Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 April 2013

Jadual @NajibRazak hari ini sampai Sabtu | Agenda Daily

bn2  

Berikutan pengumuman bubar sebentar tadi, ramai yang tertanya-tanya apa move Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ini.

Ikut jadual yang sampai ke meja Agendadaily, jam 5.00 petang ini PM akan menyertai program Kayuhan Patriotik 1Malaysia yang akan dilancarkan di depan bangunan Kementerian Kewangan Presint 2 Putrajaya.

Manakala esok PM dijadualkan menghadiri majlis penyerahan MyKad di sebuah dewan komuniti bertempat di Sentul, Kuala Lumpur.

Manakala pada Jumaat pula, Najib dijadual menghadiri upacara pecah tanah untuk pembinaan masjid pertama di Cyberjaya iaitu Masjid Cyberjaya pada pukul 9 pagi.

Dan paling mustahak, Sabtu ini, Barisan Nasional dijadualkan mengumumkan manifesto dan pelancaran jentera pilihan raya dalam majlis khas di Stadium Putra Bukit Jalil, membabitkan kehadiran kira-kira 10,000 orang dari seluruh negara.

Difahamkan persiapan majlis tersebut sudah diatur.

Sementara itu, ada yang menyatakan Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2013 di Brunei pada 25 dan 26 April, tetapi kehadirannya bukan kemestian kerana Menteri Luar boleh menghadiri persidangan itu seperti yang pernah diamalkan sebelum ini.-3/4/2013

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/bn-lancar-manifesto-jentera-pru-sabtu-ini.html


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate