet (Fatwa ini tidak merujuk kepada transaksi FOREX yang dilakukan di institusi-institusi kewangan Islam). Walaupun belum ada perincian alasan-alasan dan hujah-hujah yang mendasari fatwa yang dikemukakan itu, bagi saya ia merupakan keputusan yang tepat. Kami di ISRA (Akademi Antarabangsa Penyelidikan Syariah Dalam Kewangan Islam) telah mengenal pasti beberapa isu Syariah yang timbul melalui urusniaga FOREX di internet. Di sini saya kongsikan sebahagian isu-isu Syariah penting berdasarkan penyelidikan terperinci termasuk siri-siri temuramah dengan mereka yang terlibat secara langsung samaada yang menyediakan platform perdagangan FOREX di i nternet, broker, dealer, mahupun pelabur-pelabur tegar di kalangan orang awam:



1. Isu Leverage

Dalam urusniaga FOREX, sudah menjadi kebiasaan broker memberikan kemudahan pinjaman dalam bentuk leverage sebanyak 100:1. Sebagai contoh, jika pelabur ingin membuka posisi (open position) bernilai USD1000, dia hanya perlu menyediakan modal sebanyak USD10 dan baki USD990 diberikan kemudahan oleh broker dalam bentuk pinjaman. Dalam konteks ini, beberapa isu Syariah timbul, antaranya:



1.1. Penggabungan antara Akad Bai' (Jualbeli) dengan Qard (pinjaman)

Sebagaimana yang dimaklumi jual beli matawang atau disebut dalam istilah fekah sebagai Bai' al-Sarf dibenarkan mengikut peraturan dan syarat-syarat tertentu. Walaubagaimanapun, dalam urusniaga FOREX ini, wujud penggabungan diantara akad jual beli matawang (Bai' al-Sarf) dengan Qard (pinjaman). Qard disini merujuk kepada kemudahan pinjaman yang disediakan oleh broker FOREX atas nama leverage kepada pelabur yang membuka posisinya di platformnya. Isu menggabungkan jualbeli matawang dan kemudahan pinjaman dalam bentuk leverage ini secara jelas bertentangan dengan Hukum Syarak. Ini kerana Nabi SAW megharamkan penggabungan sedemikian sebagaimana sabda baginda:

لَا يَحِلُّ سَلَفٌ وَبَيْعٌ

"Tidak dihalalkan salaf (pinjaman) beserta jual beli"[i]

Dalam konteks hadis ini, Al-Qarafi menyebut:

وَبِإِجْمَاعِ الْأُمَّةِ عَلَى جَوَازِ الْبَيْعِ وَالسَّلَفِ مُفْتَرِقَيْنِ وَتَحْرِيمِهمَا مُجْتَمِعَيْنِ لِذَرِيعَةِ الرِّبَا

Maksud: “Dan dengan ijmak umat bahawa diharuskan jual beli dan pinjaman secara berasingan, dan haram kedua-duanya secara bersekali, kerana ia adalah laluan riba”.[1]

1.2. Unsur Riba Dalam Leverage

Dalam perdagangan FOREX, broker menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur. Pinjaman tersebut secara langsung memberi manfaat kepada pihak broker. Ini kerana melalui kemudahan tersebutlah maka pelabur akan menyertai transaksi jual-beli atau perdagangan matawang dengan broker tersebut. Bukan itu sahaja, broker selalunya mendapat keuntungan melalui spread, iaitu perbezaan antara harga bid dan harga ask, di mana broker menjual matawang kepada pedagang dengan harga tinggi, dan membelinya dengan harga rendah. Ini sekali lagi mencetuskan isu Syariah dalam konteks manfaat yang diperolehi oleh pemberi pinjaman (broker) yang menyediakan kemudahan pinjaman tersebut. Manfaat seperti ini dianggap RIBA sebagaimana kaedah yang sangat masyhur dalam konteks riba dan disebut oleh ramai sarjana feqah dengan lafaz-lafaz berbeza, antaranya:

كُلُّ قَرْضٍ جَرَّ مَنْفَعَةً فَهُوَ رِبًا

Maksud: “Setiap pinjaman yang memberi manfaat (kepada pemberi pinjam), maka ia adalah riba”. Kata-kata ini walaupun dari sudut ilmu hadis ia adalah hadis yang tidak sabit dengan sanad yang sahih,[2] tetapi ia telah menjadi kaedah yang disepakati oleh seluruh orang Islam.[3]


Selain daripada itu, elemen riba juga jelas melaluiinterest yang dikenakan bagi posisi yang dibuka melebih 24 jam. Walaubagaimana pun, tidak semua broker forex terbabit dengan mengenakan caj interest seperti ini.

2. Isu Rollover Interest

Dalam perdagangan dan pertukaran matawang asing oleh individu secara lani (spot) melalui platfom elektronik, pedagang akan menerima atau memberi faedah rollover bergantung kepada arah posisi yang diambil (menjual atau membeli) dan perbezaan kadar faedah kedua-dua matawang yang terlibat sekiranya beliau membuka posisi melebihi tempoh semalaman. Faedah ini berlaku kerana wang yang didagangkan dalam spot forex adalah hutang yang dipinjamkan oleh broker kepada pedagang melalui konsep leverage.



Isu rollover interest ini merupakan isu syariah yang paling ketara dalam perdagangan spot forex, di mana sesiapa yang membuka posisinya melebihi daripada semalaman, beliau akan terdedah kepada penerimaan atau pemberian riba al-nasiah yang diharamkan oleh syarak, seperti mana firman Allah yang berbunyi:



))يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ((



Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279)



Dalam konteks ini, al-Majma‘ al-FiqhÊ al-IslÉmÊ (RÉbiÏah al-‘Ólam al- IslÉmÊ) dalam mesyuarat sesi ke-18, pada 12 April 2006 dalam resolusi berhubung perniagaan berdasarkan margin, memutuskan bahawa caj rollover merupakan unsur riba yang nyata dan diharamkan. Berikut adalah nas resolusi tersebut:

" ويَرَى المَجْلِسُ أَنَّ هَذِهِ المُعَامَلَةَ (المُتَاجِرَة بِالهَامِشِ) لا تَجُوْزُ شَرْعًا لِلأَسْبَابِ الآتِيَةِ:

أولاً: مَا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ مِنْ الرِّبَا الصَّرِيْحِ، المُتَمَثّل فِي الزِّيَادَةِ عَلَى مَبْلَغِ القَرْضِ، المُسَمَّاة (رُسُوْمُ التَّبْيِيْتِ)، فَهِيَ الرِّبَا المُحَرَّمُ..."

Maksudnya: “Majlis perpendapat muamalat ini (perniagaan berdasarkan margin) tidak dibenarkan oleh syara’ berasaskan hujah-hujah berikut: Pertama: Muamalat ini mengandungi unsur riba yang nyata, iaitu melalui penambahan ke atas jumlah hutang (caj rollover). Ia adalah riba yang diharamkan…”

Walaupun terdapat broker yang menawarkan akaun FOREX secara Islam tanpa elemen faedahrollover, tetapi sesetengah daripada mereka akan mengenakan fi atau komisyen lain bagi pedagang yang membuka posisi melebihi semalaman, atau mengenakan kadar spread yang lebih tinggi bagi menggantikan caj rollover.

Jika diperhalusi, pengenaan fi atau komisyen yang berasingan dan penaikan kadar spreadsebenarnya merupakan helah bagi menyembunyikan caj rollover yang dikenakan ke atas pedagang matawang asing dengan cara menggantikannya dengan kaedah lain. Akibatnya, pedagang yang membuka akaun secara Islam terpaksa membayar lebih berbanding pedagang yang memiliki akaun biasa.

Fi atau komisyen tambahan ini, walaupun tidak dinamakan rollover interest/charge, tetapi fungsinya masih tetap sama, iaitu menambahkan jumlah hutang yang dikenakan berdasarkan penambahan masa. Kaedah fekah dengan jelas menyebut bahawa:

العِبْرَةُ فِي العُقُودِ لِلْمَقَاصِد والمَعَانِي لا لِلْأَلْفَاظِ وَالمَبَانِي[4 ]

Maksudnya: Apa yang diambil kira dalam kontrak adalah berdasarkan maksud dan makna, bukan berdasarkan lafaz dan ungkapan literal.


Justeru, fi tambahan ini masih tetap mempunyai ciri-ciri riba yang diharamkan walaupun ianya dibuat melalui kaedah tersembunyi.


baca selanjutnya di laman rasmi beliau di sini : http://www.asyrafwajdi.com/home/ 

Terima Kasih SAMM Datang Masjid Putrajaya Sebentar Tadi cc @NajibRazak

Selepas Jumaat tadi di Putrajaya 20 orang Solidariti Mahasiswa Mahasiswa (SAMM) dilihat di pintu Masjid Putra.

Jumlah mereka yang begitu kecil seperti ingin memberitahu secara tidak rasmi mereka sudah hilang sokongan rakyat.

Terima kasih SAMM kerana menunggu di situ.Ia akan memudahkan BN membubarkan Parlimen lebih awal dengan kehadiran anda seramai 20 orang ini.

PM akan melihat mesej anda sampaikan bahawa PKR makin lama makin hilang sokongan dengan cara ini.

Terima kasih...

Fuziah Salleh Dapat Dana Anjur Kempen Anti #Lynas?



Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.

Artikel Kiriman email dari pembaca 

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Kenyataan Shaykh Muhammad Hisham Kabbani Atas Pemergian Raja Ashman





Raja Ashman bin Azlan Shah with Habib Ali al-Jifri and Shaykh Muhammad Nazim al-Haqqani



Raja Ashman bin Azlan Shah with Hisham Kabbani and Shaykh Muhammad Nazim al-Haqqani

Bismillahi’ r-Rahmani ‘r-Raheem

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Inna lillahi wa inna ilayhi raji`oon. To Allah we belong and unto Him do we return.

On behalf of Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani and his family: Hajjah Naziha, Shaykh Muhammad, Hajj Baheddin, Hajjah Ruqiyya, Shaykh Hisham and Feridun and all grandchildren of Mawlana Shaykh Nazim and on behalf of all Naqshbandis around the world we express our deepest condolences for the passing of His Royal Highness Raja Ashman bin Azlan Shah.

The tongue cannot express the warm sympathy and love that we all had for Raja Ashman. It is an extraordinary tragedy and a great loss to Mawlana Shaykh Nazim and all his mureeds and everyone of us feels it intensely.

He left this life immediately after doing dhikr tonight. We request all mureeds to make salat al-janaza al-ghaib for him in their mosques or homes, asking Allah that his soul be with the Prophet Sallallahu Alayhi Wassallam and with Grandshaykh `Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani Alayhi Rahma. We ask everyone to do tahlil by reciting Surah Yasin and dhikr and dedicating it to his soul.

We express the deep condolences of all the mureeds of Mawlana Shaykh Nazim around the world and especially in Malaysia.

We ask Allah swt to give patience and perseverance to his family, his wife, his children, his father Sultan of Perak and his mother the Queen of Perak and all his sisters and his brother Raja Muda.

Sincerely,

Shaykh Muhammad Hisham Kabbani





nota : Habib Ali Jafri anak murid Habib Omar dari Yaman...

Jabatan Penjara Malaysia Nafi Laporan Harakah Imam Baling Kasut Islamkan Banduan - Sinar Harian cc @NajibRazak @HishammuddinH20

Jabatan Penjara nafi Hoslan islamkan banduan

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Mac 2012

SHAH ALAM - Jabatan Penjara menafikan laporan media bahawa bekas imam Hoslan Husin, yang kini ditahan di penjara berhubung kesalahan menghina mahkamah, telah mengislamkan dua orang banduan di Penjara Kajang.

Hoslan menjalani hukuman penjara satu tahun sejak 8 Mac lalu kerana membaling kasut ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan.

"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara.

"Hasil siasatan mendapati laporan (media) adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan media.

Menurut Supri, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain.

Misalnya menurut beliau, sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan.

"Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan secara teratur," katanya.

Menurut beliau, salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh Hoslan sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan.

"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam, yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat," kata beliau.

Malah dalam kenyataannya, Supri menekankan bahawa "dimaklumkan juga pegawai agama atau pembantu pegawai agama yang menjadi imam kepada banduan di surau-surau di dalam penjara dan bukannya banduan."

Selain itu kata beliau, semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara.

"Kemungkinan penama (Hoslan) di atas hanya menjadi imam di sel di mana dia dia ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari.

"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu, pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah dalam sel, pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka," katanya lagi.


Laporan palsu tersebut boleh dibaca di sini




Baca juga di blog Masjid tempat beliau pernah bertugas...


Al Fatihah - Raja Ashman, anakanda kedua Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meninggal dunia

RM0.UM.30/03: Raja Ashman, anakanda kedua Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meninggal dunia kerana serangan asma. Almarhum juga suami kepada Noraini Jane

Baginda anak murid Syeikh Nazim Al-Haqqani Khalifah tariqah Naqsyabandiah.

Meninggal malam Jumaat tanda baginda dimuliakan Allah.

Sekalung al fatihah untuk beliau.

UMNO Perak Tidak Sekat Golongan Profesional Sertai Parti DS Zambry cc @NajibRazak

Published with Blogger-droid v2.0.2

29 Mac 2012

Punca Golongan Muda Enggan Daftar Undi Diselidik Utusan Malaysia





Pengikut Nik Aziz Mesti Gerun Tengok Gambar Bakal MB Kelate Tok Pa Ini cc @NajibRazak




sumber : Facebook Eizwan Abdullah

Berita BERNAMA Siar Kenyataan Tun Mahathir Ditambah oleh Malaysiakini ? cc @NajibRazak


Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
    
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
    
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.
    
NONE"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.
    
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
    
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
    
"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.
    
Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
    
"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.
    
Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.
   
- Bernama



Yang pelik ialah berita asal di Bernama http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newspolitic.php?id=655481 tidak sama berita di atas...

Adakah Bernama membuang berita atau Malaysiakini menambah berita ???

Minta sesiapa boleh jawab.

Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM

BH 29/03: Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM pada 4 April kerana didakwa secara terbuka kritik prestasi skuad Datuk K Rajagobal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berita Gembira Kepada Mahasiswa Utara cc @NajibRazak @khalednordin


Video : Ummi Hafilda Gelar Wan Azizah Munafik Isu Shamsidar


500 Acara Sempena Hari Belia 2012


500 ACARA BAKAL MERIAHKAN HARI BELIA NEGARA 2012
ISNIN, 25 JULAI 2011 08:28 UKK





500 ACARA BAKAL MERIAHKAN HARI BELIA NEGARA 2012

Oleh: Yusfadhila Yunus (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

yfadhila@kbs.gov.my

NILAI, 18 Julai 2011- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan sebanyak 500 aktiviti selama seminggu yang bakal dilaksanakan pada 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) berbanding 203 aktiviti pada tahun ini bagi merancakkan lagi sambutan dan menarik lebih banyak penyertaan terutama dari kalangan golongan belia ke sambutan tersebut.

Bagi menjadikan sambutan HBN 2012 lebih lebih menarik, KBS mengadakan bengkel selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Julai ini untuk mengkaji dan menilai laporan bedah siasat HBN 2011 yang bertemakan Himpunan Sejuta Belia pada 27 hingga 29 Mei lalu.

Beberapa aktiviti lama diganti dengan acara baharu sekali gus menjadikan platform hari belia lebih segar dengan mengembangkan acuan pengisian aktiviti. “ Kita tidak mahu acuan lama terus digunakan sebaliknya kita akan memperkenalkan sesuatu lebih menarik dan baharu,” kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ketika merasmikan Bengkel Kerangka Kerja Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.

Tambah beliau, HBN 2012 akan meneruskan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuk Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya ianya menonjolkan satu perhimpunan kepada kepelbagaian dalam masyarakat.

Beliau juga turut mengingatkan warga Kementerian agar mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru dalam melaksanakan sesuatu perkara sehingga mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

“Tidak hanya fokus kepada sambutan daripada masyarakat tempatan, KBS turut bercadang untuk menyediakan aktiviti HBN 2012 sebagai acara antarabangsa yang mampu menarik masyarakat luar negara untuk berkunjung ke Putrajaya, “ ujarnya..

Bagi mencapai hasrat tersebut, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan Kementerian Pelancongan telahpun bersetuju untuk memasukkan HBN 2012 dalam kalendar pelancongan bagi menggalakkan pelancong luar negara merasai kemeriahan acara sambutan luar biasa golongan belia Malaysia.

Disunting oleh: Razali b. Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

razali_m@kbs.gov.my


Blogger Ikrar Pemuda Dedah MB Selangor Biadap Pakai Kasut Pijak Rumah Rakyat Selepas DAP

Harap MB Selangor Khalid Ibrahim dan penyokong beliau dapat baca kisah asal di sini

http://ikrarpemuda.blogspot.com/2012/03/menteri-besar-biadap.html

Apakah perasaan anda jika kasut dipakai oleh pemimpin negeri mengotorkan rumah anda?

DAP juga sama biadap apabila pijak rumah rakyat pakai kasut pada 31.5.2011.

Sila google untuk mencari gambar tersebut. Atau klik saja di sini

http://www.mykmu.net/?p=11494

Adakah kebetulan atau ia perancangan?

Minta biar rakyat desak dan protes dalam pengundian akan datang perangai sebegini dengan menolak Pakatan Haram yang bertopengkan nama rakyat...

Tolak Pakatan Undilah BN - satu-satunya pilihan yang kita ada hari ini...

28 Mac 2012

Lagi Gambar Mangsa Kemalangan Ngeri Desa Pinggiran Putra Dan Ust Azhar Idrus Sahkan Mati Syahid Layak Untuk Mereka


Gambar klik sini :

http://ondscene.my/kemalangan/2-maut-3-parah-estima-terbabas-rempuh-tiang-lampu#more-21114





Video Youtube Ust Azhar Idrus sahkan mereka mati syahid  :

Gambar Terakhir Mangsa Kemalangan Ngeri Pemuda Umno Hulu Langat Bersama Lokman Adam Di KLIA Petang Tadi @NajibRazak @khairykj


Tulis Lokman Adam :

Allahuakbar!!! Baru terima berita, 5 Sahabat yg htr rombongan umrah kami tadi telah kemalangan.2 tlh meninggal Saifuddin Kandar(Kiri Sekali/Badan Besar) dan No 3 dari Kiri Khairol, Pengerusi Tetap Pemuda Hulu Langat. Al Fatihah


Lagi Gambar Dan Berita Kemalangan Ngeri Pemuda Umno Di Putrajaya Petang Tadi cc @NajibRazak @KhairyKj



Orang ramai termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (kanan) membantu mengangkat mayat Khairul Hisham Janarudin



Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang rosak teruk akibat kemalangan di Persiaran Timur berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra.

gambar http://din.huluselangor.net/?p=12920


Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat maut kemalangan
28/03/2012 7:37pm


Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH dan HAKIMI ISMAIL


PUTRAJAYA 28 Mac – Dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat, Selangor maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, hari ini.

Mereka yang terbunuh ialah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau menerima panggilan daripada salah seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu yang memaklumkan bahawa kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah. - UTUSAN




Al Fatihah....

Gambar Kemalangan Ngeri Ragut Nyawa Pemimpin Pemuda Umno di Putrajaya Petang Tadi cc @NajibRazak @khairykj




Sebelum itu, Panglima siarkan BBM dari Armand PJU

Al-Fatihah - Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Dan Seorang Exco Pemuda UMNO Hulu Langat Meninggal Dunia Sahabat Seperjuangan Yg Rapat Ngan Saya Dlm Selangor Telah Meninggalkan Kita Kerana Terlibat Dlm Kemalangan Di Desa Pinggiran Putra Putrajaya Ptg Tadi. Sdra Zarani PSU Hulu Langat Dan 2 Org Lagi Dimasukkan Ke Hospital Putrajaya

Al-Fatihah Semoga Allah Swt Letakkan Roh Mereka Bersama2 Org2 Yg Beriman Insyallah.

Armand :(

Gambar di atas dirakam oleh Panglima semasa melalui kawasan kemalangan petang tadi jam 5.13 pm.

Dipercayai ia adalah kemalangan yang dimaksudkan oleh saudara Armand di atas.

Al Fatihah kepada mangsa kemalangan.

Moga roh mereka ditempatkan bersama orang soleh.

Mari kita berhati-hati memandu dan bersedia menunggu detik kematian.

Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat maut dalam kemalangan di Putrajaya

RM0.UM.28/03: Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat maut dalam kemalangan di Putrajaya; tiga lagi cedera termasuk seorang parah

Al Fatihah kepada arwah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Video Terbaru PM @NajibRazak

Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Penjelasan Kadir Sheikh Fadzir - Saya Tidak Ada Masalah Dengan Datuk Seri @NajibRazak

Pemimpin datang dan pergi dan Umno tidak boleh mati.


JIKA ADA KEROSAKAN SAMA-SAMALAH KITA BAIKI.


Namun menghancurkan Umno jangan sekali.


Moga Allah akan bantu Umno dalam PRU 13 tidak lama lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.2

NFC akan ditender semula - Noh Omar





Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. - Bernama

Cilok dari http://brojinggo.blogspot.com/2012/03/kerajaan-buka-tender-ambil-alih-projek.html

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Cari Blog Ini

Translate