Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Mac 2012

Benarkah Esok Hudud Akan Dilaksana Di Kelantan?


Inilah yang dikatakan hudud versi khawarij PAS,mahu laksanakan hukum Allah tapi masih mengambil perkiraan untung rugi politik.Dah berbulan lamanya retorik hudud dibangkitkan oleh wali selipar memerangkap Menteri Besar.

Mana perginya Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud)? Hingga sekarang jawatankuasa pun tak duduk bersidang,entah siapa yang ahli jawatankuasa pun tak diumumkan hingga sekarang. Takkan dek kerana Karpal,Guan Eng dan Kit Siang berdehem khawarij PAS Kelantan dah tarik handbrake?


Kedah tak dengar pulak nak laksanakan hudud? Islam PAS Kelantan dan Islam PAS Kedah tak samakah? Islam di Selangor dan Pulau Pinang pun tak samakah?


Pada 1986 Pas masih di atas dasar asal bahawa hudud mesti dikenakan kepada semua manusia yang melakukan kesalahan tetapi selepas Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar masalah hudud telah bercelaru menjadi rojak.


Hukum hudud yang diperjuangkan Pas tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis.


Hudud versi PAS telah dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.


Pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam yang turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.


Tafsiran hukum hudud itu bagaimanapun telah dipinda oleh Nik Aziz pada 25 November 1993 semasa beliau menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan.


Pindaan itu dilakukan dengan kerjasama Presiden Pas, Hj Hadi yang ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah (II) sebelum diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).


Melalui pindaan itu, hukuman hudud tidak akan dikenakan kepada masyarakat bukan Islam dan hudud kepada orang bukan Islam tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan al-Quran dan hadis.


Di sinilah bermula perbezaannya hudud yang berasal dari Al-quran dan hudud versi PAS. Asalnya pada 1986 dalam draf hudud dinyatakan iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.


Hudud yang sebenar dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.


PAS bukan saja berbohong malah mengubah suai Hudud versi mereka mengikut acuan kepentingan perkiraan untung rugi politik,Hudud yang asal tidak lagi dirujuk di dalam al-Quran melalui ayat 58 dan 105 Surah An-Nisa dan ayat 49 Surah Al-Maidah.




Pisau kata " khawarij PAS nak buat hudud pun dia kira untung rugi ka?"

Read more: http://www.pisau.net/2012/03/pengumuman-pelaksanaan-hudud-di.html#ixzz1o8gkNTeI




Sent from my Samsung Galaxy Tab

1 ulasan:

Dot berkata...

dah SAH pas meniagakan agama Islam & hudud utk untung di dunia!!!!

Cari Blog Ini

Translate