Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Januari 2013

Artikel menarik : Orang bisnes tabik polis cc @HishammuddinH20 @AliHamsa55


Orang bisnes tabik polis

Zulkifli Jalil

DATUK Ahmad Faris Abdul Halim, 49, seorang ahli perniagaan masih ingat lagi insiden 28 April tahun lepas apabila ibu negara 'dihenyak' perhimpunan Bersih 3.0.
Semasa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn, Bhd., firma pembekal peralatan pertahanan, keselamatan dan komunikasi itu menerima panggilan bertalu-talu daripada rakan kongsi niaganya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan Perancis.Mereka bertanyakan apa yang terjadi sebenarnya di Malaysia.

Ahmad Faris dalam menjawab satu persatu panggilan tersebut, rumusan pengakhiran perbualan tetap sama - menjawab: ''...tapi saya yakin situasi ini hanya seketika."Ini kerana dalam hati beliau cukup yakin dengan kewibawaan pihak polis mengendalikan insiden di luar jangka itu. Dan apabila Himpunan Shamsidar berulang 12 Januari baru-baru ini, sekali lagi beliau mendapat panggilan daripada rakan-rakan kongsi multinasional yang sama.

Dengan kesimpulan yang sama, Ahmad Faris tetap menaruh kepercayaan yang tinggi kepada pihak polis, mampu menangani insiden kali ini dalam keadaan cukup bersedia.Meskipun tanpa tembakan meriam air, kelibat FRU dan lontaran bom asap, di sebalik ketenangan pihak polis mengharungi penyokong dan pengikut pembangkang, kata beliau, ucapan tahniah sewajarnya diberi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.Kedua-dua individu itu, yang dibantu anak-anak buah mereka berupaya mengendalikan keadaan mendesak itu."Ramai kalangan kita barangkali tidak sedar bagaimana anggota-anggota polis terpaksa tinggalkan anak isteri, tak tentu makan minumnya... dan sudah terpacak di ibu negara waktu dini hari dan subuh-subuh lagi untuk mendepani himpunan 12 Januari itu."Padahal tugas hakiki mereka adalah mencegah jenayah," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Ahmad Faris menarik perhatian, rakan-rakan kongsi niaganya daripada Eropah sedar Malaysia kekurangan anggota polis untuk memenuhi kehendak masyarakat yang mendesak. Dengan kekuatan kira-kira 100,000 anggota, nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500.Keadaan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.

Apatah lagi, nisbah polis dengan penduduk yang diperakukan Interpol ialah seorang polis bagi setiap 250 penduduk. Dan kedudukan tersebut masih jauh bagi Malaysia mencapainya.Pembangunan pesat Malaysia menuntut pertambahan tugas dan jumlah anggota polis bagi menjaga keamanan serta keselamatan negara, selain usaha memantapkan lagi pasukan keselamatan.

Tambahan lagi, polis sekarang dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah selain mewujudkan suasana keberadaan pihak polis di satu-satu tempat termasuk di pusat beli-belah dan kawasan yang berisiko."Daripada perbualan dengan beberapa kenalan daripada kalangan anggota dan pegawai polis, saya bukan sahaja dimaklumkan mengenai senario yang dialami pihak polis, tetapi apa yang saya lihat memang itulah yang berlaku.

Sebagai contoh, pembangunan di Petaling Jaya sahaja telah menghasilkan kawasan pentabdiran daerah yang semakin luas dan memerlukan anggota lebih ramai."Apa lagi kalau di Kuala Lumpur pula, populasinya kira-kira tiga hingga empat juta orang, jadi berapa ramai pula anggota polis kita perlukan," katanya.

Bagi Ahmad Faris, orang bisnes sepertinya, malah ahli perniagaan lain pun amat sukakan negara ini. Di Malaysia, kata rakan kongsi beliau, polisnya berjaya 'ugut' pengganas daripada membuat kacau. Namun, Ahmad Faris percaya, tidak ramai menyedarinya kerana 'Special Branch' takkan mahu menguar-uarkan.

"Kita bersyukur kerana tidak seperti negara-negara tetangga yang bingit dengan insiden keganasan global. Di sini, kita masih boleh berjalan-jalan di kaki lima di ibu negara. Tetapi di negara mereka...pukul 8 malam, sudah dihantui kebimbangan," katanya.

Kata beliau lagi: "Sebagai ahli perniagaan, saya juga tidak akan selesa dengan sebarang insiden huru-hara yang boleh menggugat keamanan negara kita ini."Oleh itu sudah seharusnya kita menghargai kerja kuat dan usaha gigih Ketua Polis Negara yang bertungkus-lumus memastikan keamanan negara terus terpelihara.

"Kejayaan besar Ketua Polis Negara mengamankan negara, selain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - layak mendapat pengiktirafan seluruh rakyat. Ini termasuklah berjaya mendidik peserta himpunan pembangkang tempoh hari untuk mematuhi undang-undang.Hal ini sekali gus membuktikan transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan Akta Perhimpunan Awam mampu mendisiplinkan rakyat.

Lebih-lebih lagi untuk melupakan terus 'upacara' demonstrasi haram.Ahmad Faris sempat menyampaikan salam rakan-rakan kongsi niaga beliau kepada pihak polis negara ini - yang menurut beliau, mereka cukup yakin dengan kewibawaan pihak berkuasa itu.Tabik polis daripada kami orang bisnes, katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130123/re_05/Orang-bisnes-tabik-polis#ixzz2IkexQ0m8 ©

Utusan Melayu

1 ulasan:

Walet Bumiputra berkata...

tapi polislah gaji paling ciput dikalangan kakitangan awam...memang betullah pembangkang mengatakan polis tu anjing kerajaan je...http://beritasemasa.com/gaji-polis-2012

Cari Blog Ini

Translate