BEKAS bintang Manchester United, David Beckham dilaporkan bakal menyertai sebuah pasukan Liga Malaysia menjelang jendela perpindahan pemain yang dibuka pada 8 April ini.

Spekulasi ini bertiup kencang selepas Beckham tiba ke China bulan lalu dan memberitahu ingin mengakhiri karier di Asia.

Bagaimanapun, pasukan berkenaan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkembangan terbaru ini.

Penyerang veteran berusia 37 tahun itu kini sedang bermain untuk kontrak jangka pendek dengan pasukan kelab Perancis, Paris St Germain (PSG).

Sementara itu, sumber PSG menerusi emel melaporkan, Beckham hanya 'mengembara' ke luar Eropah pada saat bertandang ke negara Tembok Besar, baru-baru ini.