Gambar kanak-kanak dibawa ke perhimpunan...
KUALA LUMPUR – Dilaporkan lebih dari 50 kanak-kanak telah dibawa ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka hari ini.
Ibu bapa yang menyokong himpunan di bawah anjuran Pengerusi Penyelarasan HKR, Mohamad Sabu telah mengingkari peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Mereka tidak membenarkan kanak-kanak kecil di bawah umur 12 tahun ke himpunan tersebut.
Ini membuktikan penganjur HKL telah melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).
Rabu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh telah mengingatkan pihak penganjur supaya tidak membawa kanak-kanak terbabit sama dalam himpunan parti pembangkang itu.
Malah, ibu bapa yang membawa anak-anak mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mampu memberikan kemudaratan ketika menyertai perhimpunan tersebut.
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan