Selain itu dengan prasarana aset air yang maseh berada di bawah Kerajaan Selangor dan TIDAK DISELENGGARA dengan baik, maka tawaran sebanyak RM 9 billion itu sebenarnya sangat rendah dan tidak dapat menampung kembali kos pembangunan prasarana (CAPEX) dan kos operasi (COPEX) sumber air dari empangan, logi rawatan, rumah takungan air, perpaipan, perawatan air , gaji pekerja, latihan sumber manusia dan lain lain lagi.
Kerajaan Selangor sepatutnya tidak bermain Politics Of Hatred sehingga mengabaikan kepentingan dan HAK RAKYAT untuk mendapat air bersih (air terawat) dengan kadar tarif yang rendah (kerana disubsidikan oleh Kerajaan Pusat)
Sepatutnya Kerajaan Selangor mengikut langkah Pulau Pinang untuk menerima Pelan Penstrukturan Semula Air . Dalam proses Penstrukturan tersebut Pulau Pinang telah dapat mendapat kelebihan di mana aset dan pengurusan air diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan hutang sebanyak RM 655 juta telah dilupuskan.
Sumber : Anak Bukit Gantang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan