Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Julai 2012

Lee Chong Wee Segak Pakai Seragam Tentera Laut Malaysia cc @Zahid_Hamidi


Photo: Pemakaian pangkat kepada Dato Lee Chong Wei Leftenen Komander Kehormat. Tahniah

Berita ini juga telah disiarkan muka hadapan Utusan Malaysia..




Chong Wei rancang kahwin tahun depan

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semalam menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan.

Beliau enggan mengulas lanjut tentang rancangan tersebut ketika ini dan akan mengadakan sidang akhbar selepas pulang dari Sukan Olimpik London.

''Buat masa ini saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada Olimpik bagi memenangi pingat emas untuk negara,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas dipakaikan pangkat tauliah kehormat pegawai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Menurut beliau, pasangannya itu juga adalah atlet dan wartawan mungkin tahu individu tersebut.
Pada majlis tersebut, Chong Wei ditauliahkan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) PSSTLDM berkuat kuasa 1 Mei tahun ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan hadir sama Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Sementara itu, Chong Wei berkata, peluang menyertai PSSTLSM itu akan digunakan untuk berkongsi pengalaman dengan anggota pasukan terlibat tentang kerjayanya sebagai pemain badminton negara.

''Saya akan berkongsi pengalaman termasuk kalah dalam sesuatu pertandingan dan bagaimana mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama empat tahun,'' katanya.




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate