Pengikut Blog Panglima

16 April 2013

BN Pertaruhkan Muka Baru Tentang @NikAbdulAziz | Detik Perubahan

BN Pertaruhkan Muka Baru Tentang Nik Aziz

Pengkalan chepa

mampukah gelombang yang berlaku di Pengkalan Chepa kini membenamkan kubu kuat Pas itu.

Oleh AMIRUL HAFIZ dan HANA MARYAM

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bakal ditentang oleh calon muka baru Barisan Nasional (BN), Wan Razman Wan Abd. Razak, 49, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Wan Razman berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan Nik Abdul Aziz di DUN Chempaka yang dikatakan zon tradisi Pas sejak sekian lama.

"Soal tradisi atau lubuk mana-mana parti sekarang ini bukan menjadi ukuran memandangkan gelombang kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan semakin terserlah.

"Lagipun jentera BN di kawasan berkenaan sudah lama bersiap-sedia untuk menawan kubu kuat itu," katanya.

Beliau berharap, PRU – 13 bakal menyaksikan perubahan BN berjaya menawan DUN Chempaka dengan sokongan padu rakyat demi masa depan yang lebih terjamin.

"Di Chempaka ini lebih 60 peratus penduduk masih dibelengu kemiskinan dan kemudahan prasarana juga masih gagal disediakan wakil rakyat terdahulu," katanya.

Nik Abdul Aziz memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan majoriti 4,246 undi menewaskan calon BN, Nik Mohd Zain Omar.

Katanya, pilihan raya kali ini akan menjadi medan terbaik untuk BN merampas DUN Chempaka yang dikuasai Nik Abdul Aziz sejak lebih dua dekad lalu.

http://detikperubahan.com/2013/04/16/bn-pertaruhkan-muka-baru-tentang-nik-aziz/


Sent from my iPad
Catat Ulasan