Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Januari 2013

Kontroversi Pemakaian Kalimah Allah (Di Kalangan Bukan Islam) - ABIM Menolak Pandangan @AnwarIbrahim Setuju PM @NajibRazak @PMO

Penyiaran artikel ini di laman rasmi ABIM sudah tentu menggambarkan pendirian NGO yang dikait dengan Anwar Ibrahim ini. Yang sudah berpecah dua ketika ini dengan Ustaz Ismail Mina antara yang lantang melawan pluralisme dan kristianisasi. Guna NGO pimpinannya yang nama Muafakat. Walau dulu adalah bekas ahli ABIM bersama Dr Yusry.




Dengan ini ia juga membuktikan pandangan ABIM yang jelas berani menentang arus pembangkang yang menghalalkannya, bila ia mula menyentuh isu agama, sewajarnya dipuji oleh semua.

Panglima menemui link artikel ini di FB Ketua Pengarah Biro Tatanegara Datuk Raja Arif Raja Ali yang kuat dihentam difitnah setengah pihak kononnya pro Anwar selain bermasalah dengan Timbalan Menteri. Seperti blog dan facebook tertentu mula 31 Disember 2012 yang lalu



Walhal hubungan dengan manusia tidak kira NGO atau Parti mahupun bukan Islam sendiri sudah tentu disuruh oleh Allah lebih-lebih lagi untuk berdakwah ke arah kebenaran yang kita pegang. 

Jika beliau pro Anwar sudah tentu perkara bertentangan dengan pendirian Anwar tidak akan dikongsi oleh beliau. Namun yang terjadi sebaliknya di mana artikel yang dikongsi, sangat tepat untuk mematikan langkah Anwar dengan membawa artikel dari NGO yang dikata rapat dengan hidup beliau.

Bukankah ini cara yang bijak dan tepat pada pandangan kita sebagai pemain isu politik di alam maya?

Banyak lagi perkara yang dilakukan oleh beliau sebagai KP BTN  yang tidak semua orang mengetahuinya. Menurut sumber dipercayai, beliau banyak menjayakan penerangan isu pluralisme, LGBT, Gagasan 1Malaysia, serta isu semasa yang tidak boleh disebut satu persatu di sini. 

Bahkan pada masa beliaulah banyak tulisan yang menguatkan Agama dan Melayu serta memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia, dihasil dan diterbitkan untuk bacaan semua ahli akademik dan penjawat awam. Itu menurut sumber yang disampaikan kepada panglima.

Tuduhan ini panglima sudah kaji asal usulnya dan kepada Allah kita berserah siapa yang benar siapa pula yang salah. Buat baik berpada - pada buat jahat jangan sekali. Jika ikut hati rasa mahu sahaja Panglima dedah nama orang tersebut, namun bila difikir kembali,biarlah Allah sahaja yang memberi taufik hidayat kepada mereka yang melakukannya. 

Mungkin tekanan tiada kursus seperti dahulu ekoran masa yang dipendekkan, selain tidak lagi dipanggil menjadi fasi hingga kekeringan wang, boleh jadi punca ada yang mula menyerang KP di Agensi bawah Jabatan Perdana Menteri ini. atau disebabkan mereka sudah gagal menjayakan program maka PM sudah tidak menyambung kontrak menyebabkan ada orang yang mula membuang 'tahi di tengah jalan'. Alangkah elok dielakkan perkara seperti ini di saat Malaysia akan berjuang antara hidup dan mati PRU 13 kali ini. 

Semoga asap fitnah tidak mampu mengubah hati orang beriman yang terang memandang dengan cahaya Tuhan hakikat kejadian walau dunia sudah kelam dengan asap ciptaan pengkhianat tersebut.

Bacalah pandangan ini yang selari juga dengan sebahagian ulama PAS yang jujur memegang amanah ilmu demi mengutamakan nasib agama bukan nasib politik mereka semata-mata. Seperti Ust Haron Din,Harun Taib dan Nasaruddin Mat Isa.




Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur'an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini.

Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam. Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:-
What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.

Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.

The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia's majority (http://takemon.wordpress.com/about/).

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut. Ia akan ditafsirkan sebagai strategi "lulus jarum, lulus kelindan", selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni.

Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama "…cultivating the waste and barren soil of the native mind". Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan "Abdullah Paderi".

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi "perkara masa lalu" yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan seharusnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira " uruf ahl al-balad " (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah " mafsadah " atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

(Artikel ini merupakan penyataan yang dikeluarkan Dato' Dr Siddiq Fadzil, ketika polemik Kalimah Allah sekitar Januari 2010).


Sumber

http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/43-isu-semasa/390-kontroversi-pemakaian-kalimah-allah?start=1


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate