Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Februari 2013

CELAKA CELAKA CELAKA Kamu @Fuziah99 Sokong @cmlimguaneng Kalimah Allah Dalam Bible Melayu !!!





malay bible
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengeluarkan teks rasmi khutbah Jumaat yang menegaskan kalimah “Allah” tidak terdapat dalam Injil mahupun Taurat, serta mengingatkan umat Islam supaya menolak tuntutan penganut Kristian yang mahu menggunakan perkataan Arab itu di dalam kitab mereka.

Kenyataan JAKIM ini dilihat sama sekali bertentangan dengan pendapat oleh bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad.

“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila? ” tanya beliau seperti dilapor The Malaysian Insider 17 Januari lalu.

“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?”

Teks khutbah hari ini mendakwa tujuan penganut Kristian membuat tuntutan dan usaha untuk menyebabkan umat Islam berpecah-belah serta tidak bersatu-padu.

“Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah,” tulis teks yang dikeluarkan JAKIM untuk dibacakan dalam khutbah Jumaat hari ini.

“Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka.”

Malahan teks khutbah itu turut berkata kitab Injil yang menjadi rujukan kepada penganut Kristian tidak pernah merujuk tuhan mereka sebagai “Allah” sebaliknya menggunakan kata “The Lord”.

“Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan berdasarkan kajian ilmiah bahawa kalimah Allah tidak pernah terdapat di dalam Taurat ataupun Bible,” tulis teks tersebut lagi.

“Mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord).”

Dalam teks khutbah itu lagi, JAKIM berkata ketetapan supaya kalimah “Allah” hanya khusus untuk umat Islam ialah bagi mengelak berlaku kekeliruan dan tersilap tentang identiti tuhan mereka.

“Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya.

“Kerana matlamat mereka yang utama adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa agama adalah sama,” kata teks khutbah yang ditulis JAKIM itu lagi.


http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/235491-jakim-tiada-kalimah-allah-dalam-injil-waspada-dengan-tuntutan-kristian.html




Panglima : Kenapa Asri Zainal Abidin menyokong kalimah Allah kepada bukan Islam juga? Jelas Asri memang selalu bawa fahaman songsang yang ditolak Majoriti Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Baca kisah ulama was-was oleh RBF di bawah

http://www.rbfonline.net/2012/09/dr-asri-zainul-abidin-ulama-was-was.html

Senarai kesesatan Asri Zainal Abidin klik link di bawah : 

http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/11/dr-asri-ajaran-sesat-penjenayah.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate